bakal madu dota

Salam. Aku nak mintak tolong sangat2 pada siapa yang ada pengalaman nikah dengan laki yg kuat main dota. Btw aku student uia. Dan bakal aku pun uia. InsyaAllah tahun depan majlis kami. Tapi yang aku musykil sekarang ni, pasal future aku dgn dia. Jujur aku sangat sayangkan dia tapi rasa was-was tu still aku tak dapat nak hilangkan. Dia setakat ni yang aku tahu, takde pun usaha nak buat saving untuk life after marriage. Or at least untuk majlis tu nnti. Tak pernah buat kerja part time. Yang aku tahu masa lapang dia dota dota dota. Cuti weekend dota. Cuti 2 minggu dota. Cuti sem 3 bulan pun dota je. Habiskan masa main dota. Bila aku tegur, dia cakap nanti lepas kahwin x dapat main dah, so biar la main puas2 dulu. Hmmm.

Pastu pasal kumpul duit semua tu, nak tunggu habis belajar dulu baru nak fokus cari duit. Sekarang ni, fokus belajar. Tapi masalahnye, time belajar pun dota. Hish geram aku.

Kalau aku halang dia main, ungkit yang dia tak halang pun minat aku, so knapa halang minat dia??sigh. Penat aku macam ni.

Aku bukan apa..aku tak nampak lagi usaha dia. Setakat ni yang aku nampak fokus dia kt dotaaa je. Kalau dah sampai macam tu addict kau main, boleh ke lepas dah nikah nanti kau berhenti macam tu je?aku rasa tak.

Awal2 dulu aku ok. Respect dota as hobi dia. Tapi makin aku kaji, dalam tengah dota tu kuat mencarut. Dah main tu tak ingat dunia dah. Tak tido pun takpe asalkan dpt main. Study makin kelaut. Aku nampak ada character perempuan dalam dota tu yang astaghfirulah. Hm. Paling aku sedih, masa untuk aku pun dah diganti dengan dota. Aku text yang sekali seminggu pun tak balas. Aku kol kene reject..marah aku punca dia lag. Hm. Entahla. Semua ni buat aku mikir nak teruskan hubungan ni atau tak.

Aku pernah baca, dota untuk sape yang single. Main dota, jadi single pun x kisah. Ggwp katanya. Dah tu knapa awal2 approach aku?kenapa bila dah buat aku sayang dia, dia ketepikan aku?ingat aku ni apa bila bosan layan bila 'busy' tolak suka hati??

Ok lah. Makin sakit hati aku type ni. Kat sini aku nak mintak pendapat pada yg ada pengalaman bersuamikan kaki dota. Dia layan kau ok tak walaupun dia still main dota lepas nikah?or sapa2 yang kaki dota tu, betul ke korang boleh tinggal macam tu je dota ni lepas dah kahwin?

Mohon jujur. Terima kasih.

– misspenat

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

1,020 Comments

  1. Priority in relationship

    1. Dota
    2. Dota
    2.1 Dota lagi
    2.2 Carut Dota
    3. Game lain
    4. Awak yang dicintai dan dikasihi

    See? Takda perempuan lain selain kau. Takyah nak overthinking sangat.

  2. ada laki dh berderet ank still giler games.HIDUP DLM DUNIA SNDRI.bila ank kaco,dibelasahnyer.tak pndi bergaul bermasyarakat.less communication.advice sy,solat istikharah mnta petunjuk drpNYA.hnya Allah yg tahu ms dpn kita.Kalo dh usaha masih berlaku aggp ujian dariNYA.yg penting laki tu x tgglkn solat…

  3. depend pada individu sbnrnya….kalo org yg brpegang pada tggungjwb dan tahu tugasnya dan limitation…xkan ade masalah…member ak pn rmai men dota…ade yg elok ade yg xelok…

  4. Baru dapat stop maen dota last SEM. Star maen sem 1CFS, Sensei>>>>>Hazim Ali. Banyak pakai duit wooo maen dota, tpi klu pandai manage bole jual beli item dapat untung lebeh. Tpi nak mengstopkan maen tu memang payah. Tiap² sem azam baru xnak men dota tpi x jadi.

  5. Takyah la pakai alasan mujur dapat laki gamers, kalau dapat laki main perempuan baru tau. Padahal dua dua salah, main game tak ingat dunia salah, main perempuan pun salah. Kalau ikut logik argumen ni sama la macam mujur dapat laki hisap rokok, kan kalau dapat laki ngisap dadah baru tau.

  6. Lps kawin benti dota? Xkan bleh pnya. Ak ade 5org kwn yg kata cmtu. Cuma sorg je btol2 benti lps kawin. Yg lain mcm bese. Diorg bkn jnis cikai2 mmr 3k kbawah. So ak xyakin kalo dia bleh benti dota. Sekian

  7. Dear Confessor ,

    My husband mmg gila2 game dota, diablo etc2…. even lps kawin…ptt bersyukur sbb dia bukan jenis kluar lepak ngan kwn2 smpi lwt mlm or jenis2 yg slalu kita dngr… Curang…

    First of all dia di rumah je…. Melekat je kt rumah day off rest day weekend main gane pun x pa la… Janji ade dpn mata kita… Jgn over thinking sgt…. In shaa Allah x de pape la.. I also a gamer for quite some time

    Why not join with him? Support him as well.. Klu x pandai main game pun x pa…. Suruh dia ajar janji 2 2 happy

  8. Macam ni lah, dota tu satu game fast end pun 30minit+ belum masuk yang 50+ itu baru satu game. Jadi memang addicted dan 3 game pun paling kurang 2jam+. Bayangkan kalau 2jam+ dia pergi lepak luar rumah. Berapa banyak nombor makwe dia dah dapat?

  9. Member2 aq yg maen dota rilek jer pointer 4 flat laa dekan laa. Tp aq x maen pon sbb laptop x support *nangis sorg2 dlm bilik. k tetiba

    So utk cik yg buat confession nie. Cube try ckp kt die. Open table dgn die pastu luahkn sume bende. Org lelaki nie die x faham. Die kena ckp dpan2 gune ayat pling simple baru die faham. Mne tau kot2 die jual sume bende2 alah item ape ntah kt steam pastu kumpol. Tau2 duit dh selepuk. Hehe ✌

  10. Jawapan daripada orang dari keluarga gamer, kahwin dengan gamers. Keliling pun mostly gamers jugak -abang, adik, kak ipar, abang ipar, kawan2:

    Ramai je yang boleh tinggal DOTA terus lepas beranak pinak. Ada yang masih aktif gaming, ada yang sekali sekala DOTA bila jumpa kawan lama. Ada yang beralih kepada game yang lebih ringan setakat isi masa lapang masa anak bini tidur. Abang ipar aku still main game GTAV. anak dah tiga, takda bibik, dia jugak la bibik kat rumah sama2 mengemas dengan bini. Rumah tangga terurus je macam biasa.

    Pokok pangkalnya JENIS ORANG tu macamana. Kalau orang yang sedia baik, baiklah dia. Manusia ni banyak je yang addict pada hobi, lagi2 lelaki. Kalau bukan DOTA, memancing siang malam. Kalau bukan mancing, gila bola. Kalau bukan gila bola, gila modify kereta dan motor.

  11. Bila baca confession and komen2 dlm ni,tetiba terasa mcm terkena dekat batang hidung sendiri Saya pun “madu dota”. Kadang2 tu geram jugak. Tapi tak kesahlah asalkan suami kita tak abaikan tanggungjawab dia. Boleh solat jemaah sekali,baca alquran skali,tolong buat kerja rumah. Bila saya tdo je baru dia start main dota. Suami saya bkn jenis kaki lepak,keluar malam tinggal bini sorang2 dekat rumah. Masa dia hanya bini dan game. Syukurlah dia ada depan mata sokmo. Skg ni tgh berjauhan,tetiba terngiang ngiang background muzik dota yg dia main Cuma bila dah ada baby nt,dia ckp nak pencen dah dari main dota. Ye dok suamiku abg Erfan ❤️

  12. Yang penting kaki dota tu utamakan solat. Kalu jenis tinggalkan solat, baik takpayah. Kalau kewajiban yang utama dia xabaikan sebelum kahwin. Lps kahwin insya’ALLAH bertandang bahagia.

  13. Laki aku dota tegar, blk keje cr dota dl. Aku nk komen lelebih pn dia like siap repost post kau ni. Snang je aku ckp, kau cr je minat kau sndr yg xkacau dia, dia dota je kau buat la hobi kau. Mcm aku kalau dia dota, aku tgk drama korea xpn tido xpn lyn GoT. Lepas dia hbs game pndai la dia cr ko blk hahaha.

  14. aku satu family main dota. abg main dota, aku main dota, adik perempuan aku main dota, adik laki aku main dota. abg aku dah kahwin wife dia teman main dota. kau pun teman la bf main dota. setel masalah.

  15. Set ur limit sis, make sure he knows what is the priority. Kalau dia fail, let go. Biasanya gamers lps hilang apa yg dia nk dr hidup br dia tau erti penyesalan.
    -abg hampir repeat sem sbb dota-

  16. Rasa nak komen gak Hihi. Laki aku pun kaki Dota. Gaduh? Banyakkkkkk kaliiiiii. Give and take la dik. Ko kena la tau tu hobi dia, laki ko pun kena tau yg dia kena berpada2. Laki aku still main jugak Dota walau dah Ada Anak, tapi more to casual gamers la. Takde la dok mengadap sampai tak tidur cam dulu. Rahsianya? Aku terrrrrrosakkan Motherboard pc laki aku. Ter okay. So sekarang dah kurang sesangat dia main, Kalau kemaruk sangat die pergi cc je. Takkan ko nak pergi cc hari2 Kan? Dah la kerja. Jadi bila Dia cakap Nak pergi cc tu aku berlapang dada je la walaupun ade jugak kadang keluh kesah kak esah. So Itu rahsia akak kahkahkah

  17. Kaki dota?

    Kalau nak tahu, aku mempunyai ramai kawan kaki dota, sampai tak makan tak minum tak tidur. Cuma berhenti kalau tertidur depan latop atau rokok habis.

    Tapi apa perubahan lepas kawin? Alhamdulillah, solat jaga. Sehari sekali main dota. Siap isteri duduk sebelah masa main dota.

    Apa apa pun, bukan semua sama. Aku cuma berikan 2 ke 3 orang contoh yang sama addict main dota selepas berkahwin.

    Keputusan ditangan anda, buat la istikharah, tanya pendapat mak Ayah, mak Ayah lelaki, pengalaman kawan kawan lain, Doa kan si dia , doa kan diri sendiri juga.

    Moga allah bantu buat keputusan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *