Salam. Aku nak mintak tolong sangat2 pada siapa yang ada pengalaman nikah dengan laki yg kuat main dota. Btw aku student uia. Dan bakal aku pun uia. InsyaAllah tahun depan majlis kami. Tapi yang aku musykil sekarang ni, pasal future aku dgn dia. Jujur aku sangat sayangkan dia tapi rasa was-was tu still aku tak dapat nak hilangkan. Dia setakat ni yang aku tahu, takde pun usaha nak buat saving untuk life after marriage. Or at least untuk majlis tu nnti. Tak pernah buat kerja part time. Yang aku tahu masa lapang dia dota dota dota. Cuti weekend dota. Cuti 2 minggu dota. Cuti sem 3 bulan pun dota je. Habiskan masa main dota. Bila aku tegur, dia cakap nanti lepas kahwin x dapat main dah, so biar la main puas2 dulu. Hmmm.
Pastu pasal kumpul duit semua tu, nak tunggu habis belajar dulu baru nak fokus cari duit. Sekarang ni, fokus belajar. Tapi masalahnye, time belajar pun dota. Hish geram aku.
Kalau aku halang dia main, ungkit yang dia tak halang pun minat aku, so knapa halang minat dia??sigh. Penat aku macam ni.
Aku bukan apa..aku tak nampak lagi usaha dia. Setakat ni yang aku nampak fokus dia kt dotaaa je. Kalau dah sampai macam tu addict kau main, boleh ke lepas dah nikah nanti kau berhenti macam tu je?aku rasa tak.
Awal2 dulu aku ok. Respect dota as hobi dia. Tapi makin aku kaji, dalam tengah dota tu kuat mencarut. Dah main tu tak ingat dunia dah. Tak tido pun takpe asalkan dpt main. Study makin kelaut. Aku nampak ada character perempuan dalam dota tu yang astaghfirulah. Hm. Paling aku sedih, masa untuk aku pun dah diganti dengan dota. Aku text yang sekali seminggu pun tak balas. Aku kol kene reject..marah aku punca dia lag. Hm. Entahla. Semua ni buat aku mikir nak teruskan hubungan ni atau tak.
Aku pernah baca, dota untuk sape yang single. Main dota, jadi single pun x kisah. Ggwp katanya. Dah tu knapa awal2 approach aku?kenapa bila dah buat aku sayang dia, dia ketepikan aku?ingat aku ni apa bila bosan layan bila 'busy' tolak suka hati??
Ok lah. Makin sakit hati aku type ni. Kat sini aku nak mintak pendapat pada yg ada pengalaman bersuamikan kaki dota. Dia layan kau ok tak walaupun dia still main dota lepas nikah?or sapa2 yang kaki dota tu, betul ke korang boleh tinggal macam tu je dota ni lepas dah kahwin?
Mohon jujur. Terima kasih.
– misspenat
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Azim Muhaimin, Shahrun Samsudin kah3
Asal tag aku
Ini kisah sy. Sy suka dota. Belum kawen sehari 5 game. Lepas kawen sehari 2 game. Simple. Tgu my baby boy besar ajk party mmr. Wife x minat dota tp slalu sediakan kuih @ maggie time main. Sgt best.
Pala buto,kalau ko pandang sesuatu perkara tu hanya daripada sudut pemikiran ko sendiri.. Mmg ko akan sentiasa nampak ketidaksempurnaan dia…cara laki dgn pompuan berpikir xsama..kalau semua sama je.suram la hidup ni
Nadzirah Hanis bg komen sket kt minah ni
Suami saya Hariz Shaukat kaki dota dari sebalum kahwin sampai dah ade anak pun main dota..dh hobi die xbole nk halang yg penting tanggungjawab kt keluarga xterabai ☺️
Weweitt bini saya puji saya
Hahahahahahahah ?????
Saya pemaib dota. Lpas kawen pon main dota. Sebelum tidur dota. Balik kerja pon dota. Sekaranh saya da bermain dota di peringkat international. Orang panggil saya miracle-. Hari2 orang puji saya. Sekarang saya da femes. Jadi la macam saya
Poyo
Awalnye nk kawen…pi la cari kje dulu biar stabil….
Muhamad Zulfikah ?
CISS
LAKI MAIN DOTA SETIA.. DIA HANYA MAIN DOTA TAK MAIN POMPUAN LAIN. FULL STOPP
Setia tp xcro wat gapo… cia cia cia…
rilex rr.. aku juruh. laksana tanggungjawab. haha
Hahaha …. hmpir sesem aq brsamamu dan ku tahu selok belok bicaramu…
Maen dota boleh buat duit dik.
Kalau sayang, terimalah baik buruk dia seadanya. Kalau dia boleh terima awak, kenapa awak byk meroyan pulak. Aku kesian kat laki ko tu, baik dia cari pasangan yg terima dia seadanya, hormat hobi dia, dan belajar utk fahami hobi dia, daripada duk dgn org mcm awak yg xnak faham dia dan cuba tukar dia ikut taste awak mcm anak patung
Apai Forest
Lepas ni ada pokemon go pulak, boleh bawa bakal isteri, tunang, isteri, anak² tangkap pikachu
Sume jawapan cam harey panjang. Gini la, apakata hg main gak dota tu, pastu lawan bf hg. Kill dia bnyak kali dlm tu, bila dia asyik feed, mesti dia brenti main. Mase tu ckap ah, “bobo putang ina” kat dia. Takpon, jadi support bila dia carry, msti dia lagi sayang. Ggwp
Shaffie Yusof Anuar Arsyad Hafiz Saman Danial Johari
Hmmm kita dh nmpak dh sorang kawan kita mcm ni
Jga2 Anuar Arsyad. Kau tu sda brpunya. Jgn jd cmni. Hehe
part lag tu yg xley blah..hahaha
Support taw. Haha Izzati Halim
Tngok la cemane. Kot la blh join main skali
Adik..jgn la riso dia main dota. Habihkan belajar dulu. Solat byk2 mohon hati tu tabah dan x keruan x tentu pasal. Especially kalo dh btunang …ada je benda / perkara yg nk bg kita was was dan curiga.
Im a dota wife too..masa awal mmg x boleh nak terima addictive dia tu towards dota..penat gaduh,merajuk..then semua benda boleh bwak bincang..compromise with each other,,afterall atleast he is always depan i..
Khairul Anuar Azman b bila nak brenti? Kawen dh dekat 2 taun dah ni. Makin addict jer nampok
Baca komen 1st ??
Takmau! ?
Dota will not tell you who that guy is.. Kalau aku men barbie doll. aku fokus men smpai aku abaikan ko. ko nk cakap barbie doll salah gak ke?…
Zulfadzly Roslan sila komen sket.hahaha…anda kn gamers sejati..huhu sjk dr study smpai da umo 30, ank sorang ni pn masih brdota lg…kot2 la nk bg nasihat kt confessor ni ke brkenaan dgn future husband die tu… ;)
btw kenal suami dr tahun 2004 lagi.dan skrg da 2016…msih brdota lg…huuu…xpela jnji bhgia.slagi x lupe tnggungjwb sbg hamba Allah, suami dgn ayah redo jela dgn minat die tu :-* bkn die buat bnde2 pelik pn, main game je :)
mu kena manage kn untuk dia time table for gaming ni , dota ni boleh tahan melalaikan jugk …
Suruh bakal somi masuk contest dota. Tgk mcm imba je main x kire masa. Boleh dpt duit klau menang.
Naim Yusuf, Safwan Yusuf. Ni Zul Hafiz ke ni? Hahahaha..
Ye la ni..
Dik..laki aku gila dota jugak…mase couple penah temankan die main dota kat cc…aku main tomb rider..takpon serius sam je…sampai skang dah 10 tahun…gila kat dota dia x hilang lagi..itu hr benti kejap sebab gila coc..skang dota kembali…pendek citer …ko kontrol je minat die tu…jgn sampai 24 jam ngadap natang tu x buat ape…halang x bleh le…control je yg mampu….
Fathin Afina Abdull Muan
Tnya Nur Syafiqah
klau ceq,lg wat xthu sudah…lntk laa hg nk berk ka,nk tdoq ka nk mnd gn dota ka..jgn kcau ceq plk time ceq bz..bleh kki satg..hahha
Dear Confessor,
Org skrg x maen dota dah. Org skrg main Dota 2, HoN, LoL dan PokemonGo.
Kbai
Haha. Biarla. Satu malaysia pon follow. Knape ko racist sgt? Hahaha
Owhhhh.. what da kada-fish!
Senang cerita macam ne jer la yer. Kalau sistur sorg yg manja dan perlu perhatian yang 100% better cari lelaki yg 24jam dgn telefon okay.
Sebab Dota ne mainan dia 1-2jam. Tu baru 2game . Kalau sampai 5 game maybe 6jam kot.
Tp seriously org gamers ndakan curang apa smua tu. Sebab dia stay kt bilik dan dota terus.
solution dia, Install steam dan add dia. Kalau boleh call dia kt steam pn okay. Dgr la dia mencarut. hahaha.
Tp tu ja la , Kalau dia sampai langsung tk reply chat selama satu hari , hah itu perlu di selidik la sebab aku pn gamers nda la sampai berhari2 tk reply or tidak call gf. Itu bodoh namanya.
So , dari situasi sis ne aku rasa mcm ne ja, kau biarkan jer diaaa. Kalau 1week no respon, Just forget about him. Pegi mampus la dia dota kalau sampai bgtue sekali.
Okay!
GGWP!
Alina Ismail
hg ka konfes? kahkah..semua sume yg main dota lagu ney kam
Aq xkonfess weh sbb aq xdk plan nk kawen masa terdekat ni..kahkah
Salam, saya nk kongsi pendapat. heheh. sy pun men dota. tapi bukan lelaki. so bole la faham sikit perasaan tu.. ade 3 cara..actually 4
1. Macam orang lain kate, tinggal je la. personally, mostly gamers akan rase, dia ni xbertanggung jawab, sebab pendapat gamer tegar, game tu game la jugak. tanggung jawab setel. management masa tiptop. kerja siap.
2. Kamu try la join dia main sekali, slow slow. amik mase nk main game tu. tapi bila kamu da hebat sikit, dia seronok main dgn kamu. kamu pun akan faham rase seronok game ni. tapi ni mcm cliche je, sbb ramai pmpuan giveup halfway haha
3. try kumpul hotai2 dota kat msia ni, yg mmr paling sikit 5k. ramai je. pastu suruh ajak 5 dgn bakal kamu, pastu hentam. kalau dulu bole break fountain. skarang da tak bole pulak. if Best of 3 punya game, ajak friendly , semua game kalahkan dia pecah fountain. tak pun sekarang kira orang kate belasah la smpai dia rase dia tak layak men dota. hahah
4. ni paling best. Kalau dia pakai wifi, bawak laptop kamu. duduk luar perkarangan rumah dia, bukak youtube 10 tab. tiap kali dia tengah main game yg paling kusyuk, n biasenye time tgh malam sbb internet sedap nk go mmr. kasi dia punya mmr sampai jadi negatif. insyaAllah dia brenti sebab rase kemurungan yang berpanjangan hidup dia. LOL
Apakah Anda pernah mempertimbangkan untuk memberikan pelajaran atau bimbingan keuangan dasar kepada pasangan Anda sebelum pernikahan? Bagaimana reaksi pasangan Anda terhadap ide ini?