Balasan atau Ujian II

Untuk part I, (https://iiumc.com/balasan-atau-ujian-2/).

Di sini saya sertakan sekali link confession yang terdahulu. Aku N. Suami aku A, dan Rose. Masih ingatkah kalian kisah aku. Isteri yang kononnya maksum dan teraniaya?

Rumahtangga aku yang dulunya goyah, kini ibarat retak menanti belah. Saat tengah menaip ni pun, tangan aku masih menggigil bila ingatkan apa yang dah berlaku. Tahun 2020 bagiku sangat mencabar walaupun suami dan anak-anak semua ada depan mata.

Sewaktu PKP diumumkan, aku menarik nafas lega sebab sekurangnya, aku boleh fokus untuk memperbaiki hubungan antara aku dan suami.

Untuk pengetahuan semua, pada waktu itu hubungan aku dan suami masih dingin, bukan sebab suami, tetapi aku yang masih belum boleh maafkan dia sepenuhnya.

A walaupun ada masa aku nampak dia down, tapi dia tetap cuba nak perbaiki hubungan kami. Bukan aku tak hargai, cuma masa tu hati aku masih sakit. Dalam masa yang sama, aku masih cuba cari tahu pasal A sebab aku rasa banyak yang A sorok daripada aku.

Kenapa aku selitkan nama Rose? Rose pulang ke tanah air sebelum PKP dilaksanakan, difahamkan dia sedang cuti semester. Macam mana aku tahu? A yang bagitahu sebab aku nampak perubahan A.

Wajahnya sedikit ceria sebab buah hati dah balik Malaysia. Hati aku dah tentulah sakit tapi disebabkan tidak boleh kemana-mana, aku jadi lega sikit. Sejak aku tahu Rose balik, semua aku uruskan sendiri hatta untuk ke pasar pun aku tak benarkan A keluar.

Ya. Sampai begitu sekali aku kawal A sebab taknak A keluar dan berjumpa Rose. Aku cuba sehabis baik untuk pastikan diorang memang tak berjumpa.

Setiap hari aku akan masak sedap-sedap, solat berjemaah dan mengaji bersama anak-anak setiap hari. Setiap masa terluang aku akan cuba penuhi permintaan A.

Semuanya aman damai ( tak aman ) sampailah satu hari aku dapat satu surat tanpa pengirim. Isi dalamnya merupakan gambar.

Korang mesti pernah guna kamera yang pakai filem tu. Itulah gambar yang aku dapat. Semua gambar-gambar A masa dia muda dengan ramai perempuan.

Aku yang mulanya taknak ambil kisah rasa tersentak bila ada gambar A tengah “bersama” dengan orang lain. Jelas. Nyata. Bukan edit atau photoshop. Banyak lagi gambar-gambar yang tak mampu aku tengok tambah –tambah ada tarikhnya sewaktu aku dalam tempoh berpantang.

Aku rasa dunia aku gelap masa tu. Hati aku rasa nak pecah sebab harapan aku nak kembali bahagia, hancur. Masa aku dapat surat tu, A keluar, ada urusan di sekolah. Aku mintak A pulang segera sebab aku takut aku bertindak luar kawalan. Mujur anak-anak tak perasan keadaan aku masa tu.

Masa berjalan sangat perlahan aku rasa, aku belek lagi gambar-gambar tu. Aku nak pastikan aku tak salah tengok. Ada gambar dimana perempuan tu aku kenal, rakan sekerja aku sendiri. Remuk, malu. Aku teramat malu punya suami macam A.

Sebaik A sampai rumah, aku tarik A masuk bilik dan aku tunjuk semua tu dekat A. Muka A macam orang takde perasaan.

Aku tanya apa lagi yang aku tak tahu tentang A. A diam dan terus buang gambar-gambar tu. Aku tanya, apa dosa aku, apa kurang aku. Ayat cliché bila dapat tahu suami curang.

Jawapan balas daripada A buat aku terpempan, “kau tahu kekurangan kau, kau tahu kelemahan kau tapi kau ego”.

“Kau ugut aku, gunakan anak-anak, gunakan keluarga aku untuk halang aku bersama dengan Rose” “Kau ingat aku tak tahu apa kau dah buat dekat Rose, apa kau cakap dekat Rose? Kau ingat aku diam, kau boleh buat suka-suka hati?

Kau suka sangat mengungkit kisah -kisah lama aku kan, sekarang kau dah tahu kenapa kau nak sedih?” A terus keluar bilik dan tinggalkan aku sorang. Aku terkejut tak tahu nak menangis ke, nak marah. Aku kutip balik gambar yang A buang. Aku tak keluar bilik sampai ke malam.

Bila A masuk, aku tarik tangan dia, aku minta maaf dengan A. Aku mengaku, A banyak kali cakap dengan aku tentang keperluan batinnya tapi aku tak endah.

A tegur, dia tak suka aku lebihkan masa dengan handphone, tapi aku buat tak tahu jugak. Bab lain memang tiptop tapi bukan di katil. A diam saja dan terus tidur.

Hampir seminggu juga kami tidak bercakap seperti biasa, A banyak diam dan bercakap dengan anak-anak sahaja. Aku Google macam-macam cara nak pikat A balik sebab aku tetap tak boleh terima dia nak kahwin dengan Rose.

Betapa aku tak reda untuk berpoligami tapi semua usaha aku tak menjadi. Malah, makin hari, makin banyak yang aku dapat sampai aku sendiri terduduk. Aku mengeluh kenapa setelah berbelas tahun baru aku tahu siapa A, kenapa aku dapat suami macam A.

Bermula dengan surat layang, kemudian ke media sosial, bukan aku sahaja malah anak-anak dan saudara-mara juga terkena tempias.

Aku terfikir, lancang sangatkah mulut aku bila bercakap sampai orang berdendam dengan aku? Salah aku kah mempertahankan suami aku, rumahtangga aku?

Gambar aku di edit dengan benda-benda tak sepatutnya. Macam-macam kata hinaan aku dapat. Apa yang pernah aku buat dekat Rose, Seri dan perempuan lain, semua berbalik dekat aku. Anak perempuan aku pun didoakan benda-benda tak baik.

Dekat anak-anak, diorang dapat gambar-gambar tangkap curi A tengah bercumbu, berpeluk dengan perempuan lain.

Kalau dekat anak-anak pengirim boleh bagi gambar macam tu, dekat aku apatah lagi. Video cakaplah nak aksi apa, berdua, bertiga semua ada. Dengan aku pun A tak pernah jadi seliar itu.

Aku jadi bertambah tertekan bila jiran baik aku hantar screenshot mesej dari pengirim yang sama. Aku malu, nak keluar rumah sidai kain pun aku malu. Sampai satu tahap, aku tanya A. Tapi setiap kali aku tanya, jawapan yang A bagi tersangatlah sinis.

Apa yang keluar dari mulut A ibarat perasaan yang terlalu lama dia pendam. Aku tanya adakah Rose dan Seri tahu perangai dia? (Antara manusia yang lama bersama A) A jawab ya.

Bila aku tanya kenapa, A jawab sebab dia yang nak hidup dengan mereka, jadi dia jujur mengaku kisah silam dia. Aku tanya kenapa tak jujur dengan aku?

A cakap “kau yang nak dekat aku sangat, kau hadap je la apa kau pilih”. Aku menangis meraung bila A cakap macam tu. Terasa macam semua yang dah jadi, salah aku. Memang salah pilih suami bak kata seorang professor.

Aku suruh A ceraikan aku dan kahwin dengan Rose sebab aku dah tak mampu nak terima dia, aku rasa jijik. A pandang aku dengan penuh perasaan, mata merah berair.

Aku tak tahu masa tu dia marah atau sedih sebab seumur hidup aku, aku tak pernah tengok A macam tu. A suruh aku cari Rose sendiri kalau betul nak bercerai dan itupun kalau Rose setuju.

Aku yakin Rose akan setuju sebab diorang kan sama-sama sayang dan cinta. Aku dah bagi peluang kahwin, takkan dia nak tolak.

Aku mintak contact number Rose tapi A tak bagi. Dia suruh aku cari sendiri semua. Kemelut kami berterusan sampai la kerajaan umum PKPP. Puasa kemana, raya kemana. Semuanya hambar.

Kalau bercakap pun bila perlu, depan keluarga besar kami buat macam tak ada apa-apa sedangkan ada yang tahu masalah kami. Anak buah dan kakak ipar pun dapat mesej yang sama, ada juga yang cuba membantu tapi ramai yang pilih untuk tidak masuk campur.

Biras dan kakak ipar aku kenal dengan Seri sebab A pernah kenalkan Seri dekat diorang. Kakak ipar sendiri mengaku dia pelik kenapa A kahwin dengan aku instead of Seri. A pun dah pernah kenalkan Rose dekat abang dia.

Bila benda ni jadi, diorang tak terkejut sangat pun. Aku rasa bila jadi macam ni, aku dah tak boleh nak dapat sokongan dari keluarga mentua. Aku jadi termalu sendiri sebab selama ni aku ingat diorang tak tahu siapa A.

Pendek cerita, aku dapat contact Rose. Aku ajak dia jumpa. Rose tanya untuk apa. Aku pelik, takkan A tak bagitahu Rose yang aku nak diorang kahwin. Aku cuma cakap ada benda nak bincang.

Rose setuju dan kami berjumpa. Cuma keadaan Rose tak sama macam yang sebelum ni. Tak sama macam dalam gambar-gambar yang dia update dekat socmed. Rose kurus, teramat kurus macam orang sakit. Masih cantik cuma sangat cengkung.

Aku tanya keadaan dia, dia cakap dia sibuk dengan tugasan dia. Aku straight to the point yang aku nak dia kahwin dengan A. Rose pandang aku lepas tu dia gelak. Rose cakap “cukuplah hidup A saja kau atur, jangan nak sibuk-sibuk atur hidup aku. Aku bahagia dengan hidup aku sekarang.

Apa yang jadi dekat aku, aku anggap ini balasan untuk kesilapan aku. Jangan risau, aku tak lama dekat sini”.

Rose warning aku, jangan cari dia lepas ni walau apa pun yang jadi. Dia maafkan perbuatan aku, tapi dia takkan mampu maafkan apa yang aku dah cakap dekat dia sebelum ni. Rose balik dan tinggal aku sorang. Termangu lagi.

Aku balik rumah dan ajak A untuk berbincang. Aku tanya A apa yang jadi dekat Rose. A cuma jawab dia yang berdosa sebab buat Rose jadi macam tu. Rose sakit. Dia ada severe depression (orang cakap makan hati) sebab terlalu kecewa dengan sikap A.

A biar aku bercakap sesuka hati sedangkan terlalu banyak aib A yang Rose simpan. Cuma aku yang tak tahu. Rose terpaksa bergantung dekat ubat setiap hari. A tahu pun sebab keluarga Rose bagitahu dia lepas Rose overdose ubat tidur.

Aku pandang A dan nampak dia memang sangat sedih. Baru aku faham maksud A “itupun kalau Rose setuju”.

A dah tahu yang Rose memang tak akan kembali dekat dia. Cukup 6 tahun dia buat Rose menunggu, cukup dia buat macam Rose yang jahat, jadi homewrecker dan terhegeh dekat dia, dia takkan sakitkan Rose lagi.

Selama ni, dia yang minta Rose bertahan, dia janjikan ikatan halal, tapi sekarang dia takkan paksa Rose lagi. Aku tanya A macam mana dengan rumahtangga kami, A cakap dia tak mampu paksa diri dia cintakan aku lagi, dia hanya sayangkan aku sebagai ibu kepada anak-anaknya.

Dia tahu yang aku pernah serang Seri sebelum kami berkahwin tapi dia diamkan sebab itu memang silap dia tak pertahankan Seri. Dia harap aku berubah lepas dia pilih aku. Dia mintak maaf sebab dia tak dapat cintakan aku macam yang aku harapkan.

Dia tetap akan ada dalam rumahtangga sebagai suami aku, sebagai bapa untuk anak-anak tapi itu semua hanyalah atas dasar tanggungjawab.

A mengaku dia tak sempurna dan banyak buat silap. Cuma kali ini dia tak mampu lupakan Rose macam mana dia lupakan Seri. Perit betul aku rasa bila A mengaku macam tu dekat aku.

Hidup aku dalam tahun 2020 ni terlalu banyak duka. Setiap benda yang jadi dalam rumahtangga aku semuanya duka. Aku mula cari contact number Seri. Aku nak mintak maaf dengan dia.

Ya. Aku ego. Setelah sekian lama baru aku cari Seri. Aku DM dia di IG, selepas dua minggu dia balas. Dia cuma cakap dia maafkan aku dan doakan aku bahagia.

Lepas tu dia terus block IG aku. Aku menangis lagi. Aku banyak buat musuh tapi aku tuduh diorang yang memusuhi aku.

Aku banyak putuskan silaturrahim tambah-tambah antara A dengan kawan-kawannya. Mana yang aku rasa aku tak suka, aku halang A dari berkawan sedangkan diorang tak ada salah dengan aku pun. Berdosanya aku rasa.

A sekarang macam mana? A berubah jadi pendiam. Handphone ditangan sentiasa. Mungkin berharap Rose akan respon mesej-mesej dia, mungkin juga soal kerja. Yang pasti, aku tak boleh lagi sentuh handphone dia.

A lebih banyak tidur dan termenung. Aktiviti A hanyalah pergi balik kerja, sambung kerja yang perlu bila dirumah. Bila aku nampak A tidur, aku tahu dia sedang berusaha menahan perasaan tekanan dia tambah-tambah semua aktiviti sangat terhad dalam musim Covid ni.

Sungguh, aku sangat rindukan A. Aku rindukan belaian dia. Setiap kali aku minta untuk bersama, aku nampak A cuba tapi tak boleh. A tak boleh nak jadi macam dulu.

Aku tetap jalankan tanggungjawab dan kerja aku yang lain-lain macam tak ada apa yang berlaku sedangkan realitinya kosong. Hanya anak-anak jadi penghibur.

Apa yang aku rasa? Aku sedih sangat, bersalah dan kasihan. Kasihan dekat kami semua yang menjeruk rasa. Apa pun yang aku buat takkan mampu pulihkan keadaan, aku tak boleh nak minta Rose kembali, aku dah tak boleh nak lembutkan hati A.

Anak sulung aku pernah cakap yang diorang okay seandainya kami nak berpisah sebab sekarang pun diorang dah hadap situasi yang sama.

Tinggallah aku yang sedang menerima kifarah untuk setiap perbuatan aku, dan juga A yang mungkin menerima ujian atau kifarah untuk perbuatan dia. Apa yang akan jadi in future, aku reda, aku ikhlaskan. Apa jua keputusan A, aku terima.

Untuk Rose dan Seri, aku hanya mampu berdoa semoga Allah lembutkan hati mereka untuk maafkan aku dan keluarga aku.

Maafkanlah anak perempuan aku atas kesilapan bapa dia. Maafkan aku untuk kata-kata hinaan aku sebelum ni.

Dari pandangan mata kasar, nampak aku menang sebab A ada dengan aku sedangkan aku sebenarnya dah kalah. Jiwa A tiada untuk aku. Yang ada hanya jasad.

– Anonymous (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *