Balasan doa tentang jodoh di nisfu syaaban

Tajuk : Balasan doa tentang jodoh di nisfu syaaban

Salam semua, saya berusia 28 tahun dan pada umur ini telah layak berkahwin. Saya bercinta dengan ex boifren dari tahun pertama degree sampai lah semalam.lebih kurang 5 tahun lamanya. Ex boifren saya setahun muda dari saya. Hubungan kami dari lepas setahun bercinta sampai lah harini, kalau gaduh akan tak contact berminggu dan berbulan dan saya lah orang yg selalu sabar dan damaikan hubungan. Masa degree kami sekelas. Kdang2 malu sebab kawan2 sekeliling dpt detect kami tgh gaduh. Kadang2 ex boifren saya puji kawan sy depan sy. Dalam hubungAn ni, masa konvo kira2 taun ke 3 kami berkawan, jumpa family lelaki ni dan mak saya mula perasan yang mak lelaki ni tak suka sy (Maaf sy gunakan kata ganti lelaki lebih manis).masa tu lepas salam mak dia,mak dia seakan jeling sy dan tanpa berborak mereka beredar. Lepas dgree saya keje setahun dan lelaki ni pun sedang menunggu posting, dia ambil scholar pensyarah di kolej kerajaan. Then dia dpt panggilan posting 6 bulan lepas habis degree. Dalam masa setahun, utk tunggu dia stabil, sy ambil keputusan sambung master. Biarlah dia merasa keje 2-3 tahun dan jlnkan tanggungjwb sebagai anak lelaki. Master sy mengambil masa kira2 setahun lebih dan baru tamat pengajian awal tahun ni. Dalam usaha utk bertunang, dpt hint dari dia yang lg better if sy keje dlu dan stabil. Kami ada tersalah faham dan dia block sy dari wassap sejak bulan 3 sampai harini. Means 2 bulan lebih.sy usaha pujuk tapi tak berbalas. Fb,wechat, msg u name it. Then sy doa harini sbb nisfu syaaban "YA ALLAH, KALAU BETUL JODOH AKU DENGAN XXX AKU MOHON KAU TUNJUKKAN SEBENAR BENARNYA PENGAKHIRAN HUBUNGAN INI" beberapa minit lepas tu, allah bantu sy stalk mcm2 n gerakkan hati sy utk tgk kebenaran. Allahu, Allah really answered my prayer immediately, sy dapat num hp seorang wanita dan kami berhubungan. Sy dapat tau, ex boifren sy akan bertunang dan telah berkenalan dari bulan 3 melalui sepupu wanita itu. Hati sy hancur. Sy doa lagi minta allah redhakan hati sy. Ntah apa wanita tu ckp dgn ex boifren sy, ex boifren sy elok je reply msg sy dan ckp sebenarnye tak serasi dgn sy after so many years i've been waiting for so long, tahu susah senang dia, itu jawapan dia. Entah mcmana, kuasa allah, allah betul2 tarik rasa cinta sy kat dia. Sy dan takde rasa nak reply msg yang berjela jela. Siapa sy untuk menidakkan hukum allah. Percaturan allah tu luas. Sy berdoa, wanita itu berdoa, ex boifren mungkin berdoa jugak. Semua terjadi sekelip mata selesai pengakhiran yang baik. Allah jawab doa sy.

Apa yang boleh sy katakan, sy pernah berdoa dlm tau at nasuha sy nak jadi baik, jaga ikhtilat perhubungan, taknak buang masa bercinta dan ada perasaan sia2. Mungkin ini kifarah dosa lalu bercinta dan tak sedar ada buat tak elok ke apa. Mungkin salah satu jawapan dr doa2 tentang jodoh juga. At least allah save kan sy dari hubungan yang entah mcm mana bila dah kawin nnt. Lagi satu, sy belajar sesuatu

1. Kahwin dengan lelaki yang betul2 nak kat kita, keluarga dia terima kita. Sy nak kedua belah keluarga redha dan restu dgn perkahwinan tu.

2. Kalau lelaki ni ckap taknak jumpa ke dating sebab takde mood. Kena siasat. Sebab tadi baru dapat tahu, dia dating ngan wanita tu dari tengahari sampai malam.dgn sy, dari lepas degree sampai harini kira2 2 tahun baru dating 3 kali.

3. Nak jodoh jemput jodoh yang baik,diri kita kena ubah ke arah kebaikan. Sy jahil. Tak tutup aurat dengan sempurna, lambatkan solat, masa bercinta tak jaga ikhtilat, tak kearah islamik. Tak nampak usaha nak lebihkan soal agama. Now, dari start master sampai skrg tgh usaha sikit2 lebihkan solat sunat,yasin setiap pagi dan al waqiah lepas maghrib, ke kelas agama,siapkan diri dgr talk marriage n sempurnakan diri.

Harini segalanya terjawab, sy redha dan lega sgt2. Doakan sy bertemu jodoh dengan yang lagi baik lepas ni, dan bakal mertua sy terima sy dari hari pertama kami bertemu. Sy sedang usaha. Kalau nak tahu sambungan,sy akan hantar confession lagi untuk update tentang ni. Yang pasti, doa adalah senjata orang muslim. Doa la sebut apa2 dari hati kita, allah dengar. Kita ada allah utk kita berbicara. ?

– Embun

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

288 Comments

  1. Amiin2. Moga Allah kurniakan awk seorag lelaki yg serasi dan mampu bimbing awk cik. Jangan isau pasti ada cuma x tahu yg mana dulu samada jodoh ke ajal. Teruskan berdoa cik dan jangan lupa berusaha jugak.

  2. Amin..moga terkabul ap yg di dengar…tertarik dgn tajuknya tu yg bce smpai hbis..mls nk hurai soal lelaki smue tu…boleh bce comment2 brguna yg lain brkenaan tu..

    Cumenya sis….bab doa tu..alhamdulillah dikabulkan..tp next time..jgn mendesak Allah dgn stu jwapan…”Ya Allah tnjukkan aku die jdohku atau tidk”…doalah yg mnunjukn sifat kte sbgai hamba yg tidak mendesak penguasa..contoh : “jika benar die jodohku permudakan..jika bukan pisahkan kmi dri hubgn terlarang ini” …

    Wallahualam
    #adabberdoa

  3. Bla baca part allah hilangkan rasa cinta tue serta merta, ianya lbh kurang sama dgn sy. Tp sy bcinta 4 thun then lpas dr tue smpai skrg nikmat nk bcinta mmg xdak lgsg. Sy xdak rasa nk bcinta n syg laki. Prasaan takut mguasai tp skrg timbul dlm diri perasaan ingin mndirikn umhtgga. Mean rasa dh bersedia tp calon wallahualam. X rasa nk bcinta tp rasa nk ada suami dan sy rsa sy dh jmpa someone yg ssuai tp sy x psti dgn dia even dia ckp dia tggu sy. Sbb dia lbh tua dr sy 10 thun. Apa² moga ada yg tbek buat kita. Planning Allah pnuh dgn rasa cinta thdp hambanya..

  4. Allahuakbar..sis hebat.. bagus teruskan mencari cinta Allah..inshaa Allah Allah akn bagi kita yang terbaik. Kslapan kita yang lepas jdikan tauladan agar kita tidak menjadi seperti dahulu
    . Sy doakan sis dpt jmpa jodoh yang dpt bimbing sis ke arah akhirt.. inshaa Allah

  5. Pada masa yg tepat Kadang2 Allah memg bagi kita tergerak hati nak tau siapa pasangan/kwn kita sbenanye. Jd tak de la kita tertipu, atau kecewa teramat sgt. Sbb kita da dpt rasa ada sesuatu tak kene. Moga akak ni tabah, dan dpt pasangan yg serasi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *