Balasan doa tentang jodoh di nisfu syaaban

Tajuk : Balasan doa tentang jodoh di nisfu syaaban

Salam semua, saya berusia 28 tahun dan pada umur ini telah layak berkahwin. Saya bercinta dengan ex boifren dari tahun pertama degree sampai lah semalam.lebih kurang 5 tahun lamanya. Ex boifren saya setahun muda dari saya. Hubungan kami dari lepas setahun bercinta sampai lah harini, kalau gaduh akan tak contact berminggu dan berbulan dan saya lah orang yg selalu sabar dan damaikan hubungan. Masa degree kami sekelas. Kdang2 malu sebab kawan2 sekeliling dpt detect kami tgh gaduh. Kadang2 ex boifren saya puji kawan sy depan sy. Dalam hubungAn ni, masa konvo kira2 taun ke 3 kami berkawan, jumpa family lelaki ni dan mak saya mula perasan yang mak lelaki ni tak suka sy (Maaf sy gunakan kata ganti lelaki lebih manis).masa tu lepas salam mak dia,mak dia seakan jeling sy dan tanpa berborak mereka beredar. Lepas dgree saya keje setahun dan lelaki ni pun sedang menunggu posting, dia ambil scholar pensyarah di kolej kerajaan. Then dia dpt panggilan posting 6 bulan lepas habis degree. Dalam masa setahun, utk tunggu dia stabil, sy ambil keputusan sambung master. Biarlah dia merasa keje 2-3 tahun dan jlnkan tanggungjwb sebagai anak lelaki. Master sy mengambil masa kira2 setahun lebih dan baru tamat pengajian awal tahun ni. Dalam usaha utk bertunang, dpt hint dari dia yang lg better if sy keje dlu dan stabil. Kami ada tersalah faham dan dia block sy dari wassap sejak bulan 3 sampai harini. Means 2 bulan lebih.sy usaha pujuk tapi tak berbalas. Fb,wechat, msg u name it. Then sy doa harini sbb nisfu syaaban "YA ALLAH, KALAU BETUL JODOH AKU DENGAN XXX AKU MOHON KAU TUNJUKKAN SEBENAR BENARNYA PENGAKHIRAN HUBUNGAN INI" beberapa minit lepas tu, allah bantu sy stalk mcm2 n gerakkan hati sy utk tgk kebenaran. Allahu, Allah really answered my prayer immediately, sy dapat num hp seorang wanita dan kami berhubungan. Sy dapat tau, ex boifren sy akan bertunang dan telah berkenalan dari bulan 3 melalui sepupu wanita itu. Hati sy hancur. Sy doa lagi minta allah redhakan hati sy. Ntah apa wanita tu ckp dgn ex boifren sy, ex boifren sy elok je reply msg sy dan ckp sebenarnye tak serasi dgn sy after so many years i've been waiting for so long, tahu susah senang dia, itu jawapan dia. Entah mcmana, kuasa allah, allah betul2 tarik rasa cinta sy kat dia. Sy dan takde rasa nak reply msg yang berjela jela. Siapa sy untuk menidakkan hukum allah. Percaturan allah tu luas. Sy berdoa, wanita itu berdoa, ex boifren mungkin berdoa jugak. Semua terjadi sekelip mata selesai pengakhiran yang baik. Allah jawab doa sy.

Apa yang boleh sy katakan, sy pernah berdoa dlm tau at nasuha sy nak jadi baik, jaga ikhtilat perhubungan, taknak buang masa bercinta dan ada perasaan sia2. Mungkin ini kifarah dosa lalu bercinta dan tak sedar ada buat tak elok ke apa. Mungkin salah satu jawapan dr doa2 tentang jodoh juga. At least allah save kan sy dari hubungan yang entah mcm mana bila dah kawin nnt. Lagi satu, sy belajar sesuatu

1. Kahwin dengan lelaki yang betul2 nak kat kita, keluarga dia terima kita. Sy nak kedua belah keluarga redha dan restu dgn perkahwinan tu.

2. Kalau lelaki ni ckap taknak jumpa ke dating sebab takde mood. Kena siasat. Sebab tadi baru dapat tahu, dia dating ngan wanita tu dari tengahari sampai malam.dgn sy, dari lepas degree sampai harini kira2 2 tahun baru dating 3 kali.

3. Nak jodoh jemput jodoh yang baik,diri kita kena ubah ke arah kebaikan. Sy jahil. Tak tutup aurat dengan sempurna, lambatkan solat, masa bercinta tak jaga ikhtilat, tak kearah islamik. Tak nampak usaha nak lebihkan soal agama. Now, dari start master sampai skrg tgh usaha sikit2 lebihkan solat sunat,yasin setiap pagi dan al waqiah lepas maghrib, ke kelas agama,siapkan diri dgr talk marriage n sempurnakan diri.

Harini segalanya terjawab, sy redha dan lega sgt2. Doakan sy bertemu jodoh dengan yang lagi baik lepas ni, dan bakal mertua sy terima sy dari hari pertama kami bertemu. Sy sedang usaha. Kalau nak tahu sambungan,sy akan hantar confession lagi untuk update tentang ni. Yang pasti, doa adalah senjata orang muslim. Doa la sebut apa2 dari hati kita, allah dengar. Kita ada allah utk kita berbicara. ?

– Embun

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

288 Comments

  1. Alhamdulilah ..bersyukur kerana awak diantara insan terpilih untuk mendapat petunjuk ke jalan yang benar.Sesungguhnya setiap perancangan Nya adalah yang terbaik dan penuh dengan hikmah .Moga terus istiqamah dalam mencari ilmu dunia dan akhirat .Amin :)

  2. masyaAllah…alhmdulillah Allah tnjukkn jalan yg terbaik utk sis..insyaAllah akn ada yg terbaik slps ni..mengmbil hikmah drpd ape yg terjadi ini adalah lbih baik..moga sis trus istiqamah utk berubah..im proud with u

  3. Nak nasihat pada semua. Kalau family dari lelaki xsuka kita,jgn teruskan hubungan.disitu kita boleh nilai yg terbaik atau tdk. Sakit sgt nak telan bila berdepan dgn org xsuka kita. Seolah hidup tnpa restu . Huhu. Apa2pun semoga Allah berikan kita kekuatan dan kesabaran untk hadapi segala ujian dariNya.

  4. Kata Imam Syafi’e kan dik
    “Ketika hati manusia ni terlalu berharap kepada seseorang, maka Allah timpakan keatas nya pedihnya sebuah pengharapan, supaya manusia ni tahu yang Allah sangat mencemburui hati manusia yang berharap SELAIN kepada Dia. Maka Allah menghalangi manusia dari perkara tersebut supaya manusia ni kembali berharap hanya pada Dia ”

    Betapa ramai manusia yang harini Allah ‘hancur remukkan’ hatinya. Tapi Allah jualah yang menyembuhkannya, mengangkat semula darjatnya, mendengar tangisan dan doanya,memandang baik padanya dan menggantikan dengan sesuatu yang jaauhhhh lebih baik dari sebelumnya.

    Maka, bersangka baiklah pada Allah. All the best, dik

  5. Berdoalah apa jua Asal kan doa yang baik, insyaallah Allah makbulkan. Cepat atau lambat :) btw, cerita yang bagus utk tauladan. Terima kasih confessor ❤

  6. kalau orang tu dah jarang communicate dgan kita.. wether dia busy atau memang dia dah takder hati dengan kita sebenarnya. ur choice. nak stay ataupun cari lain..

  7. Dah lama sangat bersabar. Dah lama bertahan utk semua ni. Berbulan mintak tunjuk kat Allah jalan yg terbaik. Semalam jugak Allah dah gerakkan hati. Pedih dia ya ampun sakitnya. Dah naik malu nak mengadap semua ni Zirra Nazyra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *