Balik lah nak.

Assalamualaikum kepada semua pembaca.
Sempena bulan ramadhan dan syawal yang akan tiba, aku suka untuk berkongsi pengalaman yang saya alami sendiri di kampung aku. Harap kita mendapat maanfaat dari perkongsian aku ini.

Cerita bermula pada awal tahun ini, aku memegang ijazah dan bekerja selama setahun di luar negeri. Awal tahun ini aku di hubungi abang aku di kampung yang selama ini dia yang menjaga ibu, mendapat tawaran kerja yang lebih baik di luar negeri dan dia ingin mengambil peluang tersebut tetapi bimbang tidak ada siapa yang sanggup menjaga ibu di kampung kerana ibu aku seorang ibu tunggal. Selepas beberapa minggu berfikir, aku bersetuju untuk resign dan pulang ke kampung untuk mengambil alih tugasnya memandang kan hanya aku sahaja yang tidak berumah tangga.

Aku singkat kan cerita, selepas sebulan berada bersama ibu di kampung, berbekal duit simpanan yang ada aku memula kan bisnes kecil-kecilan. Hidup dengan bekal bisnes yang aku ada dengan cita-cita dapat menjaga ibu dengan lebih baik. Maklum lah ibu aku dah berumur kadang- kadang sihat, kadang-kadang tak. Nak dapat kerja kat kampung bukan senang. Tetapi selama aku berniaga dan tinggal di kampung, ternyata mulut dan tanggapan masyarakat “saya” begitu menjijik kan termasuk kaum kerabat sendiri TETAPI TIDAK SEMUA, suka saya tegas kan TIDAK SEMUA. Macam-macam soalan di ajukan kepada saya yang seakan-akan ingin memalukan seorang manusia yang hanya ingin menjaga ibu nya tanpa ada harap belas kasihan orang ramai. Saya bukan hidup meminta dan duit bulanan yang ibu dapat dari adik beradik yang lain sedikit pun saya tidak minta dan sentuh. Suatu hari saya di ajukan soalan yang betul-betul buat saya lemah, “ kau ni dah besar, nk hidup dengan duit ibu kau lagi ker? Kau ingat bisnes kau tu boleh tanggung hidup kau? Mesti kau ade guna duit ibu kau jugak kan. Mesti balik kampung ni sebab kau kena buang kerja kan? Pemuda zaman sekarang macam tu lah.” Aku tergamam, aku putus asa dalam usaha menjaga ibu ku. ramai rupanya yang tidak senang walau diorang sendiri nampak macam mana tiap-tiap pagi aku ke pasar membeli bahan-bahan untuk jalan kan bisnes harian aku, masih diorang menganggap aku hanya “makan” duit ibu ku. Malam itu aku menanggis berdoa pada Allah, ape dosa aku di anggap hina begitu dan aku mengadu yang aku putus asa. dan meminta di bagi kan sedikit pengajaran untuk aku kuat bersama ibu ku.

Disini lah benda yang aku sangat suka berkongsi untuk pengajaran semua dan untuk bagi semangat bagi insan yang sama tujuan dengan aku. Selepas aku berdoa, 2 hari selepas itu Allah menjawab doa aku dengan lengkap dan sempurna. Suatu petang ketika aku baru balik meniaga, aku di panggil jiran yang umur nya sebaya dengan ibu ku. Seorang pesara guru yang sangat di kenali di kampung dan merupakan ibu tunggal. Tujuan nye hanya lah ingin menukar lampu di dalam rumah nya. Aku pergi bersama ibu ku sebab ibu pun dah lama tidak berbual dengan makcik A (jiran aku). Aku ingatkan hanya satu lampu yang ingin di tukar tetapi banyak. Makcik A telah tinggal dalam gelap selama seminggu. aku terkejut dan mengata kan kenapa tidak panggil saya awal-awal, makcik A menjawab anak dia berjanji untuk menukar nya tetapi tidak sempat untuk datang menukar nye lagi. Di tangguh selama seminggu. Astaghfirullah. Sanggup anak nyer.

Makcik A selama ini berbangga dengan anak-anak nye kerana semua telah berjaya dan kebanyakan nye bekerja kerajaan. Tetapi petang ini dia tertewas, di curah kan segala kesedihan nye pada kami yang selama ini di pendam. makcik A mengaku yang selama ini “mindset” dia salah. Yer, dia bangga dengan anak-anak nye tetapi tidak seorang pun yang mementing kan dia lebih dari segala-gala nya pada saat di amat memerlukan seorang insan bernama anak. Makcik A memesan sesuatu kepada aku yang aku rasa penting untuk kita ramai-ramai renung kembali. Sambil air mata mengalir, “nak seorang ibu bila hayat nye di hujung zaman, bukan duit yang di perlukan, bukan pangkat yang seorang ibu pandang tetapi kasih sayang dan anak yang boleh berada di samping ibu nya di saat ibu nye tidak kuat, sakit dan kesunyian. Pada saat begini duit bukan segala-gala nya. Nafsu berbelanja telah hilang dan makan pun ikan masin lagi selera dari hidangan ikan siakap. Tinggal lah dengan ibu kamu jangan biar dia kesorangan walaupun ramai jiran-jiran. Dia ibu mu yang lahir kan kamu yang besar kan kamu, makan pakai mu di penuhi nya dan saat mana kamu lemah di ada bersama mu. Tetapi kenapa saat kamu kuat mampu berdikari orang tua ini di lupakan.” Makcik A mengadu di curah kan segala pada kami (ibu dan aku). Lalu ibu memutuskan untuk duduk sampai isyak bagi menghilang kan rasa sunyi beliau. kami masak sama-sama dan makan sama-sama.

Ya allah, doa aku telah kau jawab dengan sempurna, contoh yang engkau tunjuk cukup buat aku semangat kembali menjaga ibu selagi aku bekersempatan.

Wahai semua, sempena ramadhan dan syawal akan datang ni, cubalah balik sekerap mungkin jenguk ibu di kampung walau sehari kerana mereka pasti kesunyian bila tidak ada anak-anak yang dulunya riuh di rumah kini hilang, sunyi menganti kan segala nya.

Mungkin ini tidak di fikir kan kepada insan yang masih ade kedua-dua ibu dan ayah dan ibubapa mereka masih muda dan kuat. Tetapi percaya lah pengalaman ini lambat atau cepat pasti berlaku dalam hidup anda samada ibubapa anda atau anda sendiri yang merasai saat-saat anak tidak berkesempatan dengan ibubapa mereka sendiri.

Semua pandangan negatif di dalam pengalaman di atas adalah untuk di renungkan bersama dan di perbaiki, suka saya TEKAN kan banyak benda-benda yang positif yang berlaku, tidak saya sebut kan yang di curah kan oleh masyarakat “saya” dan kaum kerabat saya. Saya bangga dengan masyarakat “saya” yang berfikiran positif.

sekian, assalamualaikum

– insan

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

41 Comments

  1. Terharuuuuuu… semoga menjadi anak yang baik.

    Mulut org…persepsi org.. tak boleh nak ditutup.. teruskan usaha menjaga ibu. Jangan putus asa.. jangan fikir apa orang nak kata.. bukan mereka yang bagi makan kita…

  2. Doakan sy hrap dpt posting dekat dgn rumah.walau org kata sy jenis x membangun duduk n blaja dekat dgn rumah,sy tetap bersyukur sbb dpt tgk tlg mak ayah hari2.nikmat yg tiada bandingannya pabila melihat senyuman mereka.semoga dpt berbakti kpd mereka selamanya,inshaa allah.

  3. Tahniah…awak buat yg terbaik…semua kata2 menjijikkan tu adalah sifat2 dengki…..abaikan je…bkan mendatangkan keburukan pada awak pn…jgn ambik peduli kata2 -ve…..yang penting Allah sayang pada kite….yg lain pedulikan…masuk telinga kanan…keluar telinga kiri….bkan diorg bg rezeki pn….senyum je walaupun pahit….

  4. Di saat kita kecik…ad insan yg mennti dn mmerhati pembesran kita…kita jtuh ketika betatih die bgunkan..smue dilakukan demi meliht kite besar…skrg bile kita dh besar dn pndai berjalan sendiri..kite lupe pd siapa yg mngjar kita brjlan…

    Celakalah bgi siapa yg punyai ibu ayah namun die tidak berbakti pd keduanya…sungguh sekiranya seluruh kehidupan kau gunakan untk brbakti pd ibu mu kau masih belum mampu membalas sakitnya wktu bersalin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *