Bankruptnya Sebuah Bussiness

Aku masih seorang pelajar, yang masih menimba ilmu, menjadi harapan ayah dan ibu untuk Berjaya suatu hari nanti, Mengenggam segulung ijazah, itulah harapan mereka terhadap diriku… Menjadi anak sulong menambahka beban di bahuku.

Dahulunya aku bukanlah dari golongan orang yang senang, masa kecil mak aku siap pernah cakap yang kita terpaksa pinjam beras dari sedara untuk makan, aku cukup sayu sekali bila mendegar kisah itu.. namun hidup kami sekarang Alhamdulillah boleh dikatakan serdahana, semuanya serba cukup..

Tapi bagi aku, semua itu tidak cukup lagi pabila aku melihat kesenangan rakan-rakanku yang lain… Bestnya mereka selalu dapat apa yang mereka hajati daripda ibubapa mereka…Aku dikelilingi dengan kawan2 yang punyai ibu bapa yang hebat, Engineer, Lawyer, Doktor, Bussiness man semuanya ada ada belaka…Memang tak hairanlah mereka senang je nak dapat semua kemewahan dari ibu ayah mereka..

Tapi bila aku terbayang wajah mak ayah aku, aku tak sanggup nak susahkan mereka lagi, biarlah mereka salurkan duit itu dekat adik adik aku yang lebih memerlukan, nasib baik aku dapat scholar dekat sini, mungkin itu rezeki aku…syukurlah kan…

Tapi bila hidup dekat Universiti ni, semua benda aku rasa masih tak cukup..DUIT??? Lagi la, walaupun ada scholar tapi tiap bulan aku rasa akaun bank tu macam segan hidup mati tak mahu je…sodih bila buka dompet..Nafsu makan dah la tinggi2 belako…Makanan dekat uni ni pula dah la Sedap sedap belaka kan,,,,

Jadi bila fikir macam mana nak dapat duit aku pun mula la berjinak beniaga kecil kecilan , teringat lagi kali pertama aku segan dan malu sangat nak bagitahu dekat kawan2 aku yang aku jual makanan ringan gitu gitu…
Standard la kan kalau dekat UIA ni, letak makanan satu tempat then tinggal, then bergantung harap je dekat Allah tak de orang curi makanan tu, tak kene bawa lari dek monyet,kucing (kesian korang selalu di persalahkan,haha) dan macam macam lagi..

First day masa aku letak makanan fuhhh habiss, tapi bila kira duit, choii… duit tak cukup ni, siapa la makhluk yang makan tak bayar ni, (kalau yang tengah baca ni ada perangai macam tu, cepat2la langsaikan hutang awok tu yea dripada makan benda haram)…..tapi tak pe, mula2 aku fikir baik lagi, dorang lupa kot nak bayar, esok la tu kot baru nak bayar…tapi last2 tengok hari esok still sama, harammm, ada je jumlah tak cukup..OhUiaKU…(Maybe bukan student yang buat kowt, kowt la ,husnu zhon)…

Tapi tak pe aku redo je selagi mana aku tak rugi….Rasa seronok sangat bila dapat untung walaupun sikit…Lepas la awal2 tu nak makan tengahari..hahaha!

So dipendekkan cerita, Lama kelamaan minat aku terhadap bisnes makin mendalam, Tiap hari aku berdoa supaya Bisnes aku berkembang..macam2 bisnes aku buat sebelum aku capai satu tahap bisnes yang stabil.. Alhamdulillah sekarang ni aku boleh kira ada la juga bisnes yang stabil untuk aku kendalikan…

Tapi dalam kepayahan aku nak run bisnes ni macam-macam benda yang terpaksa aku korbankan…
Pertama sekali masa aku, sebelum aku nak ada bisnes yang stabil ni, aku selalu bersengkang mata nak cari itu ini..cari supplier,simpan data customer, amik order, balas whatapps, layan karenah customer yang seribu satu hal…Masa tidur jangan cakap la kan, memang aku rasa biological clock aku dah macam burung hantu …

Dalam kelas pula, asyik main handphone je update fb lah,instagram, wechat la, and so onnn…Kalau lecturer bagi lecture tu, mmg macam masuk telinga kanan keluar telinga kiri, kadang2 tak lalu pun sebab aku dok menghadap handphone tu… makan minum jalan pun asyik pandang phone je… Assignment pun kadang tiru orang je, upah pun ada juga….

Dulu, sebelum aku terjebak ke dunia bisnes ni, aku ni antara yang suka buka kerja berpesatuan, tapi lepas aku run bisnes online ni mmg dunia aku lebih kepada alam maya … Program kulliyah ke, Kelab dekat Uia ke, Atau talk2 ke yang ada semuanya aku mcm tak ambil kisah pun sbb aku dah makin seronok dengan dunia aku sendiri…

Duit Untung Duit Untung, itu je la yang aku dok fikir dalam kepala ni masa tu… Hubungan aku dengan kawan2 aku rasalah kan mmg dorang pun ada yang anti aku sebab aku suka buat hal sendiri,

Aku tak seceria yang dulu, tak seperamah dulu, muka pun asyik moody je sebab aku geram dengan customer2 and perangai supplier aku , yelah sbb aku buat dropship je dulu…so sabar je lakan jadi org tenfah ni…. Amcam2 masalah ada…. orang pun macam makin Nampak aku ni macam makin sombong, tak suka bergaul.. pelik! Kata ada bisnes , tapi hubungan sesama manusia pun bermasalah, tak friendly , pelik kan, bila customer whatapps aku, aku rasa punyalah ramah tamah smpai boleh jadi menantu pilihan aku rasa bahasa aku, tapi bila dunia realiti semuanya terbalik belaka…

Yang semakin aku PELIK BIN AJAIB, ORANG KALAU BUAT BISNES MESTI ADA UNTUNG BANYAK KAN, Tapi berbeza dengan aku, aku rasa duit dalam akaun tu macam mengalir macam air je, air terjun aku rasa, masuk keluar je… Aku tak tahu mcm mana untung aku boleh habis cepat macam tu je… Aku rasa aku jadi makin boros bila ada duit sendiri, Tapi yang aku sedih aku boros dengan benda benda melalaikan.. karok sini sana, makan tempat mahal2, pegi jalan sini sana… shopping sana sini, beli barang itu ini…

Sumpah masa tu aku rasa kalau aku sedekah duit dekat mana mana, aku akn rasa rezeki aku makin kurang. Aku tak pernah rasa nak invest duit tu untuk saham akhirat aku, yang aku tahu dapat duit then joli sana sini ikutkan kemahuan aku sebab aku fikir susah penat aku dapatkan duit ni, nak buat apa kan kalau bukan untuk kepuasan diri. Aku pun jarang belanja adik beradik aku masa tu, yes in other words aku kedekut dengan family aku, nak belanja pun aku fikir dua tiga kali… walhal bila aku makan luar mahal mahal tu aku tak pernah langsung teringatkan family aku dekat rumah makan apa la tu kan…Aku Cuma belanja family aku sekali sekala je masa tu sebab apa? Sebab aku rasa kalau aku belanja dorang makin kurang untung aku nanti…

Sedekah??? Huh.. big mistake in my life again, orang bisnes banyak cakap yang kalau nak jadi kaya kene la banyakkan sedekah kan, tapi masa tu disebabkan fikiran aku masih kolot … aku rasa semua tu macam tak betul je…kalau kita dah bagi duit dekat orang habis la duit kita kan.. kadang2 kalau aku pergi masjid pun aku still belek2 duit dalam wallet aku tu nak bagi ke tak, dalam hati ni banyak betul penghasut …kalau bagi pun jumlah dia mesti sikit je aku bagi…

Study aku, OMG!! ABSOLUTELY TERGANGGU sangat sangat, result exam tu dush jatuh menyunam masa tu sebab aku just fikir pass pass dan pass, selagi tak fail ok jee… tapi ada satu tahap tu aku rasa nak stop je study sebab dah tak minat dah, yelah tengok la perangai aku dalam kelas, tak tido main phone, macam mana nak dpt berkat kan… patut la bila nak exam susah betul aku nak hafal subjek tu ini kalau nak compare dengan sebelum ni…kalau dulu satu chapter tu mau 2 , 3 kali aku khatamkan sebelum exam… siap ada nota sendiri lagi…

Belum cerita Hubungan dengan Sang Pencipta, semenjak aku leka dengan dunia aku, aku makin jauh daripdaNya, kalau dulu solat boleh je Jemaah, tapi masa tu aku lagi suka solat sorang2 sebab nak kejar nak buat benda lain, Quran pun aku tak sentuh sekerap dulu, kadang2 seminggu tu berapa kali je aku buka, tapi kalau dulu boleh je lepas tiap solat aku baca Quran tu…Subuh Gajah pun selalu sebab aku selalu tidur lewat malam, bukannya study pun macam org lain, ni pergi online update itu ini…cari sumber ilham and idea la konon walhal boleh je kalau sambung esoknya, bangun awal cari idea lagi bagus kann , nak buat macam mana, darah muda mmg mcm tu, Ketegaq alahai!

Solat sunat ? Rawatib? Dhuha? Pun dah makin jarang masa tu, bila aku rasa sales aku slow, baru aku teringat kepadaNya, tapi bila dah ok balik, aku lupa dah si Dia yang bagi aku Rezeki selama ni, aku malu sebab aku hanya mencariNya bila kesusahan sahaja, bila aku dalam keadaan selesa, senang sangat aku alpa dek kerana kenikmatan dunia yang aku kecapi…
Tapi Allah itu Maha Adil dan Penyayang, aku bersyukur sebab aku ada kawan yang selalu tegur aku , aku mula check balik mana silap aku bila aku rasa hidup aku ni kosong sangat masa tu….lama kelamaan baru aku sedar rupanya AKu ni dah Bankrupt Dengan Amalan aku…

Walaupun aku tak pernah Gagal lagi dalam bisnes, Tapi Hakikatnya aku rasa aku dah GAGAL dengan bisnes antara aku dan si DIA… patut lah aku rasa tidak puas dengan apa yang aku ada, ade je benda yang tak cukup dalam hidup aku ni….ada je masalah yang selalu datang…Buat untung tapi seolah2 kosong nilainya…

Aku harap kepada mereka yang sedang berbisnes atau yang baru nak ceburi dunia bisnes , tolongla jaga Hubungan dengan Pencipta kita, Ingat Dialah pemberi rezeki kepada kita, Macam mana kita nak Berjaya kalau dengan Dia pun kita tak reti nak `ambil HatiNya`… Solat jaga, Jemaah kalau boleh, Solat Tahajud, Dhuha jangan tinggal, mintalah pada Nya, supaya kita tak lalai dalam dunia kita…dikuatkan iman dan tidak hanyut ke kancah kehinaan…

Jangan berkira dengan sesiapa terutama Ahli Keluarga kita sebab merekalah yang paling rapat dengan kita, kalau susah senang jatuh bangun kita nanti, mereka lah orang pertama yang akan tolong kita…and most important Jangan Jangan kedekut nak sedekah,

Kalau pergi masjid ke surau ke, Nampak tabung, pilih lah note dalam dompet tu paling besar untuk di infaqkan, Jangan Menunjuk-nunjuk jangan Riak, insyaAllah apa yang kita beri kita akan dapat kembali atau lebih daripada tu… and aku ingat aku dengar jika seseorang yang dah mati dihidupkan semula, apakah amalaN yang ingin mereka laKukan kembali, jawapannya adalah SEDEKAH… jadi anda faham2 lah kan betapa besarnya fadhilat yang tersembunyi disebalik tu..

Kita sebagai student ni pun, jaga hubungan dengan Lecturer tu, jangan biadap dengan mereka walaupun mereka tak pernah tegur kesalahan kita, memang sekarang kita selamat, tapi masa depan kita , siapa yang tahu kot2 ada masalah je nanti dalam hidup, boleh la check balik kenapa kann….

Lastly, jaga la hubungan dengan kawan2 tu, jangan lah jadi anti social tiba-tiba sebab alasan busy la, rushing, aduhai, kalau nak bisnes kena pandai bahagikan masa, untuk beribadah, study, riadah, bersosial dan lain2, yes I know, it’s too hard to manage our time dekat university yang hectic ni kan, but believe me, u can do it, minta dan doa padaNya semuanya dipermudahkan, insyaAllah all is well…

Akhir kata,banyakkan menimba ilmu, jangan Langgar Tembok je… dah kene baru nak terngadah, join usrah2 atau talk2 yang free je , belambak bukan,nak tak nak je rajin atau malas je kan??? .. insyaAllah kejayaan akn sentiasa mengiringi kita jika betul niatnya..

Ok kali ni mmg yang terakhir daripda aku….Doakan aku supaya terus dikuatkan iman dan dibukakan pintu rezeki seluas luasnya… Moga aku dijauhkan daripada perangai zaman gelap aku dan aku harap post aku kali ni boleh membuka mata untuk kawan2 lain supaya kita boleh perbaiki ruang ruang kelemahan yang kita ada.. Waahulam…

“Biar Kita Miskin Pada Pandangan Manusia Tapi Kaya Di SisiNya”…

Sekian

-ManusiaYangAcah2KayaTapiMiskinAmalannya-

– Mr Bussiness

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit