Bantu Saya Akhiri Semua Ini

Salam semua. Mulanya saya tak nak buat macam ni tapi rasanya dah terlalu lama dan terlalu berat, saya perlu luahkan kalau2 ada yang boleh share jalan penyelesaian.

Saya berkahwin dengan seorang duda dan masa tu dia dan family dia kata ex-wife dia yang bermasalah.

Walaupun saya tau ex-wife dia lari dari rumah semasa mereka di uk selepas hanya 2 bulan bernikah, saya tak terfikir untuk siasat lebih lanjut. Memang itulah kesilapan terbesar saya.

3 tahun pertama kahwin, kami tinggal di rumah ibubapa dia.

Awal2 perkahwinan dia dah mendesak saya untuk mengandung dengan cepat dan alhamdulillah 10 bulan selepas tu, saya mengandung anak pertama. Tapi kemudian dia kata yang pertama nak anak lelaki.

Saya dah mula risau sebab belah dia, anak sulung adik beradik dia semua perempuan. Saya berdoa dan mintak sungguh2 supaya dapat anak lelaki dan alhamdulillah Allah kabulkan.

Saya ingatkan cukup sampai itu tapi rupanya bila mengandung anak kedua, dia kata nak anak lelaki juga yang kedua dan ketiga.

Saya jadi stress setiap kali check up, sanggup tak nak dia ikut sekali sebab takut tau jantina.

Dan bila doctor sahkan anak perempuan, dah mula lain sikap dia. Dia tuduh saya sengaja dapatkan anak perempuan sebab nak sakitkan hati dia.

Dari saat itulah, dia mula tolak2 pukul belakang kepala saya bila dia marah. Caci maki tu dah biasa, bodoh, isteri tak guna, anak babi.

Kemuncaknya bila dah pindah rumah sendiri, dah ada anak kedua, saya masih ingat, berlaku pertengkaran hanya disebabkan dia kata saya tak beritahu dia dah masuk waktu isyak.

Masa saya sedang suapkan anak2 saya makan, dia pun sedang makan, dan dia kata saya bodoh, jadi saya marah kenapa perlu cakap macam tu depan anak2?

Dia datang tendang dan pijak saya depan anak2 saya hanya kerana saya menegur dia.

Malam itu juga masa dia tidur, saya keluar dari rumah dengan anak2 saya dengan pertolongan adik beradik. Saya pergi buat laporan polis dan ke hospital.

Kesilapan kedua saya bila pegawai polis tanya apa tindakan yang saya nak buat pada dia, saya enggan dia dipenjara sebab saya memikirkan anak2 yang masih kecil.

Kesilapan ketiga saya bila keluarga dia dan dia datang pujuk, saya kembali pada dia, sebab saya fikirkan anak2. Saya surirumah yang tak bekerja jadi saya takut apa jadi pada anak2 saya nanti.

Bila saya dah kembali pada dia, dia putuskan hubungan saya dan keluarga. Saya tak boleh jumpa mereka dan mereka tak dibenarkan datang jumpa saya. Kenduri adik saya pun dia tak bagi pergi.

Sikap dia masih sama, masih suka menuduh saya tanpa usul periksa, bila marah dicaci maki, ditolak2 kepala

Sampai satu tahap, dia pukul dan maki saya perempuan paling bodoh, perempuan paling babi pernah dia jumpa.

Saat tu, saya tekad untuk keluar terus. Tiba2 saya dapat tau saya mengandung anak ketiga tapi saya tekad untuk bercerai.

Dia pernah berjanji akan ceraikan selepas saya bersalin, tapi tak juga.

Dalam tempoh tu, saya menumpang rumah kakak abang, saya gadaikan rantai leher untuk tampung belanja nak bersalin. Dia mintak anak sulung saya sebab nak sekolahkan dan saya terpaksa bagi.

Waktu tu, dengan mengandung nya, dengan anak kedua baru 3 tahun, berpisah pulak dengan anak sulung, saya jadi depresi. Hampir setiap malam saya menangis.

Saya terpaksa lepaskan dua orang anak saya pada dia sebab mereka perlu bersekolah.

Kes cerai saya berlanjutan sebab saya nak bersalin, dengan pkp lagi. Dan sekarang hampir 5 tahun berpisah, kes cerai belum selesai.

Dia enggan lepaskan sendiri tapi selama ni dia tuduh saya sihirkan dia sebab tu dia jadi baran, dia tuduh saya sihirkn anak2, dan bermacam2 lagi.

Sekarang dia failkan pulak kes nusyuz kononnya dia dah cuba nak berbaik tapi saya enggan.

Saya takkan kembali pada dia. Selama ni tak pernah sekali pun dia mengaku salah atas perbuatan dia dan minta maaf pada saya. Dia hanya kata saya yang fitnah dia dan suruh saya kembali taat.

Bila saya jumpa profile ex wife dia, saya tanya hal sebenar, kenapa ayah dia boleh datang ke sana ambil dan bawak dia pulang.

Rupanya dia pun hampir dipukul oleh suami saya ni, tapi dia bijak sebab sebelum dia kena lebih teruk, dia dah mintak cerai dulu. Saya je yang bodoh sebab masih mahu bertahan…

Sekarang saya ada kes nusyuz, kes cerai dan dia mintak pulak anak ketiga yang hak jagaan memang pada saya.

Selama 5 tahun berpisah ni, setiap bulan dia cuma bagi nafkah RM300 untuk saya dan anak ketiga sedangkan dia seorang pensyarah di UM.

Panjang lagi kisah saya, tapi cuma setakat ini jelah. Orang mungkin akan bertanya kenapa dia marah2, saya buat apa.

Sama macam keluarga dia tiap kali saya mintak tolong nasihatkan anak mereka, mereka akan bertanya saya buat apa sampai dia marah.

Saya sendiri tak tau nak kata apa sebab selalunya puncanya ialah dia sendiri suka berprasangka pada saya.

Saya kejutkan dia bila dia berdengkur dia kata saya hembus2 sihir pada dia, pokok dia tanam rosak dia kata saya sengaja rosakkan dan macam2 lagi benda yang tak masuk akal.

Saya dah penat turun naik mahkamah. Banyak masa, duit habis. Setiap kali dapat msj dari dia, saya jadi marah sangat dengan semua tuduhan dia.

Saya cuma nak lepaskan diri dari dia, saya nak anak3 saya semula tanpa gangguan dari dia. Cukuplah, saya dah penat sangat… apa patut saya buat?

Sekarang anak ketiga giliran cuti dengan dia, dia tak nak serahkan balik kepada saya. Saya penatttt..

– ANONYMOUS (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *