Untuk part I, (https://iiumc.com/ada-banyak-cara-jaga-anak/).
Assalamualaikum readers. Nampaknya aku kembali lagi, hehe. Kalau ikutkan plan asal, aku share story pada confession yang lepas sekadar untuk dijadikan penguat semangat kepada pasangan suami isteri yang terima nasib lebih kurang macam aku tu. Boleh baca confession “Bagaimana Kalian Jaga Anak” (https://iiumc.com/bagaimana-kalian-jaga-anak/).
Aku kesian sebab wife confessor sampai tahap kemurungan disebabkan mulut-mulut puaka orang sekeliling yang suka sangat kritik, kondem & paling tak best, suka compare cara jagaan kita & diorang. Especially when you are a first time mother, hah berbakul-bakul ‘nasihat’ diorang bagi but at the end of the day you will find out yang diorang sekadar nak bagitahu, cara diorang la yang terbaik sekali. Anak diorang membesar dgn jayanya, sihat, cemerlang, gemilang, terbilang.
Aku share story tentang moment-moment down aku sepanjang aku membesarkan anak yang baru setahun jagung ni, just to let the confessor know, they are not alone. And how to handle the emotion. Aku bukan nak cerita untuk dapatkan simpati or untuk bagitahu orang yang aku la terbaik sekali hahaha. Don’t get me wrong ya. Thanks yang komen murni-murni pada confession pertama aku.
Ok, aku extend sikit kisah aku tu ye. Yes aku berazam untuk fully breasfeed anak aku sampai umur 2 tahun. Sebab tu aku sanggup susah. At first, aku pun ada terfikir untuk just pump & dump sepanjang aku outstation. Supaya aku boleh focus pada kerja, tak perlu stress untuk fikir keadaan susu perahan (ebm) & tak perlu pening-pening nak jaga susu untuk bawak balik Malaysia dlm keadaan selamat. Lama aku fikir pasal benda ni. Tapi at last aku buat decision untuk bawak balik juga ebm tu ke Malaysia. Antara sebab-sebabnya:
1. Susu ibu tu rezeki dari Allah untuk anak aku. Aku rasa bertanggungjawab untuk jaga rezeki anak aku yang Allah salurkan pada aku. Tak gamak rasanya nak buang susu berpaket-paket tu. Nak curi masa untuk pam pun tak senang. Jadi aku tersangat berat hati nak sia-siakan usaha aku pam di perantauan tu. So I thought, if I can struggle to pump on time, why can’t I continue my struggle to bring back all those ‘titisan emas’ back to my baby? Only this time, and maybe this is my first & last struggling for my baby.
2. Aku risau kalau Allah Tarik balik rezeki susu badan ni bila aku mudah-mudah mensiakan rezeki yang Allah bagi. Again, this was just my 2 cent & I hold onto it. Kalau orang lain OK je nak pump & dumb, aku pun tak kondem. It’s really up to the mother. She’s the one who struggle & face the difficulties. So if she willing to do so, siapa kita nak mengutuk usaha beliau? Support je la, buat apa nak pening kepala kecam itu ini kan.
3. Stok ebm yang aku hasilkan sepanjang outstation aku boleh simpan deep freezer (tahan 6 bulan) untuk kegunaan masa depan / emergency stock. Dan memang semua stok tu sangat-sangat berguna. Ada satu masa susu aku drop sebab aku tak sihat around 1 week, stok ebm ni la yang mampu mencukupkan bekalan anak aku masa tu. Alhamdulillah anak aku masih ada rezeki susu badan.
Pasal kes suami aku pula, he is a good father actually. Dia tak marah aku, cuma dia merungut je masa tu mungkin sebab dia pun tertekan first time handle baby seorang diri tanpa aku, takde tempat nak meluah & takde siapa bantu dia. Aku tak salahkan dia dengan tekanan tu, that’s why aku bertahan sampailah hari ke-4 aku out station barulah aku meletus hahaha. Sebelum aku meletus tu, aku keep motivate him, bagi dia semangat untuk sabar, bagitahu dia pro & cons kalau overfeed, bagitahu dia cara untuk handle kalau baby masih menangis lepas menyusu. Probably my baby missed me, atau pampers penuh, atau perut kembung, atau macam-macam hal lain yang dia kena kenalpasti. Actually, sebelum aku bertolak pun, aku kerap baca artikel tentang breasfeeding tu depan dia, kuat-kuat & suruh dia dengar.
Pernah aku tunjuk video talk pasal bf. Macam-macam sebenarnya usaha aku buat untuk sama-sama educate not only him but also myself. Tapi mungkin keadaan tekanan masa tu buat dia rasa “ah persetankan segala prinsip bf ini, anak aku nak susu lagi!” hahahahaha mungkinlah kan.
Lepas aku text panjang lebar tu, aku terus offline, off roaming. Kira aku merajuk & jauh hati la kan haha. Masa tu aku tengah kerja tau, kat tempat supplier. So acted as professional as I could la, terpaksa. Bila habis kerja, malam kat bilik hotel aku dah mandi, dah makan, dah solat, dah pumping, dah cool sikit hati ni, aku pun online semula. Suami aku WhatsApp pujuk aku. Mesti kena pujuk la kan kalau tak dia yang kena beli susu fm & aku akan demand susu mahal semahal nilai susu ibu hihihi.
Selepas kejadian tu, banyak perubahan pada suami aku tau. Mungkin ni pun salah satu hikmah Allah bagi atas asbab aku struggle & kesungguhan aku nak bagi hak anak aku. Semua stok susu beku yang aku bawa balik tu suami aku yang tolong kemas & susun ikut tarikh cantik-cantik dalam deep freezer. Dan selepas tu pun, suami aku yang take over tugas basuh pam & botol susu yang berlambak-lambak setiap malam.
Lepastu suami aku ada pesan untuk aku pam & simpan susu dlm chiller so that kalau baby bangun tengah malam nak susu, dia boleh bangun untuk susukan baby guna chilled ebm & tak ganggu aku. Tapi part ni aku refuse la. Aku tak kisah bangun malam susu anak, susu yang terhasil pada waktu malam tu lebih banyak khasiat, menenangkan & lebih banyak kandungan lemak. So I really don’t mind kena susah, asalkan I am supported by my husband.
Pasal MIL, I don’t want to take any risk. Aku sayang MIL sebagai mak, aku sayang anak aku juga. Aku taknak salah satu hubungan ni bermasalah. So aku ambil pendekatan jarakkan hubungan dgn MIL. Bukan maksudnya aku jauhkan diri ke apa, tapi aku kurangkan kekerapan balik kampung MIL sebab aku taknak hati aku terluka bila MIL kritik cara aku, dan aku pun taknak MIL terluka kalau aku terlepas cakap untuk defense prinsip aku.
Dulu almost every week akan balik kampung MIL, tapi selepas tu cuma sebulan sekali & cuma untuk 1 malam je. Lagipun sekarang anak aku dah umur setahun, dah makan so MIL lebih focus nak kritik cara aku bagi anak aku makan, dia dah tak ingat pasal susu lagi dah hahahaha. But again, aku ambil pendekatan untuk diam & senyum. Kadang aku respond je dengan anguk-angguk tapi dalam hati aku geleng-geleng hehe. Alhamdulillah bab makan ni suami aku kekalkan support dia, mungkin sebab takut aku merajuk lagi kot. Jadi tiap kali ada adik beradik atau MIL FIL nak bagi apa-apa, dia suruh Tanya aku dulu.
Alhamdulillah sampai sekarang anak aku masih consume susu badan tapi dah sangat kurang sebab dia suka makan & minum air kosong. Bila menyusu dengan aku, main-main. Bila guna botol pun dia main gigit-gigit je teat tu.
Lagi satu cara yang aku buat ialah, aku selalu up gambar-gambar makanan anak aku yang aku prepare dalam fb / ig / WhatsApp story. Aku selalu share artikel-artikel pasal bf & pemakanan baby dalam fb / ig / WhatsApp story. Indirectly, aku nak bagitahu friends / followers aku (my target is my family, my husband, my husband’s family, saudara mara) aku tegas & serius dalam hal ni & please respect.
Aku rasa agak berkesan jugak sebab bila aku pergi rumah kawan atau saudara mara, ada yang akan tanya aku sebelum suap apa-apa makanan pada anak aku. Yang perli tu tetap ada juga “kemain dia siap bawak bekal lagi untuk anak dia, macam la rumah kita takde makanan” tapi macam biasa, I expected all those words so I prepared my mind to just let it go & do what I think is right. Senyum, tak perlu kata apa-apa :-)
So I think that’s it for now. Last but not least, please cari orang-orang yang positif supaya kita tak stress & depress. Join support group, dapatkan maklumat & ilmu from reliable source. Pakar laktasi dah ramai dah sekarang. Tak susah asalkan ada usaha.
Adios…
– Aminah
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit