Bapa Yang Boros

Assalamualaikum, saya Lisa (bukan nama sebenar). Sejak kecil, saya dibesarkan dalam keluarga yang penuh dengan ujian kewangan, kebanyakannya berpunca daripada sikap ayah saya yang kurang bertanggungjawab dari segi kewangan.

Ayah saya mempunyai tabiat buruk yang telah lama membelenggu hidup kami sekeluarga. Dia ketagih berjudi melalui permainan game spin online, sejenis permainan yang pada saya hanyalah satu cara untuk menghabiskan duit tanpa faedah.

Apa yang membuatkan saya kecewa, dia menggunakan duit pencennya yang sepatutnya untuk menyara keluarga kami, semata-mata untuk berjudi.

Apabila duit pencen habis, dia sanggup pula berhutang dengan kawan-kawan yang sama-sama ketagih, dan akhirnya hutang ini menambah beban dalam hidup kami.

Sikap boros ayah menambah masalah lagi. Setiap hari dia memilih untuk makan di luar walaupun mak saya dah penat masak di rumah.

Bila saya nampak perkara ni, hati saya remuk sebab saya tahu mak cuba sebaik mungkin untuk sediakan yang terbaik dengan bajet yang ada. Tetapi, ayah saya tetap abaikan usaha mak, malah memilih untuk menghabiskan duit pada hal yang tak sepatutnya.

Lebih menyakitkan hati, setiap kali mak saya minta duit untuk belanja dapur, ayah akan berkira. Dia akan beri alasan tak ada duit, sedangkan kami tahu duitnya habis pada hutang selepas berjudi.

Bayangkan, mak saya yang penat berusaha menguruskan rumah tangga terpaksa berhadapan dengan sikap berkira ayah, sedangkan kewangan keluarga adalah tanggungjawab bersama, lebih-lebih lagi bagi seorang suami dan ayah.

Sebagai anak, saya cuba membantu. Bila dah mula bekerja, saya ambil inisiatif untuk beri sedikit duit kepada keluarga. Walaupun saya tak mampu beri banyak, saya fikir duit tu dapat meringankan beban. Tapi apa yang berlaku sangat mengecewakan.

Duit yang saya berikan seolah-olah lesap begitu saja – ayah tetap menghabiskan semuanya untuk berjudi. Mak saya pun turut bantu dengan memberikan lebih, namun tetap tidak cukup kerana tabiat buruk ayah tidak berubah.

Saya pernah cuba tegur dia, pernah juga ambil langkah drastik seperti uninstall aplikasi judi tu dari telefonnya. Saya fikir, mungkin kalau dia tak ada akses pada game tu, dia akan berubah. Tapi saya silap. Ayah tetap cari jalan untuk install balik aplikasi tersebut.

Apa pun yang saya cuba lakukan, dia tetap kembali pada tabiatnya yang sama. Seringkali saya kecewa dengan alasan-alasan palsu yang dia berikan, seperti kata mahu guna duit untuk hal penting, tetapi akhirnya duit tersebut tetap habis pada judi.

Saya benar-benar penat, sangat penat. Bayangkan, duit hasil titik peluh saya yang sepatutnya dapat meringankan beban keluarga, habis begitu saja pada perkara yang sia-sia. Kadang-kadang saya tertanya-tanya, sampai bila perkara ini akan berlanjutan?

Saya sayangkan keluarga saya, sayangkan mak saya yang telah banyak berkorban, tapi saya semakin hilang arah untuk membantu apabila berdepan dengan masalah ini.

Saya cuma mohon doa dan panduan daripada semua yang membaca, kerana saya benar-benar tak tahu apa lagi yang mampu saya buat. Semoga ada sinar di hujung jalan ini.

– Anonymous (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. DInasihatkan untuk tidak lagi beri duit belanja kepada ibu kerana dikhuatiri akan diambil oleh bapa si kaki judi. Confessor boleh beralih dengan membeli barang keperluan rumah pula. Apabila terdapat keperluan duit mendesak, baru beri serta-merta kepada ibu atau confessor sendiri yang membeli atau membayar keperluan tersebut.

    • betul saya setuju. jangan beri duit, belikan terus barangan masak. kalau bill, bayarkan terus melalui apps online. elak kan untuk beri wang tunai.

  2. Dik, suruh mak awak ceraikan ayah awak tu. Sampai bila mak awak nak tanggung? Biar bapak tu rasa susahnya berdikari cari makan minum sendiri . Selagi ada org bagi duit, selagi itu dia x akan berhenti main judi. Benda berdosa ni mmg sedap. Nak hanyut, biar dia hanyut sorg2.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *