Assalamualaikum. Pertama sekali maaf andai confession ini ibarat membuka aib bapa sendiri, namun aku hanya cuba mengadu nasib. Ayahku berumur 60 tahun, sudah pencen, sudah pergi haji, namun perangainya masih belum berubah. Bulan Ramadhan ini saja kulihat ayah hisap rokok, bahkan ramadhan tahun2 sebelumnya pun aku pernah lihat ayah merokok di siang hari. Bila ku tegur ayah menafikannya, aku hanya diam. Bila aku beritahu ibuku, ibu akan mula bertanyakan kepada ayah dan akhirnya mereka akan bergaduh besar. Jadi memang apabila aku tahu ayah tidak puasa, aku hanya mendiamkan diri. Jangan kata aku tidak berdoa, dari tahun2 sebelumnya aku doakan agar ayah diberi hidayah namun hingga kini kulihat ayah masih sama seperti dulu. Kadang kala aku cemburu melihat bapa orang lain yg alim, pergi ke surau dan mampu menasihatkan tentang agama kepada anak2nya, namun ayahku tidak begitu. Aku cemburu. Ayahku sudah haji namun puasa tak dilaksanakan, solat pun kadang kala sahaja. Sumpah aku sedih. Apa harus kulakukan?
– miss k
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
dahulu sikit yang kerjakan haji tapi hajinya mabrur, zaman sekarang ramai yang kerjakan haji tapi mabrurnya sedikit
Miss da pon lepas tanggaungjawab sbg seorang anak , tntg ayah miss , doa serta tawakal kpd Allah adalah yg terbaik lagi2 skrg bulan ramadhan , in sha allah suatu hari nanti dpatla kesedaran ayah miss tu , tntg miss sedih tak mcm org lain punya ayh , miss sepatut lebih bersyukur kerana ada ayah , ada org disamping mak miss , ada sesetengah lagi yg x pernah merasa ayah , xde ayah pon , harap miss jgn bandingkan ayah miss dgn ayah yg bagus lain , tapi bandingkanlah dgn ayah yg sya sbut sprti kriteria diatas , in sha allah miss , sya doakan Ayah miss berubah :D , jgn sedih yee
ajak ayah pegi bt lawatan kat kubur. seminggu sekali ok la.