Batas II

Untuk part I, (https://iiumc.com/batas/).

Hai semua.. Saya Bawang and haritu saya ada meluah pasal kakak ipar yang menceroboh privasi saya dan suami.. Yang baru berkahwin 8 bulan tu..

Tapi sekarang dah 12 bulan dah la alhamdulillah semoga kekal sampai bila2 aamiin.. Ni sambungan luahan haritu..

Kakak ipar berumur 39 tahun dan sudah bersuami dan masih bersuami. (10tahun) tapi dorang belum ada anak. Kak ipar tak bekerja dan sering datang ke rumah sebab apa saya tak tau.

Saya duduk bertiga dengan suami di rumah pusaka family suami. Ada bapa mertua, suami dan juga saya.

Pasal bilik mandi pintu kena sendal batu sebab pintu tersalah saiz pintu besar dari yang sepatutnya. Suami dah tukar pintu baru dah..

Pintu bilik kenapa tak tutup? Sebab masa tu kak ipar ada kat luar rumah dan saya langsung tak expect dia akan masuk dan duduk atas katil kami. Itu salah saya dan lepas kejadian tu tiap kali kami masuk bilik terus saya tutup pintu.

Okay ni cerita nya.. Bulan lepas family besar belah suami ada buat makan2 tapi bukan di rumah yang kami duduk. Kenduri tu di buat di rumah arwah nenek suami. (bersebelahan rumah yang kami duduk)

So kalau dah ada makan2 family mesti la semua adik beradik suami balik kan. Kisahnye kak ipar ni balik la sini kan sebab rumah dia jauh sikit dari sini. Yang lain2 tak balik sebab duduk dekat2 je.

Alkisahnye dia balik sorang je suami dia tak ikut sebab kerja. Mula2 tu saya ok je dengan kak ipar borak2 macam biasa. Petang tu suami ajak saya keluar jalan2 sebab dia tau mood saya hilang bila kak ipar yang ni balik.

So kami berdua keluar la pusing shopping sikit. Kami balik rumah waktu tu dah malam dalam pukul 10 malam. Bapa mertua takde kat rumah mlm tu sebab mertua tidur rumah arwah nenek suami yang nak buat makan2 nanti..

Bila kami masuk je rumah jantung saya panas dan hati saya terbakar. Cerita ni sumpah ye wallahi betul saya tak reka cerita.

Bila saya dan suami masuk rumah kak ipar ada di meja makan tengah makan nasi tapi dia tak berbaju.

Iya pembaca semua. Kak ipar tak pakai baju cuma pakai bra dan kain skirt labuh. Sumpah demi Allah saya tak tipu saya tak reka cerita.

Saya terus laju masuk bilik walaupun kak ipar jemput saya teman dia makan. Suami tanya kak ipar, “Ko dah kenapa kak – – – – – tak pakai baju”

Pastu kak ipar jawab apa tau gais dia jawab sebab dia panas.. Setan betul kipas besar gabak dia tak pasang.

Masuk je bilik saya terus tutup pintu dan saya tanya suami kakak dia tu kenapa gila ke and suami hanya menjawab dia tak tau dan cakap anak no 2 memang perangai pelik.. Macam2 perkataan tak elok saya sumpah seranah kak ipar tapi dalam hati je la..

Saya belajar untuk tak melepaskan marah pada suami sebab saya tau berdosa..

Saya ada baca komen. Haritu kenapa tak pindah cari rumah? Sebab suami anak bongsu dan dia yang paling rapat dengan bapa mertua so suami yang nak jaga mertua. Mak mertua dah meninggal.

Sebelum kawin lagi saya dah ready mental sebab suami awal2 bagitau saya kena duduk rumah yang ada bapa mertua. Saya langsung tak kisah and bapa mertua sangat baik dengan saya.

Yang tak ok nye kak ipar yang sorang ni je. Saya rasa dia sangat melampau dan tak jaga langsung hati saya sebagai adik ipar dia.

Saya tak tau apa yang kak ipar tu nak. Siap panggil suami saya “Sayang.” Mental aku terganggu disebabkan ada kak ipar macam ni..

Korang doakan la saya dan suami kekal hingga ke syurga. Saya sayang suami dan saya tau suami pun sayang saya.. Dia dah buat macam2 untuk saya selesa kat rumah ni tapi kak ipar pulak perangai macam setan.

– Bawang (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. lapar perhatian akak ipar ko nie ..perangai mcm ……….,ko bg je ayat pedas berapi berasap biar ada akaiii akak ipar ko tue…mujur ko..kalau aku mmg aku sembur je..sblum jadi perkara x elok,aku bc pn menyirap air sirap….

  2. cuba tanya husband awak tu, waktu dia kecik pernah tak kakak dia tu cabul dia ke apa? saya assume suami awak tu helok betol sampai kakak ipar pun gian ngn adik sendiri

  3. Kalau rasa payah sgt nak luah/cakap kat kak ipar tu, time dia datang rumah awak on jer la ayat² rukyah. Pasang sound biar kencang sikit mana tau sedikit sebanyak bole gak merukyahkn perangai setan kak ipar awak tu.

  4. Saya percaya semua ini adalah kerana upbringing. Saya ada seorang kawan masa belajar di university dulu. Orangnya bertudung labuh. Berhandsock lagi. Ada satu hari tu kami pergi hiking.

    Tiba-tiba dia nak kencing dan minta saya temankan. Kebetulan saya pun nak terkencing. Jadi pergilah kami ke tempat tersorok untuk kencing. Dia tanpa segan silu ya buka seluar separuh, seluar dalam, dan cangkung mengadap saya. Nampak dengan jelas kencing dia tersembur keluar depan saya. Saya terkejut. Tanya dia, awak tak malu ke saya nampak p***t awak? Dia jawab, la awak pun perempuan. Dia sambung lagi, dengan family saya pun semua macam ini. Sama2 perempuan kan.

    Dah la tak malu kencing depan saya. Package sekali dengan tak basuh. Bila dia dah hampir selesai kencing, saya bagi dia tisu, dia cakap, tak perlu lah. Dan terus angkat seluar dalam dengan seluar dia. Terkesima dua kali saya. Haha

    Bila turn saya nak kencing, saya bagitahu, awak pandang belakang la, saya segan. Bila dia dah pandang belakang, baru saya kencing. Dah la tak tahan. Lama saya kencing dalam keadaan tak tenang. Takut dia pusing belakang. Haha

    Bila dah selesai, saya ajak dia kembali ke tempat berkumpul. Dia nampak saya buang tisu dekat tempat saya kencing. Dia pelik. Kenapa awak buang sampah merata. Saya cakap la. Lepas kencing kena lap p***t kan. Dia cakap, kalau dalam hutan tak perlu la. Macam lelaki juga. Tak perlu basuh. Saya malas layan, saya cakap. Oh ye ke. Takpela. Lain kali saya tak perlu bawak tisu la.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *