Hai semua.. Nama saya Bawang tapi bukan nama betul.

Saya dah berkahwin tapi baru je 8 bulan kahwin, dan belum ada anak. Saya tak bekerja hanya duduk di rumah jaga ayah mertua sebab husband yang suruh saya berhenti kerja.

Okay macam ni cerita nya. Husband saya ada 2 kakak 3 abang. Suami saya anak bongsu. Awal perkahwinan kami semua baik-baik saja. Tapi lama-lama saya macam ada rasa tak selesa dengan siblings suami saya.

First cerita, ada satu petang tu saya dengan husband tengah rehat-rehat dalam bilik masing-masing layan handphone. Husband layan movie saya layan tiktok ok saya tak kisah benda tu.

Tapi tengah kami rehat-rehat dalam bilik tiba-tiba kakak ipar masuk dalam bilik kami dan naik atas katil kami. Yaa dia naik atas katil saya dan husband.

Dia usik-usik husband saya siap acah-acah nak cabut kain pelikat suami saya. Dia peluk² suami dan buat saya macam tak wujud kat sebelah tu. Suami sehabis upaya nak mengelak tapi still kak ipar usik dia.

Lepas kak ipar keluar bilik saya suruh suami tutup pintu lepas tu saya terus diam tak bercakap dengan dia. Saya paling badan ke belah lain.

Husband perasan saya senyap tetiba dia tanya saya kenapa.. Tanpa saya sedar, saya menangis. Husband panic kenapa saya menangis.. Saya persoalkan dia kenapa tak bangun nak tolak sikit kakak tu?

Nak tau dia jawab apa? Suami saya jawab tak nak tolak sebab mata focus kat movie..

Saya tegur dia walaupun kakak sendiri ada batas kena jaga. Setahu saya takde sesiapa yang boleh masuk bilik kite suami isteri tanpa izin. Betul tak?

Cerita kedua. Saya perasan tiap kali kak ipar datang rumah mesti dia minta suami saya urut dia.

Saya tak kisah saya ok je suami nak urut kakak dia tapi yang tak tak suka kak ipar akan buat bunyi pelik pelik masa kena urut tu. Sejak daripada saya dengar tu tiap kali dia minta husband urut saya mesti akan tengok sekali.

Saya tahu dorang rapat tapi ada batas nya. Saya dah suarakan benda ni kat husband,mulanya dia minta maaf sebab tak tau benda tu salah dan dia akan tegur kakak dia tapi lama² benda tu tetap terjadi lagi.

Tiap kali kak ipar buat macam tu saya akan tarik muka dengan husband dan kami gaduh. Tapi husband tetap minta maaf last last kami baik begitu saja.

Banyak lagi benda yang kak ipar buat yang membuatkan saya tak selesa tapi malas nak cerita saya kadang geli dengan dorang adik beradik ni macam takde batas langsung.

Pernah sekali tu husband tengah mandi tiba tiba kak ipar masuk dalam bilik mandi tu sekali sebab dia nak kencing. Pintu pulak jenis takde kunci hanya guna batu untuk halang dari terbuka. Husband cepat2 siap mandi dah keluar.

Berdosa ke saya kalau saya marah dan tarik muka dengan suami semata mata sebab hal ni? Saya sampai keguguran sebab stress asyik fikir benda ni..

Saya tak kisah kalau setakat salam peluk cium pipi tu saya ok je sebab dorang adik beradik dan memang rapat tapi kalau sampai naik atas katil kami dan masuk bilik mandi sekali agak agak apa korang rasa ye?

Saya ni isteri tapi rasa macam orang luar bila kak ipar ada. Husband saya baik semua perfect dan dia sehabis baik nak jaga hati saya tapi tu lah kak ipar pulak macam tu. Terima kasih sudi baca.

– Bawang (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

12 Comments

  1. ,mungkin dah jadi kebiasaan suami kamu adik beradik camtu, memang ada batas, kamu tk boleh la nk marah suami kamu, cuma suruh suami kamu ubah kebiasaan sebelum kawin tu, lagipun baru kawin 8 bulan, masih baru, kamu marah sebb rasa cemburu kamu

    • Kepala Hotak Ko. Ni dah boleh jadi sumbang mahram kalau tak jaga batas.

  2. Benda salah ni weh, ni sumpah ceroboh hak privasi suami isteri, sangat tak matang!! Sepatutnya kakak dia ada maruah lah sikit jaga batas. Adik jantan dah besar buatpe nak gurau² bab gini. Tak helokk!! Dah masuk bilik tu kira tak sopan, kurang ajar. Tu hak privasi mereka. Bilik adik laki aku pun aku ketuk dulu sebelum masuk. Walaupun adik beradik still ada batas aurat. Paling² physical affection antara siblings lain jantina, salam, peluk, cium kepala. Bab urut tu boleh tapi smpai boleh bawak 🔞 tu pehal. DENGAN BERADIK PUN ADA BATAS HUBUNGAN YANG XLE LANGGARRRR. Kalau semua boleh, semua takpe, sbb sayang sbb family bla bla bla maka sbb tu ada kes SUMBANG MAHRAM.

  3. aiyoo , ada jugak mcm ni , kakak dia ni mental atau tak cerdik.. lawan je awk isteri dia , cakap dgn kakak dia apa yg awk tak suka , dan mintak dia hormat pendirian awk. kalau diam je nnt awk pulak yg mental..

  4. Angah betul xsetuju dgn sikap kakak ipar awak tu. Mmg biadap & kurang ajar. X boleh tunjuk contoh elok kt anak2. Sesuka hati masuk bilik kelamin adik sendiri. Mmg tak malu. Plg teruk masuk bilik mandi di mana adik dia tgh mandi. Adik lelaki pulak tu. Dah berkahwin & ada isteri memandang. Hati mana yg x marah. Kot ye dh jd kebiasaan, bkn amalan org islam tu. Org kafir pun tau malu dgn adik beradik lain jantina. Sikap tu ngalahkn org kepala ‘tiga suku. Awak kena brterus terang dg n kakak ipar. Malah dgn mak ayah mertua sekali. Buatnye dia dh biasa, mn tau masa awak tgh salin baju ke, tgh bermesra atau bersama suami (x sedar plak pintu xberkunci) dia masuk terus buka pintu bilik luas2. Nak kata masa tu? Akan jd trperanjat kn masing2. Perkara mcm ni x boleh didiamkn terlalu lama. Bimbang akan brlaku perkara yg lbh serius. Cepat2 bertindak, minta dia hentikn over acting dgn adik lelaki akka suami awak tu.

  5. diorg ni macam pelik jer, ada pernah berlaku sumbang mahram ke apa diorg ni..macam biasa sgt, aku yg dah kawen x de nak rempuh masuk bilik air kencing masa suami tgh mandi. kalau aku jadi kau pun aku pelik diknon..awk kena ajak suami duduk luar, sewa sendiri lebih baik…susah senang bersama gitewwe

  6. Awak banyakan bersabar ya..cuba bincang semula dengan suami awak, kalau dah melibatkan emosi sampai keguguran ni dah ganggu mental tu… situasi saya pun sama dengan awak, tapi saya ni adik tiri perempuan dia , dah besar dah tapi nak peluk sambil duduk atas riba suami ,,,..memang rasa geli dan macam nak terajang je. Apa pun pada pandangan saya adik beradik perempuan dengan lelaki memang ada batas dia…. Awak kuatkn semangat ya…jaga kesihatan awak…

  7. keluar je cari rumah sewa lain. jgn stress kn hidup awak.baru 8 bulan dh stress mcm tu, mcm mana nk hadap hidup bertahun2 lg kt rumah tu.. tu kakak ipar ada kn kt rumah.Suruh dia jaga ayah dia sendiri .bukan tanggungjawab awak jaga ayah mertua awak.. tu tanggung jawab suami awak & kakak ipar awak..kak ipar awak tu jangan nak menggatal dgn adik sendiri. .jaga bapak mertua awak tu elok2..

  8. Apa yang gatal poen sangat kak ipar hang ni? Ni bukan pasal batas, ni pasal adab. Memang tak boleh nak bezakan halal haram ka? Benak sangat ka otak tu. Atau kak ipaq hang ni gatai nak menikah. Tak boleh pikiaq. Otak allah dah bagi, pelajaran dah ada tak boleh fikir ka? Bapa mentua takkan tengok saja? Kalau rasa luah dekat kak ipaq akan jadi masalah. Cuba sembang dengan abang ipaq. Tapi jangan melebih pulak dengan abang ipaq.

  9. Tu pasal agama dah ajar agar ‘pisah’kan tempat tidur antara anak2 lelaki n pompuan sejak
    mereka umur 10 thn lagi.. sbab nk jaga batas pergaulan dan sentuhan walau pon antara adk beradik.. lg satu, tanggungjawab menjaga ibu bapa lebih kpd ank2 sendiri dan bukan menantu.. so, ambil langkah kluar dari rumah mertua, sambil tu tlg peringatkn suami tu tentang batasan yg perlu dijaga, agar tidak melampaui nya, takut2 akn terjadi perkara yg dilarang.. wallahu a’lam

  10. Saya pun ada kisah sebegini. Adik beradik suami saya yang perempuan selalu tidak kisah kalau berbogel sesama perempuan. Awal-awal kahwin dulu saya pun terkejut jugaa. Kalau balik kampung, jenis mandi beramai2 dalam toilet. Masa first time dulu, dorang ajak saya mandi sekali. Saya join la jugak. ingatkan dorang mandi berkemban. Rupanya bila masuk bilik mandi, masing2 slumber je telanjang bulat. Umur masing2 bukan budak2 ye. 25 tahun, 28 tahun dgn 32 tahun. Dgn mak mertua saya pun mcm tu ye. Dia jenis slumber je mandi bogel depan anak2 perempuan dia.

    Masa kejadian pertama tu. Bila saya mandi berkemban mak mertua saya ckp, dh jd family. Takkan malu2 lagi. Mungkin sebab saya pun nk blend in dengan family mertua. Saya pun terikut skali la mandi bogel bersama dorang ramai2.

    Itu belum lagi masuk cerita dorang kencing berdiri masa mandi ramai2. Sambil2 mandi, adik ipar saya cakap nak kencing. Dia berjalan ke depan sikit, saya fikirkan dia nk cangkung kt lantai situ. Rupanya berdiri je. Kakak2 ipar pun ikut skali kencing berdiri. Mak mertua? Jangan cerita la, dia pun 2X5. Siap ajar saya pulak untuk kencing berdiri.

    Saya cerita dkt suami, suami ckp, normal la tu adik beradik. Dia dgn adik beradik laki dia pun mcm tu jgk. Geleng kepala saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *