Hi semua, terasa lapang dada bila dapat berkongsi disini.
Sikit tentang kisah ku. Anak ke dua dari broken family. Mak ayah ku duduk berasingan hampir 5 tahun (tapi sah bercerai tahun lepas). 20 tahun disara sepenuhnya oleh mak aku.
Aku ada ramai adik beradik. 4 orang. Semua di tanggung oleh mak aku. Awal perkahwinan bapak dan mak. Sangat bahagia. Tapi bapak aku lama lama dia tersalah pilih kawan yang mengambil d*d**.
Tapi mak aku okay je teruskan perjuangan membela anak anak. Sampai kitaorang semua dah habis belajar dan semua meningkat 20-an.
Aku bukan nak cerita kan kisah keluarga. Tapi aku nak mintak pendapat… Setelah mak aku berpisah dengan bapak aku 5 tahun lalu atas kes curang. Kitaorang sangat jarang jumpa bapak aku.
Mak aku pindah rumah lain bawak anak anak dan bapak aku dengan kehidupan dia. Rindu suasana ada bapak mesti.
Tapi boleh bayangkan bapak aku 20 tahun tidak ada berkerja tetap dan hanya harapankan duit dari pemberian mak dan keluarga dia sahaja.
Ada juga tahun lepas, dia muncul kan diri. Mintak duit, mintak belikan barangan harian kepada kami adik beradik. Kalau ada lebih kami pun mengulur. Belikan keperluaan.
Fast forward… Awal tahun ni dia di uji. Tiba tiba dapat penyakit kronik. Penyakit yang dia dah tak berdaya gerak sendiri. Tak berdaya nak jaga diri sendiri.
Maka kami adik beradik turunkan ego. Jumpa dia, rawat dia. Bahkan mak aku sendiri jaga dia di hospital siang dan malam walaupun sudah berstatuskan (bekas suami).
Macam aku cakap, kami semua sudah berumur 20-an ada pekerjaan ada komitment dan semua sudah berkahwin dan berkerja baik perempuan / lelaki. Jadi kami terbatas untuk jaga bapak aku. Lagi lagi kekok sudah 5 tahun tak bertanya khabar. Tak amik kisah pasal kami sekeluarga.
Jadi bapak tinggal di rumah family dia. Tapi yang buat aku susah hati. Kami sekeluarga sering di momokan dengan ayat,
‘Siapa pun dia, dia tetap ayah kamu’ ‘Jahat jahat pun dia. Dia tetap ada anak’ ‘Pesan kat anak anak amik lah ayah dia, dia masih ada anak’ ‘Nanti tunggu, kau pun akan tua. Anak kau buat dekat kau’
Yang bilang family bapaku sendiri kepada kami. Bukan kami tak cuba jaga, bukan kami tak cuba maafkan dia.. Tapi sekarang aku faham apa perasaan mak aku sepanjang dia di alam perkahwinan dan bersama keluarga bapaku itu.
Pesanan untuk bapak : bapak, kami rindu kamu. Hampir 20 tahun hilang sosok selayaknya seorang bapak. Bila bapak di uji , kami adik beradik lah paling risau, menunggu 24 jam di lobi sementara bapak operation.
Sepanjang itu juga, kami dipandang sinis. Di cemoh oleh keluarga bapak. Tapi kami okay je. Sebab mision utama kami untuk bapak recover.
Tapi sekarang, kami sudah tak kuat nak hadap. Nak dipandang sinis, nak dipandang sentiasa rendah oleh keluarga bapak. Kami rindu kamu, tapi kami tidak rindu perangai dan perbuatan kamu dan keluarga terhadap kami.
Moga kami semua berkahwin dan mendapat sosok seorang ayah yang terbaik untuk anak anak kami. Amin
Untuk auntie / uncle boleh bagi saya kata kata semangat. Sebab saya sering di hantui oleh perkataan negatif. Walaupun kami adik beradik sudah lakukan yang terbaik untuk kehidupan semua orang.
– ANAKMU (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
berbincanglah dengan cara yg baik2, memang benar ayah kamu, semoga Allah mempermudahkan semua urusan kamu dan keluarga
Ada beza tau jadi bapak dan penderma sperma.
Dah ceraikan bapaknya pun ada family biar la dorang jaga nak pening apa lagi