Rabaknya Mental Aku Disebabkan ‘Syurga’ Itu

Hai aku Pana. Masih belajar kat utara. Lahir dan membesar di selatan Malaysia. Alhamdulillah. Allah kasi peluang aku sambung belajar. Cuma sekarang aku dalam fasa “wasted potential”. Tapi bukan itu aku nak kisahkan.

Sejak kebelakangan ini, aku down. Aku down sebab sikap parents aku. Terutama sekali mak aku. Aku tak boleh berhenti fikir tindakan dorang ketika aku kecik. Jadi, yang ni aku nak tulis di sini.

Selama ni, aku membesar dengan seorang mak yang suka abuse aku dari fizikal sampailah mental. Sekarang lebih kepada mental. Ayah aku pulak ayah yang normal cuma soal kewangan memang dia kurang sedikit kat situ. Dia pun malas nak berusah dan seorang yang selesa dengan “comfort zoned” dia.

Dulu ayah aku pun suka pukul aku. Syukurlah ayah aku dah stop pukul aku bila aku dah start masuk sekolah menengah. Dah taubat agaknya. Aku pun dah maafkan sebab dia dah sedar dan berhenti buat benda tu semua.

Mak aku kerja kilang, ayah aku lak peniaga kecil yang jual kuih. Kat sini kalau dalam kewangan, memang mak aku lah mainkan peranan besar daripada ayah aku.

Mak aku kalau dengan aku dengan adik-adik, dia susah nak spend kat kami. Bukan dia takde duit. Ada je. Siap beli emas lagi kalau balik kampung. Cuma kalau dia mintak sesuatu, dia susah sangat nak bagi. Kiranya, dia sangat berkira dengan aku dan adik-adik aku. Kesannya, bila aku kerja, aku boros.

Yelah, masa kecik selalu aku mintak tak dapat takpun susah sangat nak dapat. Itulah orang kata “innerchild”. Lepastu, mak aku bebel aku tak simpan langsung duit gaji. Padahal aku cuma penuhi kehendak yang aku tak dapat masa kecik dulu.

Ayah aku pulak, walaupun dia duit sikit, dia tak pernah berkira kalau kami mintak pape. Cumanya, kami takleh spend berbanyak.

Adalah jugak dia bebel, tapi aku dengan adik aku suka desak ayah sampai kami dapat hehe. Dengan ayah aku jelah, aku boleh lawan. Tapi lawan bukan sebab suka-suka, lawan sebab ada benda aku tegur dia dan ada benda aku dalih dari dia.

Satu benda aku perasan sepanjang aku membesar dengan parents aku. Ayah aku seorang ayah yang baik, tapi bukan seorang suami yang baik. Sebab apa? Ayah aku tak berusaha langsung untuk cari duit. Dia dah terbiasa dengan “comfort zoned” yang mak aku kasi.

Mak aku pulak, mak yang teruk tetapi isteri yang baik. Baik sebab apa? Sebab bertahan walaupun ayah aku, boleh dikatakan malas kalau untuk bekerja tu.

Ayah aku untung niaga dan tempah duit, memang ada bagi kat mak aku, tapi apalah sangat perbelanjaan yang mak aku kena buat dari segi hal kereta, hal rumah semua. Nasib baiklah ayah aku dulu yang kasi kami duit belanja sekolah.

Kadang aku terfikir, kenapa mak macam ni. Bila aku tengok balik keluarga dia semua, terutama kakak-kakak dia. Mereka dapat suami, yang bagi aku, memang laki tak guna pun. Takde pun salah seorang dari makcik aku tu bercerai ke apa walaupun laki dorang bermasalah. Orang putih kata, “till death apart us”.

Aku selalu rasa mak aku memang taknak lahirkan aku pun. Kalau aku sakit, dia jaga aku acuh tak acuh. Ya aku tau dia sibuk kerja tapi pernah suatu masa aku sakit teramat sampai kena pergi hospital dia terus cakap kat, “kau ni sakit, tau menyusahkan orang je.”

Adik aku yang dah betul2 teruk sakit pun, dia tak terus bawak klinik. Sibuk kemas rumah semua. Tup-tup bila gi klinik, adik aku kena naik ambulance terus ke hospital terus.

Pernah aku sakit teramat sangat, dia sempat salahkan aku sebab aku tak bawak ubat. Dia marah aku. Sedangkan masatu keadaan aku yang memang tak okay, dia boleh bersikap selfish.

Pernah aku sakit kat kampung sampai isteri abang dia tegur aku. Mintak mak aku bawak aku ke klinik. Tapi mak aku hiraukan je. Tau tau balik rumah, dia lepaskan geram kat aku. Dia pukul aku.

Dia bising pasal jarum aku berterabur dalam beg baju tapi aku tau dia geram aku mengadu kat ipar duai dia. Benda kecik macamtu ada ke orang mengamuk tak tentu pasal? Dahlah masatu, sakit aku tak sembuh lagi.

Sekarang kalau aku sakit ke apa, aku cuma boleh harapkan ayah aku je. Ayah aku masa aku sakit tulah, dia terus bergegas bawak aku ke klinik. Aku perasanlah dia sanggup ketepikan ‘kerja’ dia dan terus bawak aku ke klinik kalau aku mintak terus. Takde banyak bunyi. Takde langsung keluhan.

Mak aku selalu pukul aku masa kecik. Pernah nak hantar aku ke rumah anak yatim. Suka burukkan aku depan adik beradik dan anak buah dia. Haritu aku tunjuk jalan masuk uni aku dan aku cakap kat dia aku tau jalan mana, dia cakap aku belagak. Sedih pulak rasanya.

Selalu aku nampak mak happy dengan anak sebab anak dia masuk university. Excited. Tapi mak aku hahaha. Pernah jugak mak aku salahkan aku banyak pakai duit belanja bila kat uni. Dia mengadu kat ipar duai dia. Punca masalah ada je setiap malam sebelah dia. Tapi kenapa aku yang mental yang dirabakkan, dia masih salahkan aku?

Aku pernah nak mintak zakat, tapi dia tak benarkan langsung. Sekarang aku sedar betapa bencinya mak aku kat aku.

Ayah aku masa kecik je dia buat teruk kat aku. Pernahlah jugak dia buat kerja tak clear sampai pusat kebajikan datang rumah aku. Tapi aku dah maafkan. Kisahnya, aku kerap tak datang sekolah. Satu kelas pulau aku sebab ada sorang dalam kelas aku masatu, dengki dengan aku. Mana yang berkawan ngan aku, dia caras orang tu dari aku.

So lelama aku takde kawan langsung dalam kelas. Aku takde semangat nak pergi sekolah. Jadi aku selalu ponteng sekolah kalau mak aku kerja shift pagi. Ayah aku tau.

Dijadikan cerita satu hari aku dapat surat amaran. Ayah aku nak sorokkan tapi aku nak sorokkan sendiri. Ayah aku tau yang kalau mak aku pasal tu, dah tentu dia bising dan pukul aku. So kami dua berpakat. Tau-tau mak aku jumpa surat tu. Dia apalagi, mengamuk.

Masa dia mengamuk aku dalam bilik air tengah nak mandi gi sekolah. Aku dah tahan sangat. Yelah dahlah serabut kat sekolah, kat rumah pun serabut. Aku pun lawanlah. Bila aku keluar je bilik air yang masa ni aku pakai tuala je kat badan. Dia terus tarik rambut aku. Dia pukul aku. Nak pijak aku.

Aku pulak bersusah payah tahan tuala dari terlucut. Ayah aku cuba halang tapi mak aku tak bagi dekat. Dia marah ayah aku nak datang dekat. Masani memang aku rasa, kenapa aku kat sini. Apa aku nampak sampai aku rasa nak sangat lahir kat dunia ni? Sampai sekarang aku cari, tapi tak jumpa pun.

Aku ni seorang anak. Lahir-lahir dah tentu tak boleh pilih sapa mak aku. Tapi mak aku memilih kahwin dan adakan aku kat dunia ni. Kalau mak aku dari awal taknak anak, iaitu aku sendiri, kenapa perlu kahwin? Memang orang perempuan dulu memang matlamat kahwin je ke? Tak fikir benda lain?

Kalau salah pilih pasangan, memang jadi keperluan ke anak tu hadap kebencian itu sedangkan pasangan sendiri yang bermasalah. Aku tau tu semua soal jodoh tapi mak aku takde hak langsung layan aku macamtu. Dah banyak dia rosakkan aku.

Dari umur aku 15 tahun, aku selalu berfikir lebih baik aku mati. Bayangkan kehancuran yang dia buat kat aku. Kalau laki tu bermasalah, Allah dah sediakan jalan sesiap dah. Tapi mak aku lebih memilih kumpul dosa dengan menzalimi anak sendiri. Samalah jugak ayah aku yang tidak tunaikan tanggungjawab dia sebagai seorang suami.

Sejujurnya aku dah malas nak fikir pasal mak aku. Bukan itu je, aku dah hilang hormat kat dia. Mak aku sepatutnya dah boleh buat apa yang patut, tapi selalu salahkan aku. Macam aku pulak yang bawak dia keadaan macamtu.

Sesungguhnya aku dah penat hadap semua beban ni. Tambahan pulak aku jadi marah dan geram dengan sikap parents aku sendiri. Parents aku sangat selfish. Rasa terpaling betul. Dah tau hukum hakam, masing-masing buat bodoh.

Ayah aku pun tak guna, mak aku pun tak guna. Sama je dua-dua. Sekarang aku lebih salahkan mak dan ayah aku dari yang dulu yang aku hanya salahkan mak saja.

Kepada pasangan yang nak kahwin, cuba tanya diri korang balik. Korang kahwin sebab nak suami anak / isteri anak. Atau korang kahwin sememangnya nak jadi seorang suami bapa / isteri ibu. Bunyi nampak sama, kan? Tapi situasi dia berlainan.

Anak yang tak lengkap kasih sayang dari parents ni, one day, kalau dorang dah tak tahan, parents pun dorang buat tak endah. Kepada yang bertahan meskipun ibu bapa menzalimi korang, a big hug I give you. Korang memang kuat. Allah dah sediakan syurga sesiap untuk anak seperti ini.

Anak yang betul-betul kuat saja dapat syurga anak soleh meskipun telah dizalimi oleh kedua ibu bapa. Aku berharap jugak korang break the cycle. Jangan layan anak korang sebagaimana mak ayah layan korang. Aku agak mak aku dulu hidupnya begitu, sudahnya aku jadi mangsa dia yang seterusnya.

Aku taktau kalau aku bekeluarga nanti aku macam mana. Dengan sakit yang hidap sekarang. Aku tak rasa aku dapat hidup punya keluarga sendiri. Cukuplah aku sendiri yang sakit fizikal dan mental. Ada rezeki, Alhamdulillah. Takde rezeki juga, Alhamdulillah.

Untuk sekarang, aku taknak berfikir tu. Aku fikir nak habiskan ijazah, dapat kerja yang bagus, rawat sakit aku dan lari dari keluarga aku. Itu saja aku harapkan sekarang.

Tolong doakan urusan aku dipermudahkan, hati aku terang menimba ilmu ijazah dan penyakit yang aku hadap tidak bawak melarat sehingga aku takde semangat untuk menimba ilmu ijazah di bumi utara ini.

Sekian saja luahan aku. Diharap mana pembaca yang figure out siapa aku, tolong nilaikan sendiri kenapa aku bersikap sedemikian terhadap mak ayah aku. Cerita sini habis sini. Tak perlu tanya aku. Cukuplah korang tau dari sini saja.

Dan aku berharap, penulisan aku dapat melapangkan dada aku. Insha-Allah, Aamiin. Terima kasih semua sebab sudi baca luahan aku.

– Pana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. childhood trauma sama la mcam sy mak jaga endah tak endah tak ada kasih sayang lansung terabai masa kecik.. sy move on je fokus dgan diri & kehidupan kita sendiri jangan buang masa depressed bagai asyik teringat kisah lampau, create moment kita sendiri skrang sy bahagia dgan suami & anak tersayang..sy jaga & tunjuk anak sy contoh yg baik sebagai seorang ibu yg sebenar :D

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *