Untuk part I, (https://iiumc.com/bau-badan-dah-hilang/).
Hai semua. Bawang hangit di sini.. maaf sangat sebab confession aku yang lepas membuatkan korang berteka teki, bertukar-tukar info dan saling berbunuhan. Hahaha.
Sebenarnya aku ada bagi hint ketiga, tapi admin cut out. Takpe aku faham, mungkin admin tak nak nanti komen dibanjiri dengan link link shopee atau pun mungkin juga admin menyangkakan aku sekadar nak buat marketing.
Wallahi tidak. Aku sekadar nak tolong rakan-rakan yang senasib dengan aku. Mana tahu, penawar ini boleh jadi pengubah hidup orang lain jugak.
Pada yang bagi tips tenyeh ketiak di kepala lutut tu, percayalah. Aku dah buat lama dah. Mak aku la yang kasi petua tu.
Kepala lutut aku ni kalau boleh bercakap dah lama dah dia bercakap, “Oii lahanat sudah sudahlah tenyeh kepala aku ni busuklah ketiak kau bongokk !”.. haa gitu..
Guna air liur dan berselawat pun pernah. Mandi dengan bunga dah. Mandi dengan air daun pandan pun pernah! Mujur tak jadi kuih lopis je aku ni. Haha.
Jadi aku bukanlah nak merendahkan petua orang dulu-dulu, cumanya benda tu tak berkesan kat aku. Petua moden macam sapu Listerine kat ketiak, sapu Dettol, lemon, letak pantyliner kat dalam baju, ha apa lagi cuba cakap.
Semua aku dah try dan nothing works. Sama ada ianya berkesan sementara atau tak berkesan langsung.
Contoh macam batu tawas Sm**ly No More tu pun, berkesan sekejap je lama-lama batu tu pun dah berbau macam aku. Punyalah kuaja bakteria ketiak aku ni. Boleh lak dia pergi rasuk batu tu. Haha.
Ada yang cakap bau badan ni berpunca dari malas mandi, kurang menjaga hygiene dan mandi tak sabun. Aku tak nafikan itu adalah faktor.
Tapi tak boleh pukul rata semua kes macam tu. Korang tahu tak aku ni sental ketiak pakai span basuh pinggan ? Bukan guna yang belah span tau. Tapi belah yang hijau tu. Fuhhh dah macam gosok periuk dibuatnye.
Kalau korang masuk bilik air aku nescaya korang akan ingat minah senget ni basuh pinggan dalam bilik air ke. Haha.
Yang tuduh aku malas mandi, mereka reka cerita apa semua tu jangan risau. Aku tak ambil hati pun. Aku dah terlalu banyak dihina sejak kecik sampaikan hati aku ni dah takde ruang lagi dah untuk dilukai. Semua ruang dah ada parut.
Aku masih ingat sampai sekarang, masa sekolah dulu ada sorang classmate aku yang non muslim selalu tutup hidung bila lalu sebelah aku.
Tak cukup dengan tu, dia cakap bau aku macam daging khinzir.
Aku sangat-sangat sedih dan balik rumah aku menangis semahu mahunya. Hinanya rasa bila disamakan dengan binatang najis sebegitu.
Sampai mati aku takkan lupa sakitnya rasa waktu itu.
Cikgu juga ada menegur secara umum supaya kami memakai deodorant kerana semua dah mula proses akil baligh.
Aku tahu, pesanan itu cuma nak ditujukan pada aku, tapi cikgu taknak aibkan aku jadi dia tegur secara umum di depan kelas..
Perkara perkara macam ni lah yang matikan keyakinan aku secara total. Sudahlah aku ni rupa biasa-biasa je. Aku mula isolate diri daripada masyarakat.
Aku tak suka bersukan, tak suka aktiviti sosial, berkawad, berkhemah dan sebagainya. Biarlah aku digelar kera sumbang sekalipun.
Setelah dewasa, disebabkan aku terlalu banyak disakiti, aku banyak hiburkan diri dan juga orang lain. Personaliti aku yang kelakar dah menjadi daya penarik aku.
Sungguhpun aku busuk, aku masih ada kawan kawan yang suka dekat dengan aku, dan lelaki yang ikhlas menyayangiku.
Di samping itu juga aku dikurniakan akademik yang cemerlang. Aku pelajar straight A di sekolah dan di universiti jugak aku mendapat anugerah dekan setiap semester.
Alhamdulilah. Allah uji aku di sudut lain, tapi Allah beri nikmat di sudut lain.
Bercakap pasal nikmat ni kan. Aku jadi teringat, aku tak pernah pakai baju warna warna pastel. Sebab nanti ketiak aku akan nampak ketara basahnya.
Tambah-tambah kalau warna kelabu terang. Bila basah, kawasan ketiak tu akan jadi warna kelabu gelap.
Aku memang akan pakai warna yang gelap je seperti hitam, maroon, navy dan sebagainya. Kiranya hidup aku memang tiada warna-warna yang ceria dan sweet.
Aku jugak tak pernah berbau wangi walaupun pakai perfume yang mahal. Bau badan aku ni terlalu berkuasa dan overshadow bau yang lain.
Jadi, aku dah berputus asa dalam bab perfume ni. Aku sekadar beli perfume biasa-biasa je yang kat mydin tu. Untuk buat raso raso kan.
Aku tahu, ada orang yang sama nasib macam aku. Awak, jangan mengalah tau. insyaAllah, akan tiba masanya! Aku sendiri pun jumpa penawar pada umur 30 tahun. Alhamdulilah Allah izinkan aku bebas daripada masalah ini.
Jadi bebel banyak ni, jawapan nya mana? Haha.. sabarlah. Nak bagitahu lah ni.
Masih sama, aku tak boleh bagitahu direct. Apa aku boleh cakap, deodorant tu sejenis stick dan natural. Bukan cecair, bukan batu, bukan sabun. Aku tak sesuai pakai roll on cecair sebab nanti ketiak jadi berlendir.
Natural deodorant ni ada banyak jenama jadi bagi membuktikan aku bukan seller atau buat marketing, aku takkan bagitau aku pakai jenama apa.
Kalau ikut range harga merangkumi semua jenama, harganya dalam lingkungan RM8 hingga RM60. Bergantung pada kuantiti dan jenama la kan.
Untuk bifoti sengkek macam aku ni, aku pakai yang murah murah je. Janji berkesan. Tapi mana tahu aku kaya satu hari nanti, aku beli yang mahal pulak. Hek hek.
Jadi, jelas tak ? Kalau tak jelas jugak korang borong je la semuaa. Biar koyak poket kau. Haha.
Ini confession terakhir aku. Sembang banyak-banyak pasal ketiak dah kenapa nok. Giler ke apa. Haha.
Kesimpulannya aku harap, pada yang takde masalah bau badan ni, korang jangan hina orang yang ada. Sebaliknya korang bantu. Kalau tak boleh bantu, cukuplah nasihat dan husnuzon saja.
Sebab Allah saja yang tahu betapa kami berusaha untuk sembuh dari penyakit ni. It just matter of time.
Ok bye ! Thanks admin.
**Kepada para affiliate shopee tolong jangan spam di komen. Ini tempat berkongsi pendapat dan luahan saja. Bukan tempat cari duit. Lebih baik awak share saja post ni dan letak link di wall sendiri. Itu lebih proper. Tolong ye. Tq.
– Bekas Bawang Hangit (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit