Nak Jadi 1steri Solehah

Hai assalamualaikum. Perkenalkan saya Juwita, berumur lingkungan 30+-an dan bekerja sebagai penjawat awam. Telah pun berkahwin dan mempunyai anak seorang.

Saban hari kita disajikan dengan berita kecurangan, kematian, kemiskinan dan sebagainya. Tapi cerita paling hot mestilah isu rumahtangga kan. Ini pula kisah saya..

Akhir zaman ni kalau kita tak kuatkan iman memang betul boleh runtuh iman tu. Anda mesti selalu dengar isteri orang bercinta dengan suami orang. Suami orang bercinta dengan anak dara dan lain-lain.

Selalunya banyak saja isu kecurangan ni berlaku di pejabat dan tempat bekerja. Ya saya tak nafikan tapi saya tidak bercinta di tempat kerja.

Kisah saya lain. Saya ni seorang yang sangat sukar jatuh cinta pada orang lain. Saya berkahwin dengan suami saya pun memang betul saya suka dan jatuh cinta pada dia bukan kerana terpaksa.

Jadi istilah perempuan gatal dan miang-miang keladi bukan untuk saya.

Di tempat kerja saya sangat menjaga batas. Adakalanya saya sering saja risau akan terjatuh hati pada orang lain. Tapi memang betul satu hari itu perasaan saya teruji.

Perasaan teruji ini bukan di pejabat, bukan di kedai makan tapi dalam media sosial! Syaitan memang takkan henti menghasut walaupun anda dah berkahwin. Termasuklah diri saya.

Media sosial kalau tak digunakan dengan betul akan merosakkan hubungan dan diri kita juga.

Itu yang ramai sangat suka membandingkan pasangan kita dengan pasangan orang lain dan pastinya sifat tak bersyukur tu makin mencambah dalam diri.

Saya tidak anti sosial tapi tidak juga terlalu bersosial. Jadi membuka medsos ni jarang-jarang dan tidaklah terlalu melekat dengan telefon.

Fyi, saya sangat jarang buka stories orang lain di whatsapp dan IG. Tapi entah kenapa ada satu IG ni yang dimiliki oleh seorang lelaki membuatkan saya selalu view stories dia dan dia pun rajin view stories saya.

Saya tak kenal dia. Dia pun tak kenal saya. Lelaki itu bujang memiliki rupa paras yang baik.

Bila saya sering view stories dia mulalah saya cuba membandingkan dia dengan suami. Syaitan hasut yang bukan-bukan. Makin lama makin suka pada dia walhal tak kenal pun.

Kita jadi macam crush pulak dan seriously perasaan ni bahaya untuk insan yang bernama isteri! Berdosa! Tapi lebih sebulan juga saya ada perasaan ni.

Bila saya buat story di IG, feeling tu seronok sebab ada crush kita view story tu. Dah macam bujang pulak saya! Astaghfirullah.

Tapi lama kelamaan timbul perasaan bersalah dalam diri saya. Sebenarnya mempunyai perasaan pada orang lain selain suami itu sangatlah berdosa ya puan-puan sekalian.

Semasa rasa bersalah ini datang saya sedang bergelut dengan perasaan sendiri macam mana nak tutup perasaan crush pada lelaki lain dalam medsos pula tu.

Saya cuba nak unfriend dia apa semua tapi saya seolah macam menunggu biar Allah yang cuba jawab doa saya di mana saya pernah berdoa,

“Ya Allah aku tak nak ada perasaan pada lelaki lain selain suami aku. Aku tahu perkara ni berdosa. Bantulah aku untuk jauh dari perasaan ni.”

Tup tup tup sehinggalah satu hari itu saya rasa macam kenapa dah lama tak nampak story mamat tu.

Saya cari di bahagian followers takda nama dia. Masa ni saya tertanya-tanya dia dah unfriend ke, dia deactivated IG atau dia dah block saya?!

Tak jumpa! Saya cuba pula cari dia menggunakan IG suami tak jumpa. Cuba cari dia di IG orang lain. Eh ada pulak! Sah lah dia da block saya.

Tapi kenapa sampai block IG suami saya? Hahaha. Saya ketawa kecil. Dah kenapa pula dia nak block saya? Ke dia pun ada perasaan pada saya tapi rasa bersalah?

Tapi lama kelamaan saya rasa bersyukur sangat dan lega betul perasaan ini. Ini mungkin cara Allah nak jauhkan saya dari perasaan itu.

Lebih baik dia yang block saya supaya saya lebih mudah terima kenyaatan itu. Syukur sangat Allah selamatkan hati, perbuatan dan perasaan saya dari terus bergelut dengan dosa yang tak sepatutnya.

Betullah nak capai title SOLEHAH bukan mudah apatah lagi nak jadi ketua bidadari Syurga. Tapi selagi kita ada rasa bersalah dan ingin berubah, buatlah sekarang jangan tunggu sampai kita menyesal tak sudah.

Kini alhamdulillah tiada lagi perasaan pada mana-mana lelaki lain. Saya anggap ujian itu salah satu ujian keimanan saya dalam rumahtangga.

Doakan saya menjadi isteri dan ibu yang lebih baik di masa akan datang. Saya juga mendoakan kalian yang sama.

Dan paling penting sentiasa bersyukur dengan apa yang kita miliki hari ini kerana hari esok belum tentu nikmat itu kita kecapi lagi.

Ada satu hukuman buat manusia yang tak bersyukur iaitu bila tiada lagi rasa syukur memiliki sesuatu, Allah akan ambilnya semula begitu juga dengan pasangan kita.

Berhenti membandingkan suami dan isteri dengan orang lain kerana itu amat menyakitkan. (Pesanan buat diri sendiri)

Terima kasih sudi baca confession ini. Yang baik datang dariNya yang buruk itu dijadikan iktibar. Semoga bertemu lagi.

– Juwita (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *