Bau Ketiak Porak Perandakan Hidup

Assalammualaikum. Hai semua. Aku Sri. Dan seperti tajuk aku di atas, isu yang ingin aku bangkitkan adalah berkenaan dengan bau ketiak tahap gaban.

Waktu zaman sekolah, aku dah mula ada masalah ini tetapi hilang dalam beberapa bulan sebab guna deodorant. Waktu zaman sekolah, tak terasa sangat sebab bau dia tak kuat sangat.

Masalah dalam hidup aku bermula beberapa bulan yang lepas, menyebabkan aku kemurungan.

Sebelum ini, bau ketiak hilang bila aku guna Deodorant Once A week yang wipes tu. Sekali wipes tahan dalam 4-5 hari badan tak berbau and yes, memang bau badan hilang terus.

Kemudian aku berpindah ke deodorant amway, yang selalu orang share di tiktok tu, memang berkesan dalam bertahun juga aku guna dan konfiden level aku naik gila. Dahlah tak bau wangi pulak tu.

Tetapi seperti yang aku cakap, beberapa bulan yang lalu, bau ketiak busuk masam hangit muncul lagi dan kali ini lebih teruk sehingga membuatkan aku malu nak turun kerja tetapi aku gagahkan juga.

Kau bayangkan tengah-tengah panas terik, dengan peluh yang tak berhenti keluar, satu office boleh hidu bau ketiak aku yang kepam dan hangit.

Malu aku weh rasa nak sorok muka dan nak balik terus ke rumah.

Dan bermula semula pencarian deodorant yang serasi dengan aku, aku mula guna Once A Week Wipes semula tapi langsung tak berkesan ya awak awak sekalian.

Kemudian aku cuba guna batu tawas yang orang share tu Smelly No More dekat Watson, pun sama tak berkesan.

Sedih betul jadi aku ini, batu tawas tu pulak menyerap bau aku sampai hangit kepam batu tu. Memang kuat betul masalah bau badan aku ni.

Kemudian aku cuba juga beli yang orang komen-komen dekat post post lepas IIUM Confession tentang bau badan macam Dr Mist punya spray tu, pun masih hangit ya.

Untuk part I, (https://iiumc.com/bau-badan-dah-hilang/).

Untuk part II, (https://iiumc.com/bau-badan-dah-hilang-ii/).

Kemudian beli LadySpeed Stick, Ice Watson Wipes Deodorant,

Cuba beli deodorant Amway yang spray, jenama deodorant Ketiak Wangi pun aku cuba sekali beli kat shoppee pun tak berkesan padahal deodorant ni semua ada orang yang berkesan guna tetapi tidak pada aku ya.

Deodorant Safi Hijabista pun sama, orang lain kata berkesan tetapi kat aku, hampeh.

Duit aku almost beribu habis cuba itu cuba ini tetapi kesan langsung tiada.

Suami aku pun belikan Rexona / Nivea Serum Dry Deodorant pun dua dua hampeh kat aku.

Memang bakteria hancing betul menetap dekat ketiak aku ni. Aku tertekan sampai menangis sebab malu nak keluar.

Engkau bayangkan aku baru lepas mandi pun dah bau ketiak mana tak stressnya.

Belum lagi part aku duduk dalam aircond merebak satu ruangan bau aku tu, kesian orang orang kat sekeliling aku.

Aku cuba jugak tips gosok ketiak kat lutut, belakang tangan apa semua tu semua tak jalan weh.

Mandi limau purut, limau nipis sampai terkoyak kulit limau tu aku gosok and tonyoh kat ketiak masih jugak sama.

Bayangkan ya betapa aku siang malam memikirkan bagaimana lagi cara nak hilangkan bau ketiak serupa tak mandi seabad ni.

Kalau dalam kereta lagilah ya Allah sedih aku kalau tumpang kereta orang atau orang tumpang kereta aku, memang mencucuklah bau aku dekat hidung mereka.

Label bau tu sampai lekat dekat baju aku hahahaha gila kebal bau hangit ketiak aku, 10 kilometer boleh bau dah kepamnya tu.

Syampu pun dah berapa kali tukar nak cari yang sesuai. Maka berterusanlah stress aku sehinggalah aku baca satu post juga tentang pengidap bau badan hangit dekat IIUM Confession beberapa minggu yang lalu.

Aku scroll komen dan bila Tuan Tanah update part 2; aku cuba dari apa deodorant stick yang dia maksudkan and aku cuba purchase dari shoppe.

Deodorant tu baru sampai and aku dah cuba dua hari ini ya Allah hilang sungguh bau badan aku rasa nak nangis,

Sebab macam macam dah aku usaha dari deodorant yang mahal sampai murah sampai yang viral akhirnya jumpa juga yang sesuai dengan aku.

Harga dalam RM8-RM10 dan saiz dia ada dalam 20 gram dan 60 gram.

Semalam aku scroll kedai tu di shoppe semua tengah sold out hopefully seller tu akan restock soon sebab nak beli untuk stok sendiri.

Kepada yang ada masalah bau badan ketiak yang hangit sebatu boleh hidu tu, boleh cuba.

Aku faham perasaan mereka yang ada masalah bau badan ni sebab aku pun puas disindir, dihina dan dipulaukan hanya kerana bau aku busuk dan kuat, sampai tahap aku terfikir nak bunuh diri sebab masalah bau hangit ni.

Aku harap dengan adanya deodorant ni, ketiak aku akan mampu mengekalkan kewangiannya dan tidak berbau lagi.

Setakat dua hari ini, okaylah tak ada bau dan semoga berkekalan sampai jannah. Gitteww.

Semoga golongan yang ada masalah bau badan dan ketiak busuk akan dipermudahkan urusan dan dipertemukan solusi yang paling mujarab. Aamiin..

– Cik Sri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *