Bawa Diri Ke Australia II

Untuk part I, (https://iiumc.com/bawa-diri-ke-australia/).

Saya sambung ye sebelum akak tu jadi gorgon kelakar pulak baca komen korang, hehe.

Selepas urusan passport dan visa settle beberapa hari lepas tu saya book tiket flight terbang ke Melbourne Australia seorang diri ya tanpa sapa2 yang temankan. Poksu hanya hantar dekat airport sahaja.

Masa dekat airport ada drama airmata dengan Poksu banyak kali jugaklah dia tanya betul ke nak pergi ni? Sempat lagi nak cancel ni? Jawapan saya tetap nak pergi.

Ada sebab kenapa saya nak sangat pergi jauh.

1) Saya nak lupakan masalah saya yang dikelilingi manusia toksik iaitu keluarga sebelah bekas suami saya (nanti saya cita kenapa keluarga sana toksik).

2) Saya nak tolong kewangan Poksu dan nak balas budi pokngah kerana meraka berdualah yang saya ada masa saya susah senang.

Kenapa keluarga sana toksik. Ok lepas saya bercerai bekas ipar saya ada bagitahu dalam group keluarga mereka mengata saya dibelakang. Katanya saya tak boleh sabar kalau saya tunggu dan sabar sekejap je mesti saya dah bahagia sekarang bersama madu dan suami.

Katanya lagi suami saya kawin lain sebab saya tak dapat bagi zuriat kat abang mereka dan macam2 lagi cerita yang buruk saya dengar.

Saya stress juga dengan bekas mak mertua saya nak ambik semula barang kemas yang bekas suami saya bagi sedangkan dekat mahkamah ada bagitahu barang kemas adalah hadiah suami bagi untuk isteri tidak perlu dipulangkan balik.

Bagi saya semua tu toksik macam2 diumpatnya dibelakang saya. Masa saya jadi keluarga mereka tidak pernah pun macam ni baik je semua orang tapi bila saya bercerai macam2 umpatan yang keluar.

Saya bagi semua barang kemas dekat mak dia.. Takpelah tak perlu berebut ada rezeki nanti saya beli lain dengan hasil titik peluh saya sendiri.

Setibanya saya di airport Melbourne saya naik teksi ke hotel area CBD sebab berdekatan dengan transport dan senang cari makanan halal. Saya stay 3 Hari dekat hotel di Melbourne sebab kena tunggu lagi 6 orang akan Sampai.

Alhamdulillah semuanya dipermudahkan sepanjang saya dekat CBD kalau rasa boring saya akan keluar Jalan2 bandar area situ. Sambil jalan2 ambil gambar update story Whatsapp. Tiba tiba……

Seluruh keturunan bekas suami saya chat saya. Ayatnya begini, Kat mana tu? Best la bercuti? Lepas cerai mewah ya? Ada laki support ke pergi bercuti? Laki baru kawin 3 Bulan lebih sibuk nak cerai alasan tidak adil? Ke sebelum ni dah ada scandal?

Ermm macam2 soalan yang saya dapat tapi satu pun saya tak balas chat dorang. Dan saya semakin rancak update status whatsapp hari2 saya update sepanjang dekat Melbourne.

Dia tak tahu apa abang dorang buat dekat saya, dia tak tahu betapa susah saya survive hidup saya lepas cerai. Dia tak tahu susah payah saya selama ni. Hari2 dorang chat saya bila tengok status. Saya biarkan saya tak block pun.

3 hari saya dekat Melbourne kawan2 yang lain sudah sampai kami dibawa ke utara Melbourne oleh manager tempat akan kami bekerja dekat situ saya berkenalan dengan kawan2 baru. Alhamdulillah semua baik2.

Oh ya, Saya ke Australia bukan melalui agent semua saya uruskan sendiri visa, passport, tiket, bilik sewa, tempat nak berkerja semua saya cari sendiri.

Semua saya uruskan sendiri sebelum terbang ke Melbourne. Manager hanya ambil dan bawa ke tempat akan kami kerja. Manager pun baik sangat2 Alhamdulillah.

Maka Setelah 4 bulan disini (Australia) bekas suami whatsapp katanye rindu dan menyesal dengan perbuatanya kerana terlalu cepat tinggalkan saya.

Mulanya saya tak balas sebab terlalu sibuk dengan kerja. Time cuti baru saya balas. Dia minta maaf dan ceritanya lagi dia stress hari2 bini dia bercakap pasal saya tak habis habis. Katanye isteri dia tahu semua pasal saya.

Saya tanya tahu dekat mana saya tak pernah update apa2 dekat muka buku katenya lagi adiknya selalu stalker saya dekat whatsapp hantar dekat bini dia. Lahhhh sapa suruh stalkerkan dah sakit hati hahaha.

Setiap hari bekas suami whatsapp & video call saya langsung tak angkat. Whatsapp saya balas jarang2. Pada saya cukup la tak perlu nak terjerumus dalam masalah yang sama.

10 bulan dekat sini, lepas habis kerja saya balik check handphone terkejut saya ada 25 misscall dari bekas suami,ada 5 misscall dari Poksu.

Poksu bagitahu bekas suami saya datang seorang diri ke Melbourne semata2 mencari saya nak pujuk saya. Allahu terkedu saya tak tahu nak cakap apa, mengigil-gigil saya.

3 hari jugak lah saya tak buka whatsapp, dia call saya abaikan. Poksu pujuk saya suruh saya jumpa dia di Melbourne. Saya malas nak jumpa tapi dipujuk-pujuk oleh poksu saya akur tambah2 lagi isterinya whatsapp mengatakan saya nak sondol laki dia.

Saya hanya balas sapa sondol dulu, hahahaha rasakan. Mengamuk dia macam2 maki hamun saya. Masa dia ambik laki saya tak pernah mengamuk pun.

Pada hari cuti kebetulan kami kena cuti lama sikit sebab bukan musim sesuai untuk bekerja jadi saya ke Melbourne ditemani kawan saya 4jam saya drive. Semakin dekat Melbourne hati saya berdebar2.

Saya singgah dulu dekat house community tempat saya dan kawan bermalam memang kami disediakan rumah singgah kalau ke Melbourne jadi tak perlu keluarkan duit untuk sewa hotel.

Saya tinggalkan kawan dan parking kereta dekat situ. Saya naik public transport ke tempat bekas suami tunggu saya. Lupa nak bagitahu saya dah ada kereta sendiri selepas 3 bulan kerja disini.

Tempat yang janjikan di cafe area Melbourne centre. Saya sampai saya masuk cafe dan saya duduk. First ayat saya tanya kenapa datang sini? Dia diam hanya melihat saya tanpa berkelip. Saya tanya lagi, kenapa datang sini, nak apa datang sini?

Tiba saya lihat dia macam nak menangis ayat pertama dia cakap. Awak penat ke? Kesian awak terus dia menangis. Saya diamkan jer kalau pada dia saya kelihatan penat. Ya!! memang saya penat nak hadap semua ni susah payah saya nak move on tiba2 datang mengejut.

saya tanya kenapa datang? Kenapa sampai nak cari saya dekat sini? Dulu awak tak cari pun saya lepas cerai 8 bulan saya dekat malaysia. Kenapa sampai susah2 ke sini bazir duit awak je. Dia cakap nak minta maaf dan kalau boleh nak ajak saya rujuk balik. Saya cakap saya tak nak.

Ayat yang saya tak boleh lupa dia cakap, “takpelah saya datang nak minta maaf kalau awak tak boleh terima saya reda saya harap awak tak marahkan saya & saya dapat tengok awak pun saya syukur sangat2” sambil dia keluarkan sesuatu dalam beg kain uncang.

Dia bagi dekat saya dan saya buka semua tu barang kemas yang dia hadiahkan pada saya dulu. Saya tak perlukan semua tu awak ambil balik, saya tak nak.

Dia paksa suruh ambil dia memang niat hadiahkan untuk saya masa jadi isteri dia dulu. Lepas tu dia senyap lama. Saya pun diam jugak la sambil Makan.

Bersambunggg yaa… Adakah saya rujuk balik, Adakah saya happy2 bersama dia di Australia?? Adakah kami kahwin dekat Melbourne??? Adakah saya balik Malaysia???

Nanti kita sambung lagi ye, jangan risau saya akan sambung sebab saya minat menulis.. Hehehehe..

– Aishah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

9 Comments

  1. Mohon kongsi juga mcmana awak boleh dapat kerja di Australia. Mana tahu kalau ada yang berminat nak cuba.

  2. aku harap sis ni tak getback la dgn suami dia. she deserves better. tapi kalau sambungannya dia getback gak hmmm….. bcs anon sounded like strong woman tau. hopefully dia berpegang teguh dgn decision dia.

  3. alaaaa, jangan rujuk selagi dia dengan perempuan tu, tapi kalau rujuk kena hadap in law toksik pulak, tah la sambung je la cepatttttt

  4. Kalau sy dah lama sy block nombor semua2 tu.. yelah bukannya semata kerana benci berdendam, tp nk move on. Kena lupakan semua..tolong jangan berpatah balik kepada ketoksikan tu.. hmm..ape pon menarik citer kamu..

  5. ni drama yg seminggu tayang sekali tu ke? seminggu 1 episode.. So ada berapa episod semuanya ni..! habiskan je.. panjang pun panjang la

  6. Sambung sis sambung sblom sya jd kingkong bertanduk😤😤😤😤 nk tau apa jd lepas tuu…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *