Salam. Saya nak cerita sesuatu pasal pak saudara saya, biarlah saya namakan dia Ramli, dan mak saudara saya, saya namakan dia Fatimah.
Ceritanya begini, pada tahun 2014, Ramli nie datang lah berjumpa Fatimah, untuk meminjam wang dari Fatimah atas alasan anak Ramli, Sofea ingin membayar yuran untuk final exam nya. Oh lupa nak cakap, Fatimah ni da kehilangan suami, dan ada 8 anak. 2 darinya masih di universiti & sekolah waktu tu. Ramli nie pinjam jumlah yang agak banyak, Fatimah dek kerana kasihan, korek la simpanan si suami untuk diberi pinjam. Ramli nie berjanji untuk bayar sejurus anaknya, Sofea dapat kerja. Saya sebagai anak saudara, entahlah. kesian jugak, dahla Fatimah nie yang menjaga mak dia. Si Ramli nie langsung tak jenguk kecuali Hari Raya.
Nie da 2016, saya & anak bongsu Fatimah, Azlia satu universiti dan satu kelas. kami selalu la kuar cari makan. saya selalu perasan yang Azlia ni makan sekali je sehari. Sampaikan dari yang agak berisi, sampai la kurus cengkung dalam masa 2 bulan. Selalu dia order nasi goreng kosong dengan sirap je. saya pelik la dia ni takde duit dah ke. ada sekali masa saya temankan dia ke tandas,saya ada tengok purse dia. nak menangis rasa, walaupun masa tu baru awal bulan , purse dia ada 20 ringgit je. saya dapat hidu yang dia da takde duit. lepas tu , saya desak dia suruh cakap betul tak yang dia nie da takde duit. dia dalam teresak esak cakap ye. kuarga dia da takde duit sangat. dia terpaksa ikat perut.
saya kesian. lepas tu baru teringat pasal hutang si Ramli dengan Fatimah. Jumlah dia hampir 10k. mesti dapat bantu sedikit sebanyak. Saya usulkan cadangan nie kat si Azlia, Azlia cakap mak dia, abang dia, ada selalu mintak tapi Ramli nie asek kata Sofea ni walaupun da kerja da setahun dah pon tapi still takde duit. Ramli nie cakap nanti business dia yng modalnya dia pinjam dari Fatimah tu untung, dia bayar la. tapi saya selalu pelik, tngok2 instagram, facebook, wechat si Sofea sekuarga ni macam orng kaya gila. makan seoul garden, hari2 breakfast cafe hipster, pakai baju2 hipster, beli hilux, Sofea ni sendiri pun da beli kereta city. Tak kan la bayar 50 ringgit sebulan pon taboleh. kesian si anak yatim nie. saya sendiri dapat la belanja sekali sekala. tapi saya pun asal kuarga biasa2 je.