bayaran balik ptptn

Salam ramadhan semua..sis nak cerita pasal bayaran balik ptptn..dulu sis ada buat 2 confession kat sini pasal dapat surat saman dari ptptn dan nama sis kena blacklist…ok kiranya ni part 3 r yee…maaf baru nak update sebab ptptn sis baru settle dan maaf sis tak jumpa link untuk confessions sis yang 1st dan 2nd in case korang nk baca r kan…hihi

Ok sis janji ni part paling last..sis confess ni pun sebab ada hari tu minta sis update macam mana nak settlekan nama blacklisted tu…korang pernah tengok tak kat fb yang viral pasal cara-cara nak clearkan nama blacklisted ptptn tu?kena pergi bnm minta surat lah ape r…dalam case sis ni sis tak buat gitu pun…sis tanya akak tu dan slow talk dengan dia untuk tolong sis clearkan nama sis dan Alhamdulillah nama sis dah clear…lega sangat macam hilang satu beban atas bahu.. :)

Dalam kes sis ni, sis dapat surat saman dan atas nasihat readers kat sini semua sis pergi rujuk dengan cawangan ptptn yang terdekat dengan tempat sis immediately… Ini penting sebab makin kita delay kes makin lama nak settle…bawa segala jenis surat ptptn yang kita pernah terima lepas habis belajar dan surat saman yang dapat tu..nanti staff ptptn akan minta dan hantar copy ke ptptn kl…

Btw jumlah pinjaman sis 20k++ dan Sis ada tunggakan dalam 4k yela sebab sis x bayar hampir 2tahun++ lepas dah grad, maklumlah tanam anggur lama sangat…huhu dan 4k tu bukan sebahagiam pinjaman tapi upah pengurusan pembiayaan untuk tempoh 2tahun++ yang sis tak bayar tu..so total hutang dah jadi 24k++…banyak kan upah tu?huhu…dalam 2hari macam tu kl minta bayar rm1.5k untuk tunggakan upah tu tapi sis tak mampu bayar 1.5k so sis bayar 1k je…tunggakan tu kena bayar dulu in order nak clearkan nama supaya tak naik mahkamah,huhu..

Kalau cawangan ptptn tu jauh dari rumah macam sis ni tak boleh nak ulang alik kan ke pjbt ptptn tu, so minta jasa baik staff tu untuk berurusan melalui email dan whatsapp…sila tinggalkan no fon dan e-mail address kat staff tu…sis pergi sekali je kat cawangan tu lepas tu semua urusan by whatsapp or e-mail..pastikan segalan surat menyurat dan slip bayaran yang dibuat kepada ptptn tu korang simpan dan ambik tahu semua detail …kalau tak paham tanya staff tu… Macam kes sis, sis dah bayar rm1k tu then staff tu bagi r penjanjian penstrukturan semula pembiayaan pendidikan tu…dan dalam perjanjian tu staff tu tak tolak rm1k yang sis dah bayar…so macam sis tak bayar lah kan?dan jumlah hutang kekal rm24k++ yang sepatutnya jadi rm23k++…so sis tanya staff tu kenapa tak tolak rm1k yg sis dah bayar…staff tu jawab nanti dia akan tertolak sendiri baki tu bila dah start bayar…mayb betul tapi sis tak percaya jawapan tu so sis minta dengan staff tu yang sis nak jugak dalam aggreement tu ada surat hitam putih tanda sis dah bayar rm1k…so staff tu cakap awk kena tunggu bulan depan r kalau nak tolak 1k tu dan nanti ujrah awk makin bertambah…sis tak kisah asalkan dalam agreement tu upah tertunggak tu dah jadi rm3k++ bukan 4k++… Maaf kalau sis cerewet sebab sis takut jadi pape di masa depan..kita dah bayar dorang cakap x tak bayar..kan naya tu…huhu…

So lepas settlekan dokument untuk agreement yang baru tu sis minta bayar rm100 je sebulan…jangan kecam sis sbb sis gaji kecik gaji minimum kt malaysia ni so tu je mampu…kalau ada lebih sis akan bayar lebih…huhu…bila staff ptptn tu dah buat aggrement sis dan staff tu dah kira-kira so tiap2 bulan sis kena bayar rm97++ termasuk ujrah untuk tempoh 240bulan…Alhamdulillah settle tapi sis tetap bayar rm100 jgak senang kira…huhu…haa habis macam man nak clear blacklisted name tu?sis tanya staff tu dan dia boleh clearkan nama tu…yela sebab sis dah bayar dan dah buat aggrement bayaran balik kan…huhu…so akk tu minta nama dan ic kita..within 1day nama sis dah clear dari blacklisted tu…Alhamdulilah syukur sgt…huhu…sis bukan nak g oversea ke ape ke nak buat loan pun xlepas tapi tujuan sis nk clearkan nama tu supaya sis tak ada rekod buruk dalam bnm…make sure korang tanya staff tu untuk clearkan blacklisted tu sebab kalau korang x tanya dorang pun offer untuk clearkan nama korang….huhu…

So sekarang semua dah settle dan sis bayar la ptptn tu macam biasa tiap2 bulan….yang nk kecam sis cakap dah hutang kena r bayar walau sikit2 jangan elak bayar…fyi kita masing2 ada masalah kita sendiri…kita bersangka baik r sesama kita…jangan downkan lagi semangat kami peminjam ptptn yang dah sememangnya moral down ni dengan bebanan kewangan…huhu…itu je yg sis boleh share pengalaman sis sepanjang deal dgn staff ptptn tu…kalau xbayar selamanya r nama blacklisted..semua susah nak gerak..even sis pergi seberang laut(urusan kerja) hari tu pun imegresen cakap kat sis nama awak dah kena blacklisted ni tapi pgwai tu bagi lepas masuk cuma itu untuk makluman kita jela katanya,huhu….haaa itu dalam malaysia belum lagi nak g luar negara,huhu..so fikir2 kan lah dan selamat beramal..ehh haha…dahulukan yang wajib bagi parent ke senangkan parent dulu dan kalau ada lebih pikir untuk diri kita…bayar hutang dan hati pun senang…huhu…untuk korang yang belum bayar or dah bayar lepas grad tapi nama kena jugak blacklisted sebab ptptn buat perubahan kan sis doakan semoga semua urusan korang di permudahkan…sebarang kemusykilan pergi tanya ke cawangan ptptn yg terdekat..jangan segan jangan malu…..maaf terpanjang lak entry dan tq sudi baca…Assalamualaikum :)

– Ptptn Debtor

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

27 Comments

  1. That the price we must pay for our future if we shortage of money in order to get better education…bertabah r confessor…all is well…☺

  2. Aku tak penah miss bayar utang belajar ni start dari abis belajar lagi. Kalau nak diikutkan memang tak mampu sebab masa mula2 belajar dulu gaji memang ciput gile. Tapi aku gagahkan jugak bayar sebab rasa bersyukur sangat sebab adanya pinjaman pelajaran ni aku boleh mampu untuk sambung belajar dan ubah nasib family atas izin Allah. Sekarang ni aku bayar lebih dari yang sepatutnya sebab dah stabil. Alhamdulillah.

  3. Salam..sy ada hutang ptptn diploma dan degree.nk byr ansuran melalui potong gaji tp ptptn suh habiskan hutang degree dlu.degree ada hutang 20k lebih.so bile da abis byr hutang degree mesti bunga tuk dip pun btmbh.sape2 tau x mcm mne nk bg ptptn potong utang degree n dip serentak?nk byr utang pun ssh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *