Bekas Pelaku Zina & Perasaan Orang Yang Tersayang

Assalamualaikum.

Kerapkali kita dengar 'confession' daripada seseorang yang pernah melakukan zina dan perasaan mereka tentang stigma masyarakat terhadap perbuatan tersebut. Tetapi pernah kalian terfikir tak kesannya terhadap orang yang tersayang? Perasaan mereka apabila buat pertama kalinya mendengar confession daripada bekas pelaku zina yang 'mungkin' bakal hidup selama-lamanya dengan mereka? Telah lama saya pendamkan perasaan ini dan sorokkan perasaan ini seorang diri.

Saya telah bertunang. Beberapa hari sebelum bertunang, tunang saya pernah ‘confess’ kepada saya yang dia bukan lagi seorang teruna kerana dia pernah terlanjur beberapa kali dengan bekas kekasihnya suatu masa dahulu. Namun, hubungan mereka putus kerana asyik kerap bertengkar. Sejak dari itu tunang saya sering murung dan katanya hidupnya selepas itu sangat kusut. Tidak pernah tenang kerana perasaan bersalah membelenggu dirinya. Dia telahpun bertaubat kerana kesal dengan dosa besar yang telah dia lakukan.

Apabila saya diberitahu tentang perbuatan zina yang pernah tunang saya lakukan dahulu, saya berasa sedih yang amat sangat, memang saya tak pernah rasa sesedih ini dan saya keliru dengan perasaan sendiri, keliru sama ada saya masih mahu teruskan dengan pertunangan ini (akhirnya pertunangan berlangsung juga) dan perkahwinan kami walaupun dalam hati saya 'mungkin' masih ada lagi perasaan sayang pada dia. Tidak pernah terdetik langsung bahawa 'bakal suami' saya adalah seorang yang pernah melakukan dosa yang amat besar pada masa lampau. Saya tidak berniat untuk menjadi seorang yang ‘judgmental’ tetapi untuk menerima hakikat ini amatlah sukar bagi saya juga, bukan hanya dia.

Memang betul aib kita tidak patut diceritakan pada orang lain kerana telah menjadi lumrah manusia bahawa orang itu akan melihat diri kita dengan cara yang sangat berbeza selepas itu. Cuma orang tidak kata depan-depan, hanya disimpan di dalam hati. Mungkin ada yang cuba berusaha bersikap husnuzon terhadap orang itu. Tetapi amatlah penat untuk saya sentiasa 'convince' diri sendiri setiap hari selama berbulan-bulan (mungkin bertahun-tahun atau selamanya) sebegitu. Sesungguhnya saya hanyalah hamba Allah yang sangat lemah.

Setiap hari saya akan terfikir tentang kesilapan lampau tunang saya dan kadangkala saya terbayangkan lalu menjadi sangat sedih dan keliru. Astaghfirullah. Memang sukar untuk saya lupakan walaupun saya berusaha. Siapa yang mahu hidup tidak tenang sebegini. Saya sentiasa terfikir adakah tunang saya akan membanding-bandingkan saya dengan bekas kekasihnya selepas berkahwin nanti? Adakah tunang saya lebih menyayangi bekas kekasihnya kerana bekas kekasihnya adalah cinta pertamanya? Adakah cintanya terhadap saya tidak dapat menandingi cintanya terhadap bekas kekasih cinta pertamanya kerana hubungan mereka yang lebih mendalam dan lebih 'advanced'? Tunang saya dahulu pernah berbincang untuk berkahwin dengan bekas kekasihnya dek kerana telah terlanjur. Dia beri sebab bahawa dia terlanjur kerana tewas pada turutan nafsunya dan dia sentiasa ingin keluar dari kemaksiatan tersebut namun kerapkali gagal. Kadangkala saya ragu-ragu untuk percaya, kadangkala saya anggap syaitan bermain-main dengan fikiran saya.

Ya, memang tunang saya telah bertaubat, dan saya tahu kini tunang saya sentiasa menjaga solat 5 waktunya. Itu benda yang bagus, bukan? Saya cuba untuk menerima kisah silamnya yang gelap itu dan cuba untuk tidak menjadi ‘judgmental’, tetapi ia bukanlah suatu perkara yang mudah lebih-lebih lagi apabila ia bakal menjadi sebahagian daripada hidup saya yang turut menghantui hidup saya selama-lamanya. Kadangkala, saya terfikir adakah tunang saya benar-benar telah bertaubat? Itu urusan antara dia dan Allah tetapi saya tidak mahu ia menjadi sebahagian daripada hidup saya jika dia bertaubat ala kadar dan hanya setakat itu sahaja. Saya tidak mahu kesilapan lampaunya memberi kesan pada dirinya, saya mahupun bakal anak-anak cucu kami dek kerana kifarah dosa. Adakah saya boleh bahagia hidup dengan dirinya? Saya tahu saya masih boleh putuskan pertunangan ini dan cipta alasan kepada keluarga untuk putuskannya.

Saya cuba untuk cermin diri saya sendiri dan kekurangan diri saya sebagai salah satu ‘attempt’ untuk menerima kesilapan lampaunya. Siapalah saya nak menilai atau menghukum seseorang. Saya pun ada kekurangan diri, bukanlah seorang yang mulia. Mungkin ujian ini Allah turunkan kepada saya supaya saya bermuhasabah diri dan saya sedar bahawa hanya kepada Allah sahaja saya boleh berharap, Allah sahaja yang mampu memberi pertolongan untuk buang perasaan sedih dan gelisah ini, dan Allah sentiasa ada dekat dengan diri saya. Saya tidak boleh mengadu tentang perkara dan perasaan ini pada sesiapapun kecuali Allah. Saya sedar kerana perkara ini jugalah saya semakin dekat kepadaNya berbanding sebelum ini. Tidak putus-putus saya berdoa kepada Allah memohon keampunan atas dosa saya dan juga tunang saya dan supaya kami didekatkan kepada Allah dan supaya kami menjadi hambaNya yang soleh. Oleh sebab keliru, saya buat solat Istikharah dan berdoa untuk mendapatkan petunjuk dari Allah tetapi masih belum mendapat sebarang petunjuk. Mungkin Allah ingin menguji saya untuk lebih banyak bersabar, untuk saya sentiasa dekatkan diri kepadaNya, dan untuk percaya kepada takdir yang telah Dia tentukan untuk saya.

Saya cuba untuk tidak ceritakan kesedihan saya kepada tunang saya atas sebab ingin menjaga hatinya dan penghijrahannya. Saya hanya boleh berikan dirinya sokongan dan dorongan sahaja. Penghijrahan bukanlah perkara yang mudah. Untuk mencari seseorang yang boleh menerima kesilapan masa lampau bukanlah perkara yang mudah juga. Untuk membuat pengakuan sebegitu kepada saya juga bukanlah suatu perkara yang mudah.

Tetapi hati saya masih tidak dapat menerima kisah silamnya yang gelap itu walaupun beberapa bulan telah berlalu sejak dia buat ‘confession’ tersebut kepada saya. Kesilapan lampaunya akan sentiasa menghantui saya dan saya tidak segembira dan setenang dahulu. Tunang saya tidak tahu tentang perasaan saya ini tapi itulah pengorbanan yang saya lakukan. Sekiranya ditakdirkan dia jodohku, semoga Allah mempermudahkan segalanya, memberi kebahagiaan kepada kami berdua dan supaya jodoh itu berkekalan. Sekiranya dia bukan jodohku, saya tetap akan mendoakan dirinya agar diampunkan dosa-dosanya dan dosa lampaunya. InsyaAllah.

– Marleeza

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

25 Comments

  1. Kadang-kala Allah dah bg petunjuk tp kita ignore. Kadang kala kita tau hati kita tak blh trima tp kita cuba tolak. Dan akhirnya kita yg merana.

    Kahwin bkn 2-3 hari tapi hari-hari nak tgk muka dia.. Mampu ke hari-hari nak kuatkan hati dan positifkan diri? Ya manusia berubah. Tapi the main point is hati kita. Ikhlas terima atau tak.

    Semoga sis dapat buat pilihan terbaik insyaAllah.

  2. Tapi tunang sis tu betul-betul jujur orangnya.. Jarang lelaki nak mengaku dia dah tak ada teruna memandangkan lelaki tidak ada ‘selaput dara’ untuk takut kantoi pd malam pertama.

    Terimalah dengan hati terbuka. Nilailah kebaikan yg dia lakukan sebelum ini, jangan kerana dosanya yg lampau, sis sisihkan dia. Apa-apapun smua terpulang kepada sis. Banyakkan berdoa

  3. Sy faham sgt perasaan sis ..itu cuma kisah lalu dia , yg penting dia Taubat n sgt menghormati sis sebagai wanita ..
    lg pn sis dah bertunang n akan berkahwin ..
    Ni dugaan syaitan utk merosakkan hubungan ni..
    Bila sis akan berkahwin nnt akan menangis syaitan..

    Mohon pertunjuk Dan kekuatan kepada Nya ..

  4. My friend used to be in this situation but that guys never say sorry malah dia ckp bnda yg selama ni diorg buat bukan masalah besar pun and he admit that he still love her ex. Masa bercinta dulu bukan main kata x akan cari yg lain, dan akan berubah tapi lama2 dia kata rimas and kwn saya tinggalkan laki tu. Tapi sejak dri haritu laki tu x pernah cari dia untk minta maaf or anything. That guy enjoy his life. And kwn2 laki tu mcm nak salhkan kwn saya tu sedangkan they don’t know what that guy have done to him. Laki tu dah kena sound banyak kali pun dia buat bodoh mcm tu bukan salah dia. Apa2 pun sis banyakkan berdoa dan mnta petunjuk dari Allah. Sabar, mungkin makan masa yg lama tapi pasti ada hikmah disebaliknya.

  5. Cadangan saya,lebih elok sis berbincang dengan org alim (berpengetahuan) setelah beristikharah…mudah-mudahan anda dapat petunjuk.

    Believe in Allah, awak x kan menyesal, awak bersatu ke tidak ke lps awk beristikiharah dan beristisyarah, itu semua kehendak Allah. Awak x kan menyesal sebab dah mintak petunjuk dr Dia. Believe in the power of doa. Dan kalau sis benar2 bersatu, awk berdua boleh la diskus mcm mne untuk mendidik anak2 anda nnti, pendidikan mcm mna yg patut diberi. Sama2 la menuntut ilmu agama, itu lagi indah.

    Semoga berbahagia dalam apa jua keputusan sis. Maaf di atas segala kekurangan keterlanjuran bahasa saya. Sekian.

  6. nobody perfect.everybody makes mistakes.life go on.moved on.hargailah setiap ruang dan peluang yang ada selagi dipinjamkan oleh Allah yg maha essa dr berfikir dan berfikir.hari ni sibuk menangis bersedih entah2 esok dijemput ilahi.rugi kan?rugilah hdp ini org lain lbh hebat dugaannya.org lain dicurangi suami lebih teruk lebih hebat dugaannya.hadapilah dgn tenang.buka buku baru.past is past.we now living in future.good luck sis!!!!!

  7. Kbiasaannya, orng akan ckap, alaa mende da lepas, xyah la fikir..
    Sedngkan hanya org yg pernah alami saje tahu bagaimana rasa sakitnya. Hari² terfikir, bukan mudah bahkan mungkin ambil msa bertahun gak tu. Luka tu dh jdi parut dan akan kekal slamanya

    Tpi sye tngok sis, xleh trima dia.. buatlah keputusan yg sbaiknya. Sbb kahwin buknnya sehari tapi smpai mati

  8. Susah nak kata..org yg alaminya saja yg phm mcm mana. Kalau sy..sy tk boleh nk terima. Geli… Klo jd cmtu trus sy terbyg dia dok bt bnda tu, mcm2 aksi dok ber eksperimen dgn pmpn lain. Dia tgok hat pmpn tu..pmpn tu tgk hat dia, dia pegang hat pmpn tu pmpn tu pon pgg hat dia..tetiba kita nk bg hat kita kat dia plk…gelinya.smpai cmtu skli sy pikiaq. teruk2.

    • Bukan hg je, kalau ceq sebagai lelaki pon susah nk trima pempuan camni. Stiap hari duk tbayang depa beraksi, si laki pegang tubuh pempuan kita sayang, sakitt oiii..

      Lagipon ceq pernah tbaca, si pempuan takkan pernah lupa pd si lelaki yg pertama dia serahkan semua. Dia dah rasa nikmat pertama tu dgn laki tu. Takkan lupa.

      Huhuhu ..

  9. Pd pndangan sy.. Lebih baik sis tayah terima.. Sbb kalau ta ikhlas.. Memang payah untuk sis lihat kebaikan dia lepas kawin nanti.. Ada jerk rase ta kena.. Semuanya jd hambar.. Tp seandainya.. Allah melembutkn hati sis.. Untuk mengikhlaskan apa yg pernah terjadi antara tunang sis dan bekas kekasih.. Sis jadilah sumber kekuatan untuk dia m’dekatkn dri kpd Allah.. Perjuangan untuk sis berdiri teguh buat suami dlam mencari cinta jannah.. SmOga Allah p’mudahkn urusan sis.. Aaamin

  10. Sbb tu agama kita pesan awal dah….x perlu crite kisah silam sbb x nak bnde cmni jdi la…bila dh bukak smue pintu2 yg agama tutup..pyah la plak nk mnghalang dugaannya…

    Dlm soal sis ni…istikharah dan muzakarah ….bncg dgn mak ayah sndri (kdg2 pemikirn org yg brpenglmn lain)…bncg dgn ustzh ke

  11. Aib tu jgn dibuka, cukup kita dgn Allah, jika difikir2 dunia ni x dak pape, akan kita tinggal, x dak bawak pape kecuali bekal amal, byk istigfar dan sabar, dan cari ustaz or ustazah mintak nasihat.. Istigfar panjang bila baca confess yg pelbagai di page ni, tenatnya umat akhir zaman.. Turut jalan ulamak gariskan bila kita buat dosa, itu yg terbaik, biiznillah..

  12. tunang cik pernah buat silap dan dia sudah bertaubat, tak salah cik menerima dia, semoga cik di beri petunjuk y mana baik untuk cik , Amin.

  13. kalau skarang ati dah tak tenang…lepas kawen apetah lg. esp bila dah beranak…ms tu bdn dah tak cantik..perut da kendur…lgla bergnda2 tak tenang…sntiasa tfikir sblm kawin dia bole buat mcmtu..sekarang apetah lg…then asek tpikir kalau ex girlfren dtg smule carik dia mcmane? fikirla masak2…try discuss dgn org2 alim..

  14. nsihat sy, pndg lah masa dpn. jgn pndg masa silam… klau sis rse dy yg skrg baik, trima lahh dy… andai rse dy x ssuai, tgglkn dy… n klau rse tkut dosa dy mmpengaruhi ank2, rotan lah dy 100 kali ats belakang sblum kwen.. mse tuu, sis dh xde hak nk mmprtikaikan mse slm dy sbb dy dh dihukum… semoga bahagia sis… sis beruntung dpt dy… sbb dy jjur… brpe rmai llki yg dh tebuk dara pmpuan tp mngaku virgin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *