Belajar A, Kerja B

Pergi mall, ada salesgirl salesman sana sini.
Ada cashier, ada jaga kaunter wayang GSC.
Yang meniaga pasar malam, pasar tani.
Yang bisnes kecil-kecil siap COD.
Tak perlu pandang dia macam tak lulus SPM berkali-kali.
Tak perlu nak dia layan kita kalah VIP.
Silap-silap dalam laci,
dia ada sijil diploma, degree, master, PHD,
grad overseas.
Mungkin belum rezeki,
nak duduk ofis berkot tali leher, berkasut tumit tinggi.
Dan mana tahu, kerja begitu dia pilih dengan rela hati.
Sebab ada jenis tak pandang pun berapa gaji.
Ada juga jenis tak berkenan dunia korporat gaya drama TV.
Yang penting dalam hati ada happy.
Entah-entah duit dia dalam bank lagi banyak baki
nak banding kita-kita ni.
Entah-entah dia la paling tak lokek belanja adik-beradik hari-hari.
Entah-entah dia tu lagi mampu support mak ayah buat umrah dan haji.

Belajar bidang A dan kerja bidang A; tu rezeki.
Belajar bidang A tapi kerja bidang B; pun rezeki.
Tak ada istilah tak berbaloi atau rugi.
Bukan jatuh hukum wajib, belajar dan kerja tu kena sama kategori.
Konsep rezeki sangat luas, seluas bumi.
Tak perlu disempitkan dek stigma dan mentaliti.
"Hah, kerja kedai jual baju je? Gaji sampai 3 ribu ke bos bagi?"
"Laaa, kenapa kerja macam tu? Bazirnya belajar universiti."
Tu bukan bertanya khabar, bukan berbahasa basi.
We're being judgemental, sarcastic. Mohon berhenti.
Kalau tak boleh beri motivasi,
cukup jangan diremukkan emosi.

Berjaya tu bukan takat kerja bank, kerja ofis ada workstation je.
Berjaya tu bukan takat kerja gomen pukul 8 sampai 5.
Berjaya tu bukan takat jadi akauntan, pilot, lecturer, doktor, lawyer, engineer, manager.
Bila kita stop double standard dan pukul sama rata,
buka minda, buka mata,
tu baru betul-betul luar dalam kita berjaya.
Dongak langit tinggi-tinggi, hang nak p mana?
Ni Shiela Rusly ada kata,
"Gaji kecil tak bermakna tak boleh bahagia.
Yang penting keberkatannya."
Hampa semua toksah dok mengata naa.
Doakan yang baik-baik saja.

Eh cop.
Aku nak wish Selamat Hari Raya sebenarnya.
Sengih.

– nhazr

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

128 Comments

  1. Rezeki ditentukan oleh allah. Yg penting duit iaitu doa, usaha, ikhtiar, tawakal..buatlah apa shj asalkan halal dan berkat. Insyaallah bahagia dan lapang hidup walaupun pd mata kasarnya gaji yg dpt tu sikit

  2. Pernah jd minah kilang Weh…
    Kna kutuk tu da biasa….
    Ckp blajar tggi2 , hutang byk tp kje kilang…
    Depa xtau ak blajar guna Mara…
    Xde hutang bagai… cuma ak x memilih keje je…
    Mentality masyarakat kita ni kna ubah…
    Mereka lupa setiap bidang pekerjaan tu ada sumbangan pada masyarakat…
    If xde cashier, hang nk byr katne & dgn sape?
    If xde org alam flora, sape nk angkut sampah yg korang dok buang tu? Nanti da berlonggok pandai plak complain…
    Hidup jgn nk merendah2 kn org..
    Cuba bangun pg tu positif…berterima kasih selalu… kn molek gitu…

  3. Both side jgn pandang rendah. Ada jugak situasi pegi kedai. Salesman dia melayu. Bila kita datang pakai selipar jepun pun dia buat xtau. Gayanya mcm kita x mampu nak beli brg kt kedai tu.

    Dulu masa pergi showroom nk tgok shoplot puncak alam jurujual melayu siap duduk je di kerusi. 15 minit tggu jurujual cina yg tlg bukak pintu entertain kita.

    Isu judgemental ni berlaku kt dua2 situasi. Moga kita sama2 blaja bsgka baik dgn semua org. Jgn la sbuk buat keje Tuhan

    • Sy selalu je dress down klu keluar ke mall atau mana2 yg byk salesman dok tarik2 org. Aman….jln lalu je xde org menyapa.

      Pnah jd kt my fren…dia masuk honda showroom. Salesman melayu buat bodoh je. Memula pegi rasa nk angkat civic. Lama kt showroom xde org layan. Dia nk angkat kaki dh…pstu dtg sorg salesman cina br balik test drive dgn customer lain berlari2 dptkn my fren ni. Terus dia angkat accord..hehehe. melopong la salesman melayu tu komisyen dpt kt org lain. bila dress down giler2 pakai kopiah dgn selipar…xde org nk layan. Xtau org tu poket penuh n dtg bkn nk tgk2 tp mmg nk angkat keta terus…?

  4. Saya pernah keja part time sbgai tukang bt perabot kt kilg kayu milik ayh mmbr. Time tu cuti sem, amik degree. Kilg tu dekat ja ngn rmh, so stiap kali lunch balik mkn kt rmh. Tiap2 hari jgk msti pkai bju lusuh ngn naik moto kapcai ayh. N everyday msti kena lalu depan kolej kmuniti nie. N everyday jgk la dipandang sebelah mata jer ngn sesetgh student kolej nie. Tgk kita atas bawah atas bwah ja..haha.bt endah x endah ja senang. Gang2 sarcastic nie mmg jnis suka tgk kita kurg dr depa. So relax ja.

  5. Tk yah g jauh2..g klcc masuk butik coach..korang tgk sales dia especially pompuan..dia jeling ko atas bawah mcm ko x berduit…siap senyum sinis tau… terus aku n gang kuar..meluat tgk..

    • Tau xpe..xphm btul..die bkn tau pn klu kita bwk ktul emas dlm beg sbb nk bli brg kt kdai die tu..tgk org atas bwh,die pn kje mkn gaji..puihh..

  6. dulu keja partime time degree. keja sapu kutip pinggan org. customer yg mai banyak nya student. muka tayah cakap kerek dia. padahal baru first year kot. dia tatau aku ni senior bejaya degree simpan dlm poket.

    yg dulu duk pandang rendah tu lah skrg tak keja lagik, yg best ada yg tak grad grad lagi. sbb dulu dah biasa buat keja low mcm tu lah skrg boleh survive nak hidup. depa tatau dunia skrg kejam. hehhh. yg lepas grad konon keja engineer tapi basic nak hidup pun tak pandai.

    hah emo pulak rasa

  7. Pernah keje part time salesgirl masa cuti sem, penah kena pandang rendah & pnh jd mangsa sexual harassment. Bkn la smpai thp kena rogol, but this one guy slalu follow n stalk, tiap2 hari dtg usha n sgt creepy. Insecure sgt masa tu. Then kena thn sbr customer lelaki tua miang keladi. Bwt keje2 mcm ni makes me realize org bkn takat pndg rendah, tp fikir blh ambil kesemptn. Now dh grad & keje ok, never once a guy approached & looked at me the same way as b4. Pmpn either dia kerja tinggi ke rendah ke, maruah & harga diri dia tetap sama. Respect our women.

  8. Masa tengah tunggu panggilan untuk lapor diri kerja tetap pernah la kerja sebagai penjaga kereta sewa berhampiran sebuah ipta.

    Ade yang hormat ade yang pandang hina.
    Padahal dia tak tau kalau dia datang hospital area situ nanti dia jumpa aku gak

  9. Pernah abg cerita ayah kawan die g kedai nk beli kereta. Kereta jenama luar negara (tk ingat). Pakcik tu pakai biasa je pastu jurujual tu ckp “pkck tk mmpu nk beli kerete ni, beli proton boleh la pkcik”. Terus di beli nye kereta bayar cash. Pkck tu ade kebun berhektar2, hilux kt rumah tu buat angkat buah haa hahhaa.

    Pndg rendah kt org ni tk ke mana. You think you are good enough. But you dont think is others are greater than you.

  10. Duwet n xperince pntg. Pedulikan yg len. Gen y kena kuat. Giteww…. den dulu abis degree sempt keja pasang scalop khemah pengantin setahun yo. Ok jew. ;)

  11. Tahukah anda.. Keje jual baju basic lebih dr exec bank.. Campoq komisen n insentif..asyukkkk…

    Sapa pernah keje retail je tau gaji retail mcm mana..(tu pun kalau masuk medium to hi end brand la)..
    Yg keje departmental stores tu xleh compare la..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *