belajar hanya untuk exam?

Saya bukan lagi bergelar pelajar IPT, tapi saya nak berkongsi sikit tentang apa pengajaran yang saya dapat setelah memasuki alam pekerjaan ni. Harap dapat disiarkan

Melangkah ke ipt bukan lagi saat belajar untuk peperiksaan.. Belajarlah untuk apa yg anda bakal jadi di masa hadapan (berangan dr skrg). Kalau ambil course doktor, belajar bagaimana utk terangkan sesuatu topik tu pada pada pakcik makcik kat kampung tu dengan bahasa yg plg mudah..

Saya dulu bidang nutrition (bukan uia) Teringat masa praktikal dulu. Terkesima 3 saat masa nak menerangkan kat budak sekolah pasal metabolisme (kena bagi talk masa tu) Kalau ambil engine, mgkin suatu hari nanti kita kene deal dengan org-org bawah yg tak faham pun term2 yg kita gunakan..so prepare dari skrg supaya x terkial2 nnti..ia juga bantu ilmu tu lebih lekat di kepala.

Ingat lagi masa tengah hafal2 sblm nak masuk exam.. Saya tanya dgn kakak ni (dia extand sbb ngandung sebelum ni)
"Perlu ke hafal semua benda2 alah ni?" yelah course nutrition, vitamin je dah berapa jenis, mineral berapa jenis, blm lagi nutrien2 lain..setiap satu nak hafal fungsi, sumber makanan, keperluan ikut umur, metabolisme, struktur kimia, jumlah overdose berapa..

Jwpn akak ni, “sebagai nutritionist awk perlu tahu tak benda ni?”

Jwpn tu buat saya terfikir, saya selama ni belajar utk exam ke sbb ilmu tu sendri..

Tapi mmg betul apa yg saya belajr utk exam, habis exam saya lupa benda tu.. Apa yang saya belajar sbb masa tu saya ada rasa nak tahu, sampai skrg saya ingat. Even saya tak jadi nutritionist, saya masih boleh apply dalam hidup sehari2, boleh explain kalau kwn2 tanya.

Mungkin tu juga kelebihan orang yang belajar kemahiran..lepas belajar terus apply compare dengan course ipt yang biasanya lebih banyak belajar teori dari praktikal.

Yg paling penting niatkan belajar kerana Tuhan utk manusia (tagline UTM)..belajar kerana Tuhan utk dapat redhanya, agar apa yang kita buat sehari2 boleh dikira sebagai ibadat..untuk manusia sbb janji Allah 'Allah sentiasa menolong hambaNya selama hambaNya suka menolong saudaranya'

Kalau ada impian belajar sbb nak kerja bagus, rumah besar, kereta canggih tu x salah.. Tp letakkan niat nak tolong org lebih dulu.. InsyaAllah pertolongan Allah akan datang dlm bentuk yg tak diduga.. Kan Allah dah janji

– fazila

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *