belajar melepaskan – 1:49 PM

belajar melepaskan

2 tahun lalu, aku berada dalam dilema yang maha berat. berat bagi seorang aku. aku sangat susah nak cakap 'tidak' pada permintaan manusia tapi kali ini aku nekad. apa nak jadi, jadi lah. aku tak mahu terima.(maaf, saya tak ceritakan detail tentang apa)

aku semacam menyalahkan Allah sebenarnya. aku question kenapa aku? kenapa mesti aku juga? aku 'paksa' Allah dalam doa-doa aku supaya menjauhkan aku dari hal ini. 2 bulan aku di banjiri air mata sepanjang cuti. masa tu bulan ramadhan. sambil tengok tv cerita lucu pun aku boleh menangis. punya sesak jiwa aku. handphone aku matikan. orang mesej aku tak balas. rasa nak lari pergi dunia lain.

tapi.. tiba satu saat masa tengah tahajjud, hati aku di tegur halus. siapa aku yang berlagak lebih tahu dari Tuhan semesta Alam? siapa aku untuk memaksa Tuhan dalam 'pekerjaan'Nya? siapa aku??

Allah..

tersentak. hiba yang Tuhan saja tahu. kali ini aku benar-benar menangis. menangisnya seorang hamba dalam melepaskan sesuatu kepada percaturanNya. tiada lagi paksaan buat Tuhan.

pintaku hanya satu.. andai ianya baik buat agamaku, akhirat ku dan dunia ku, Kau bantulah aku, kurniakanlah aku hati yang redha. aku mula belajar untuk melepaskan kepada Tuhan.

tak lama selepas aku benar-benar ikhlas dengan perancanganNya, aku dapat berita bahawa hal itu di tarik semula. Allah.. sekali lagi aku tersentak. betapa Allah sangat baik. betapa Allah sebenarnya tahu apa yang aku mahu. betapa Allah sengaja menjentik pintu yakin seorang hamba agar kemanisan hikmahnya berkali ganda.

sejak itu.. aku belajar untuk tidak menyalahkan Tuhan. aku belajar untuk meletakkan setinggi2 pengharapan kepadaNya. aku belajar bahawa aku ini hina tidak tahu apa-apa. hanya Allah saja yang layak mencaturkan segala :')

– gadisteruji

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *