Belajar part time atau full time?

Assalamualaikum. Saya bukan pelajar UIA. Saya cuma seorang yang boleh dikategorikan sebagai pembaca setia page ni.

Okey, baiklah. Tujuan saya menulis bukan untuk meluahkan sebarang perasaan, cuma ingin meminta perkongsian pendapat.

Saya merupakan seorang suri rumah sepenuh masa (belum dikurniakan cahaya mata). Usia sudah menjangkau pertengahan 20an. Tiada pengalaman bekerja. Baru-baru ini, hati saya terdetik untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat degree, ingin mencabar diri sendiri.

Suami pula, tidak kisah dan mengizinkan saya untuk meneruskan niat menyambung pelajaran. Saya merancang untuk menyambung pelajaran ke IPTS kerana saya Tidak pasti jika ada IPTA yang boleh menerima orang yang dah lanjut usia seperti saya.

Panjang lebar pula mukadimah saya. Mohon maafkan saya.

Masalah saya ialah, saya tidak tahu sama ada ingin menyambung pelajaran secara part time atau pun full time. Dan tidak pasti antara kedua-duanya, mana yang lebih baik.

Niat di hati ingin ke part time. Tetapi saya masih ragu-ragu tentang perjalanan mod study ni di masa akan datang walaupun kita boleh adjust masa kita sendiri. Dan saya jenis yang susah nak belajar sendiri.

Pada masa yang sama, saya teringin juga untuk menjadi pelajar fulltime sebab ingin merasai detik-detik sebagai mahasiswa. Dan saya seorang yang sangat suka duduk dan menghadap guru yang mengajar. Cuma agak risau tentang penyusunan jadual mengganggu saya sebagai seorang isteri. Saya sendiri tidak tahu bagaimana kehidupan di IPT. Saya lepasan STPM 2010. Jom kita berhuhu.

Jujur saya akui, walaupun kita perlu tetapkan niat belajar kerana Allah, saya tetap ingin menggunakan sijil yang bakal didapati untuk mencari peluang pekerjaan agar dapat membantu suami. Harap pembaca, terutama yang senasib dengan saya dan mempunyai pengalaman belajar sebagai pelajar part time atau full time dapat berkongsikan pendapat. Tetapi pendapat tidak terhad kepada golongan itu sahaja, sesiapa yang ingin berkongsi, amat saya hargai dan dialu-alukan.

Terima kasih.

– Isteri Confius

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

15 Comments

  1. ipta pun ada jgk buat degree scara part time..can try utm space..tp yuran dia agak mahal la..kls waktu weekend..tp depend pd course yg sis nk apply jgk..

  2. Ingatkan bila sebut dah lanjut. Terbayang umur 40++

    Jangan risau. IPTa ada ja cikgu umur 60 baru dapat degree tahun ni :D

    Sentiasa ada jalan :D

  3. Hi Isteri Confius. Secara personal, saya pun sambung master masa sudah bergelar isteri tapi belum ada anak. tujuan saya cuma nak busykan diri sebab tak nak fikir pasal org dok kata saya takde anak lagi. (tapi masa semester akhir master, saya pregnant). siapa kata IPTA tak terima students yang berusia? banyak IPTA yang terima la. usia bukan penghalang. uni akan tengok result stpm awak, bukan umur awak. belajar full time memang bagus, tapi saya nasihatkan sebagai isteri..awak cari ipt yang dekat dengan rumah. ulang alik rumah n uni. bukan duduk kolej. saya rasa kolej life tak sesuai kalau awak dah bergelar isteri. hihihi. caiyokk. jangan ragu2. apply je mana2 yang awak rasa sesuai. IPTA or IPTS ..tak kisahlah. jangan ragu2.

  4. UTM space yuran mungkin agak mahal sikit ,cuba baca USM punya PJJ. Saya rasa kalau PJJ pun okay,ada masa untuk urus keluarga ,mana tahu nanti dapat anak :)

    • Kalau nk full time kena pergi kampus induk la atau ipts yang dekat dengan rumah .PJJ mcm USM ada learning centre setiap zon .Cuma kalau ipts tu mahal sikit la , tak tahu pulak sebelum ni akak ni kerja ke atau ada savings .

  5. Jika suka belajar berkumpulan ambik full time. Ipta lg baik. Belajar ni xde kira umur cuma perlu semangat tinggi dan yakin boleh.
    Sbg cth anak sy blajar kat uitm. Ada ramai kwnnya yg lebih tua dr dia, ada yg menghampiri 30thn. Xde masalah.

  6. Ramai je yg dah kawin sambung belajar secara full time.. tp semua dari diri kita sendiri yg kena pandai manage masa..

    Belajar full time dan part time masing2 ada baik buruknya..

    Kalau ambil Full time cuba kurangkan jam kredit agar tak terlalu berat nak belajar dan boleh luangkan masa dgn keluarga.. tak de la busy memanjang buat assignment.. maybe..just pendapat.

    Kalau ambil part time.. sama je.. tp mgkin masa dgn suami dah tak sama.. suami cuti kerja.. awak pula pergi class.

    Semuanya dari awak sendiri. Semoga berjaya.. teruskan perjuangan untuk menuntut ilmu.

  7. hi , sis , my father was graduated from UKM when he was 50 . im very proud of him . so no matter what your age is , you still have the opportunity to further your study . I suggest you to apply UUM Pace bcs my brother just finished his diploma and now continue studying in UUM Pace out campus :) Bless you , sis :)

  8. Hai dik, pertama skali nk sambung belajar ni kena tgk tanggungjawab kt rumah dulu. Kalau boleh organized then proceed dgn kursus yg hendak dipilih. Tak semua universiti menawarkan course yg sama. So kt sini adik kena list down kursus2 yg adik sendiri minat. Then dah ada kursus2 tu cek semua ipta, ipts.

    Dah compare, list down plak mana yg tawarkan fulltime dan partime. Fulltime usually class monday to friday while partime friday to sunday.some offer after 6pm to 10pm weekdays.

    Dah ada semua tu, compare la yuran, lokasi belajar. Disarankan kalau nk sambung better terus apply pada U terbabit.kalau join skali dgn upu sah2 fulltime dan u have to compete dgn fresh grads.chances tu maybe low.

    Pasal umur tu..hakak dah 32 thn masih belajar partime buat master. Sekarang ni umur berapa pun tak kisah janji ada minat, ada duit.jalan.

    Nak pilih ipts @ ipta is totally up to you.depends on your budget.payment nk bt potongan kwsp ke, byr sendiri ke, loan ke totally up to you.

    Hopefully dpt membantu. Good luck!

  9. Klau xde komitment kerja better ambik full time..jdual tu susun btol2 kasi pack cthnya susun smua kelas wktu pagi ja..lpas tgh hri tu bole la balik rumh..full time ni lagi efisien la dri part time..input dia lagi byk..dan x kcau msa hjung mggu..bole la g jln2 msa tu kn..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *