BELAJAR TINGGI TP INTERVIEW FAILED

BELAJAR TINGGI TAPI INTERVIEW FAIL

Entry ni ditujukan khas buat student2 yg dah grad & nak tempuh alam pekerjaan..Aku adalah majikan (owner cmpany) yg memang berhadapan dengan ragam2 budak2 dtg interview kerja kat tempat aku..kdg2 tengok budak zaman skrg rasa sedikit kurang berkualiti & manja, gedik..

1) Nak mohon kerja tapi kerek.. Cth ayat "tempat u ada kerja kosong ek".. Hallo.. Mcm tu ke nak bercakap dengan bos & nk mintak kerja?

2) Resume xpandai buatlah.. Ish2 beljar diploma tp resume pun tak tau.and ada yg pandai buat resume tapi resume TAK MENARIK & TAK LENGKAP.Resume penting untuk latarbelakang korang..

3) Resume xlengkap, gambar tak ada.. Padahal dalam requirement dah mintak gambar diri .Mintak gmbar bukan nak tengok cantik x tapi nak tengok camne orang yg bakal bekerja tu..

4) Bila tak ada gambar dan aku mintak gambar, siap bagi gambar selfie muncung mcm mulut itiklah, pakai baju singlet dalam bilik tidurlah.. Hello, aku pantang betul yg jenis camni.. Belum apa2 lg dah tunjuk gedik & x profesional. Dah gatal sgt nak berlakikan bos-bos ke?

5) Baru tanya nak interview dah mengorat & bajet2 ambik hati cth ajak berborak2 lah.. Kasih sayang lah .Apa menda lah…

6) Interview siap tongkat2 dagu n blur..Interview pun tak bawak resume & sijil2.. Lupa katanya.. Interview mmang nak tengoklah sijil2 dan resume semua tu sebagai proof.. Dan syarikat nk salinan2 itu semua supaya senang untuk penilaian nanti..Mesti buat salinan utk diberi kpd syarikat. Faham??

7) Lepastu tanya soalan semua x tau..Sampai calculation basic math pun xtau.so apa mkna ada degree klu simple math pun x tau? Yes dgree student tak tau math darjah 3.

8) Bila dah kerja pulak pemalaslah, menjawab… Sekali tegur sekali okey.. Lepas tu minggu depan buat kesalahan sama lagi..Bila orang tegur nak panas..Ini attitude yang paling aku menyampah.. Bila gaji lewat bayar sehari tau pulak mesej tanya & suruh bayar cepat. Sehari lewat je kut…

9) Yang ni x boleh bla, bila staff lain cuti atau cover outdoor activity, yang suppost duduk office takut tinggal sorang2 dekat office..Mesej aku mintak cuti sebab takut seorang diri dekat office..Apa punya manja & mengada2 betullah..hello klu penakut sangat pergi duduk bawah ketiak mak je x payah kerja.. Siang2 hari penakut apanya..

So kepada bakal pekerja2 sekalian belajarlah jadi tough! Jgn jadi manja sgt.Nak masuk bidang pekerjaan kena nampak anda seorang yg bijak, berani, tak manja & x mengada2. Sungguhpun dpt boss yg sporting tapi klu 1 masa dia rasa awkward dengan ko memang dia pun rasa xnk tengok muka ko lagi.. So faham2 jelah..

Bagi aku tak kisahla students degree ke diploma universiti / kolej ke, ramai sgt yg x berkualiti bila mohon kerja.. Exam 4flt, dekan tiap semesterlah..tp sebenarnya kdg2 majikan xpndang pun dekan korang tu klu cara pembawakan korang bukan seperti nak cari kerja..alam pekerjaan xsama dgn alam belajar..xguna cerdik atas kertas je..

Jgn salahkan majikan kalau nak cari yang berpengalaman walaupun pendidikan taraf spm saje tapi tengok diri dulu bagus atau x bagus..Kdg2 pengalaman tu x penting pun sebab semua boleh belajar tapi klu pembawakan diri pun xpandai, jgn salahkan majikan klu ko masih menganggur. Sebab majikan nak cari orang utk tolong uruskan syarikat dia tapi klu ko pun xboleh membawa diri, mmg orang pun takut nak ambik risiko hire ko..

Lagi satu jgn fikir nak kerja syarikat hebat saje.. Syarikat kecik xnak kerja, rela nganggur 3-4 tahun.. Kdg2 kerja syarikat hebat ni lg pening sebab ko xrasa sepak terajang antara staff lagi.. Bila ko nak naik, akn ada staff yg pijak ko.. Dan lagi 1 bila syarikat besar , peluang ko utk gaji lebih besar mybe sedikit terhad sebab bnyak lapisan yang akan tengok potential ko.. Tp klu syarikat kecil pulak tapi income bos 5-6 angka sebulan, mungkin nak bayar insentif 3-4 ratus setiap bulan untuk ko, celah gigi dia je..asalkan ko rajin buat kerja, tak curi tulang, ingin perbaiki diri & bertanggungjawab..

So fikir apa aku nak cakap ni..

Tn Anas Mikhael

– Tn Anas Mikhael

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

112 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *