Below Average Girl

Thank you admin jika confession ini disiarkan.

Saya M, F22 dan sekarang merupakan tahun akhir ijazah di ipta. Saje meluahkan apa yang terbuku di hati sebab tiada kekuatan untuk meluah dekat kawan2. Jika sudi berikan kata2 semangat saya sangat menghargainya.

Penat menjadi student yang below average. Dalam kelas saya hanya ada 10 orang dan semua pandai2. Sampai satu tahap saya rasa saya tak setanding untuk sekelas dengan mereka.

Hampir semua orang dekan setiap sem tapi saya pernah sekali sahaja dan alhamdulillah pointer masih atas 3. Tapi saya seorang sahajalah yang macam tu.

Banyak usaha yang saya dah buat bukan untuk mempersoalkan takdir Allah tapi mungkin itu sahaja yang Allah nak bagi. Saya selalu rasa sedih bila tak dapat nak compete dalam academic dengan kawan2 yang lain.

Itu belum lagi saya tak pernah menipu dalam assignment dan ada je kawan yang just copy paste kerja orang masih boleh dekan setiap sem tapi saya tidak.

Saya juga pernah kena repeat praktikal exam dan wallahi saya takde keluatan nak cerita. Ada juga kawan2 lain yang kena repeat tapi mereka semua nampak elok je. Saya je yang susah nak cope dengan ujian ni.

Belum lagi cerita saya sangat sangat insecure dengan rupa paras sebab saya memang below average lah,

Takde satu pon bahagian muka saya ni yang flawless every inch memang berlekuk lekuk dengan parut jerawat yang tak dapat nak diubah dengan skincare melainkan ada duit banyak boleh pergi clinic malangnya saya dari saya keluarga biasa2 sahaja.

Ini pon salah satu dugaan terbesar sebab perempuan zaman sekarang semua lawa2 flawless,

Saya sangat cemburu kalau jumpa orang2 macam ni sampai satu tahap saya rasa maybe saya tak kahwin sebab takde lelaki yang boleh terima, yelah diorang kan semua nak lawa2 sedap mata memandang :’)

Minta semua doakan semoga saya tabah menjalani ujian hidup dan jika ini menjadi asbab saya dikurniakan pahala lebih doakan saya redha dan dapat terima semua ini.

Saya masih akan usaha sebaik yang boleh tapi semua nya hanya akan berlaku atas izin Allah. Jzkkk terima kasih sudi baca :’)

– Miss Melon (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

10 Comments

  1. hi dik, sampai bila nak bezakan diri dgn orang lain. pls sayang diri awak tu, setiap ciptaan tuhan ada kelebihan masing-masing.

  2. M,
    Hanya perlu membanding untuk memberi motivasi menjadi lebih baik. Tak perlu membanding untuk iri dan menjatuhkan moral sendiri.
    below average tak jadi masalah.
    saya dulu grad pun pointer 2.97
    tapi set target, kejar cita cita. Alhamdulillah dah bekerja di luar negara.
    pasal muka tak flowless, dah kerja bagus semua banyak klinik kulit di luar sana. tak perlu risau.
    tak perlu memikirkan benda benda remeh (bukan dapat apa apa yang positif pun) yang memcetuskan low Self-esteem and create anxiety.

  3. Dear M,
    jgn risau..pointer tu time study ni je awk rsa insecure..nnt dh msuk alam pekerjaan mmg xde dah nk risau bab tu. kira ok dah pointer awk tu.. bab paras muka tu pon jgn risau, dulu pon sy mcm tu jgk..tpi bila msuk alam kerja je, muka semua tu akn berubah..dan ada je nanti org nakkan awk.dun worry ya..time heals the whole wound :)

  4. Salam. Tiada 1 benda yang Allah cipta itu sia². Ujian setiap orang berbeza². Sebagai hambaNya, jadilah orang bersyukur selalu. Bukan mudah jika dikelilingi orang yang nampak ‘sempurna’. Dunia ini sementara sahaja. Bercakap memang mudah tapi yang merasanya memang insan yang Allah pilih. Ada masa, pergi hospital, pergi ward² yang ada orang² cacat yang dah duduk bertahun² disitu tanpa tau hal² dunia luar. Nanti kamu akan jadi orang lebih redha. Maafkan saya, saya juga tidak sempurna.

  5. adik, cuba adik beli cream vitamin E brand Cosmoderm. xusahlah pakai skincare buat sementara ni… just pembasuh muka dan cream vitamin E shj. insy muka akan jd lebih baik. hargailah diri kita dik. xusah banding diri dgn kwn2.

  6. Mama harap Melon baik2 aje, percayalah nak.. Allah akan hadirkan pelangi selepas hujan. mungkin skrg belom muncul pelangi tu, tp akan datang.. mungkin allah hadiahkan ruang pekerjaan yg selesa, boss yg baik.. kawan2 kerja yg baik.. sentiasalah bersyukur.. pasti akan gembira. take care sayang.. teruskan usaha dn teruskan juga berbuat kebaikan. <3<3<3

  7. Hi Melon…jauh lagi perjalanan awak ni.. tak pe one step at a time untuk capai pelangi awak cari tu 😊 apa kata challenge diri cuba sesuatu yg baru / hobi yg luar dari you punya comfort zone? Try la join jd volunteer ker.. masuk usrah ker.. masuk kelas memasak / menjahit / kelas bahasa /kelas makeup/zumba / brisk walk ker.. Cari yg murah/free. Uni mesti ada organize program kan? Join aktiviti yg kena mingle dgn org yg kita tak kenal…so dari situ you can build your self esteem slowly. Sbb org kita tak kenal ni.. jumpa one off jer.. so kurang la sikit rasa nak judge diri kita dgn diorg kan…isi masa awak tu dgn upgrade yourself value and skills. You don’t have to sprint but surely keep improving. Dah2 la meratap kenapa dia mcm tu aku mcm ni. Rugi dik…Hidup ni nak tenang2 and fun2 je kan 😉😉

  8. Bersyukur, bersyukur dan bersyukur.. org kta, “jgn bandingkn diri awk dgn org yg lbh tinggi ‘taraf’nya dari awak, tp pandanglah org yg lbh ‘rendah’ taraf hidupnya dpd awak, supaya awk rse lbh bersyukur dan redha dgn apa yg ada..” ..cuba awk lihat di sekeliling, brp ramai yg xdpt pon sambung blajar d mna2 ipt, walau mrk dah cuba mohon, brp ramai pulak yg dpt sambung blajar, tp kputusan exam hanya ‘cukup2 mkn’, sdgkan mrk blajar mcm ‘stengah mati’, malah ada yg ‘kandas’ d pertengahan jln.. awk patutnya rasa sgt bersyukur.., w/pon x dpt sijil dekan watever ke, awk masih “3 pointer” kan, walau rupa x seindah bidadari atau sluruh tubuh ‘flawless’ pon, awk masih ‘sempurna’ anggota bdn, berbanding ada org yg dilahirkan sbg “oku”, tp kita patut ‘salute’ kat mrk ni, sbb sentiasa gigih utk memperbaiki diri, malah ada yg dah berjaya d peringkat dunia (cth : dpt pingat emas dlm sukan paralimpik misalnya..) so, bersyukur lah dik, dlm apa jua keadaan, dan cuba perbaiki diri kpd yg lbh baik.. jgn pedulikan org lain, kerana mrk dan kita semua ada kehidupan msg2, x semestinya semua akn dpt apa yg dihajati sentiasa, yg penting redha Allah utk kehidupan kita di Sana nt.. wallahu a’lam.. 😌

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *