Belum Boleh Move On

Tak ada seorang manusia pun yang berkahwin untuk suka suka.

Nama aku Bunga (nama samaran) umur masih muda 20 an dan dah berkahwin selama 6 tahun. Belum ada anak. Aku dengan suami bercinta dalam 4 tahun kemudian baru berkahwin.

Awal perkahwinan macam biasa bahagia dengan kehidupan yang sederhana. Masuk tahun ketiga, tahun yang menguji rumahtangga dengan masalah kecurangan.

Suami aku kaki game, setiap malam dia akan main game sampai cerah. Aku bangun pergi kerja dia baru nak masuk tidur. Tengahari dia bangun pergi kerja, malam balik lewat. Tapi tetap on game.

Sepanjang suami main game, kami banyak bergaduh di sebabkan aku rasa tiada kemesraan dalam rumahtangga. Bersembang hanya benda penting. Suami aku kerja sendiri.

Sampai lah satu tahap tiba tiba suami aku cakap kena pergi outstation tapi aku tak boleh ikut. Sedangkan suami aku pergi outstation mana mana, aku kerap ikut.

Berbalah lagi sampailah aku sendiri mengalah tak nak persoalkan. Sepanjang outstation, hari hari suami video call tunjuk kerja kerja dia.

Aku percaya tapi masih ada rasa was was.

Balik dari outstation, aku jemput suami dekat AirPort macam biasa. Suami pun macam biasa layan.

Waktu ni Allah nak tunjuk, pagi tu tergerak hati nak check handphone suami. Luluh hati bila tengok gambar mirror selfie suami dengan perempuan lain, dalam bilik hotel.

Aku check whatsapp. Luluh lagi hati bila tengok mesej mesej tu. Rupanya suami ada 2 telefon. 1 telefon dan number khas untuk contact perempuan tu. Waktu ni aku terus masuk mandi, siap siap pergi kerja.

Tapi hati isteri mana yang mampu tahan marah. Aku kejut suami yang tengah tidur. Aku tanya gambar gambar yang ada. Suami merayu minta maaf.

Aku campak telefon suami. Pecah skrin telefon. Tapi sebelum campak, sempat aku ambil semua gambar bukti dan nombor perempuan tu.

Aku keluar pergi kerja macam biasa.

Dekat office tak boleh fokus. Terus ambil cuti emergency leave dekat bos. Ternangis depan bos, time tu terus bos bagi cuti. Aku tak balik rumah, aku lari check in hotel selama seminggu.

Waktu ni berbalas whatsapp dengan suami, suami merayu pujuk suruh balik. aku cari detail perempuan tu sampai dapat.

Bila dapat, perempuan tu cakap tak tahu tu suami orang. Aku cakap dan settle dengan cara elok dengan perempuan tu. Suami pujuk balik rumah, dan aku balik sebab perlu bekerja.

Tapi selepas 2 minggu kantoi lagi mereka masih contact. Waktu ni aku mengamuk. Aku telefon ibu ayah mertua cerita apa Yang jadi.

Alhamdulillah mereka support aku. Aku cari lagi detail perempuan tu dengan upah private investigator. Dapat info lengkap.

Rupanya perempuan simpanan tu pun isteri orang, ada anak dan kenal melalui game. Waktu ni semua gambar yang konon pergi kerja luar tetapi rupanya pergi dating tu aku dapat melalui private investigator.

Hadiah yang suami belikan untuk aku setiap kali balik kerja rupanya hadiah untuk tutup dia keluar dating.

Allah nak mudahkan cerita, suami perempuan tu contact aku tanya. Kami contact tapi melalui adik ipar lelaki sebab tak nak jadi salah faham.

Dah banyak kali kantoi dengan suami perempuan tu sebelum ni tapi ya dua dua masih belum serik.

Perempuan tu tuduh suami dia tak elok dan suami aku pun canang aku tak elok. Waktu ni mereka janji tak nak contact dan nak putuskan hubungan haram tu.

Aku ambil keputusan untuk duduk asing. Sebab aku sendiri pun ada rumah yang di beli semasa tahun pertama berkahwin.

Suami merayu minta maaf untuk berubah. Mak ayah mertua pujuk untuk bagi peluang dekat anak mereka.

Kalau cerita bab nafkah, suami bagi ikut kemampuan tapi masa pkp, segala hutang dan bil di tanggung oleh aku sepenuhnya.

Masa tu faham dengan keadaan pkp. Waktu tu aku kerja seperti biasa dan gaji pun dapat macam biasa. Waktu pkp suami terjebak dengan game.

3 bulan kemudian aku masih dalam trauma, dalam kesedihan. Cerita ni tak habis dekat sini. Waktu ni paling tragis bila aku dapat tahu perempuan tu mengandung dan dia yakin tu anak suami aku.

Sekali lagi kami bergaduh besar. Dan kalini mak ayah mertua dah redha kalau kami bercerai. Sebab taknak tengok aku merana.

Sepanjang kejadian sikit pun aku tak cerita dekat family aku sendiri. Tapi untuk berita ni, aku contact kakak aku dan minta pendapat.

Kakak aku cuma cakap ini ujian dan Allah nak tinggikan lagi martabat aku sebagai isteri. Diorang tak setuju kalau aku proceed bercerai terus. Aku terus minta izin untuk duduk asing. Nak healing hati. Bukan mudah ya.

Aku ambil masa 6 bulan. Aku berserah dan berdoa kepada Allah. Kami tak bercerai tapi hubungan tu jadi tak mesra. 6 bulan aku ambil masa untuk berfikir. 6 bulan tu merintih dengan Allah minta petunjuk.

Alhamdulillah suami aku mengaku salah,. Itu memang doa aku untuk dia jujur segalanya. Aku bagi peluang tapi aku minta untuk panggil skandal dan suami skandal ke rumah kami.

Declare apa yang patut. Aku minta suami bersumpah dengan al-Quran yang dia akan tinggalkan semua habit buruk dan skandal dia.

Skandal dia penuh berlagak cakap kalau suami aku boleh lupa dia, tak ada masalah untuk rumahtangga kami.

Aku senyum, aku cuma cakap lebih dari tu aku boleh buat masa kantoi tapi aku fikir aku ada kerjaya yang bagus untuk aku siakan hanya sebab mereka.

Settle dengan bersaksikan peguam. Kalau ada gangguan dari suami aku atau skandal dia, dua dua kena tindakan. Fast forward, kami berpindah rumah aku yang aku beli untuk bina kehidupan baru.

Waktu ni Allah dah tunjuk kerja suami semua tak dapat keuntungan. Semuanya jadi berhutang. Waktu ni aku keraskan hati taknak tolong.

Suami aku ambil masa setahun lebih untuk stabilkan balik business dia.

Aku? Jalani rumahtangga seperti biasa. Dalam masa setahun lebih, suami banyak berubah. Hari hari dia buat solat taubat untuk kesalahan dia. Setiap malam dia akan jemaah di masjid.

Hari hari sebelum tidur suami akan minta maaf dengan perbuatan dia. Game terus tinggal.

Handphone dah tak guna. Kalau nak cari, cari dia dekat kedai sahaja. Tapi bohonglah kalau aku cakap aku boleh lupa kejadian ni. Setiap malam aku akan teringat gambar suami dengan skandal dia.

Benda ni jadi isu bila aku moody dan mula tak bercakap dengan suami. Sebab aku masih di hantui rasa kecewa dan trauma tu.

Suami tetap pujuk dan minta maaf dengan kesalahan dia. Ya aku akui suami dah tinggal segala benda buruk dan dia berubah untuk rumahtangga kami.

Tapi aku yang masih lagi belum boleh move on dengan kisah suami. Apa yang patut aku buat? Sebab bila kami tengah bergurau aku boleh jadi stop gelak sebab teringat kisah suami.

Suami terasa sebab aku akan jadi pendiam. Kadang aku memberontak. Apa yang perlu aku buat untuk lupakan semua tu?

Harap sahabat sekalian boleh beri pandangan. Maaf jika cerita aku panjang.

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *