Aku benci bapak aku. Aku rasa selagi dia hidup slagi tu hidup aku adik beradik dan mak ak tkkn bahagia. Hrini raya dan ak rasa raya ak tkde makna.

Ak pelik dgn mulut bapak aku. Org kata kerana mulut bdn binasa. Bapak aku suka maki hamun kitaorg. Cakap bad words .

Ak rasa dia tk layak jd bapak aku sbb dia tk boleh trima apa yg org nasihat and dia ingt dia bagus sgt. Dia maki aku , pggil ak anak haram dan cakap tk hingin pun ada anak mcm aku hnya dsbbkan aku back up mak aku . Dh mmg terang dia salah.

Bygkan mak ak kjut sahur dia marah, bila tk kjut pun dia mrh. N dia ckp kalau tk sahur wajib ke puasa? And ak tercakap wajib lah. Dia dgr and dia cakap ak nk sembang agama dgn dia.

Ak boleh kira brp kali dia solat, puasa , solat jumaat dan lain lain. Dia kalau sembang bab agama taknak kalah tp buat tak.

Bnyak ak nak cakap tp ak rasa malu mcm bukak aib sndiri walaupun org tk thu. Ak nak dia mati. Tu je

– aku

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

7 Comments

  1. Cuba tgk cerita korea granny got talent. bnyk pengajaran especially untuk anak2. buruk mana pun dia tetap ayah awak. doakan yang terbaik je.

  2. Selalu orang kalau dengar macam ni, ayat cliche nya.. “sabarlah.. apa2 pun dia ayah awak”, tapi pada saya, ayat ni tak membantu langsung.. malah memburukkan lagi keadaan. Saya faham perasaan awak..

    Bila kita diuji dengan ibu bapa macam ni, satu je kita kena ingat, kesabaran kita, kesantunan kita, Allah akan balas dengan pahala yang berlipat kali ganda. Sebagai seorang anak, kita kena berlaku ihsan terhadap ibu bapa kan.. walau marah macam mana sekalipun kita rasa, ingatlah ujian ni Allah bagi kat kita sebab nak tentukan kita ni layak duduk kat darjat tinggi mana dalam kalangan hamba2Nya.

    Satu kekuatan kita sebagai anak bila hadapi benda macam ni ialah mak kita. Mak kita takkan mahu anak dia jadi anak derhaka. Mak kita juga ada anak2 dia je tempat nak berkongsi rasa.. sebab benda ni kalau orang tahu seperti buka aib keluarga.. Ye, saya faham, awak rasa tak adil. Dan awak rasa awak perlu tegakkan kebenaran.. cumanya.. api kalau sama api takkan terpadam.

    Bila ditimpa ujian.. ianya antara dua je.. sama ada pangkat kita naik, atau turun di sisi Allah. Yang saya boleh kata, jadikan mak awak dan ganjaran pahala tu sebagai motivasi untuk teruskan hidup. Ambil peluang ni sebagai lubuk pahala untuk awak. Pahala berbuat ihsan kepada ibu bapa, campur pahala mujahadah tahan marah.. pahala bersabar.. sabar ni maksudnya bukanlah pendam marah tu.. tapi lebih kepada mampu bertindak dan berkata2 dalam keadaan yang tenang walaupun keadaan memang membuatkan kita berapi2.. spend time borak2 dan buat mak awak ketawa.. abaikan apa kata2 ayah awak tu. Cuba untuk enjoy masa dengan mak dan bahagiakan diri awak dan mak.. marah takkan buat kita bahagia.. marah ni cuma buat tidur malam kita tak tenang, menumbuk2 tilam.. marah ni kan sifat syaitan kan.. sifat mazmumah.. saya doakan awak kuat untuk hadapi ayah awak.. besar ganjarannya untuk awak kalau awak berjaya lepasi ujian ni.. inshaAllah. :) selamat hari raya, maaf zahir batin.

  3. bila awak dlm situasi.. ingat.. Allah sedang menguji buka. menghukum. challenge diri kamu untuk berjaya dlm ujiann ini. you can do it!

  4. kau benci, aku teramat benci smpai rasa rindu, rasa sayang, x prnh tersemat @ terdampar dlm hati aku . pak aku pun lebih kurang…prnh sekali aku tegur (yalah..anak mana yg nk tngok ayah dia berterusan dlm kejahilan kn..) , boleh dia tnya aku “kau ingat kau ustazah nk ajar aku??”.. haiiihhhhh….merah & panas muka aku. dahlah ramai org yg tngok. kalau bleh nk je nangis x berlagu masa tu jgk.. utk awk…i can feel u. kalau bkn sbb dia adalah insan yg mak kita sayang, confirm jd si tanggang sbb derhaka .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *