Ya Allah. Ampunkan aku untuk semua sangka buruk aku terhadap darah daging aku sendiri, Mia. Selama ni aku telah 100% salahkan dia untuk semua perkara yang berlaku pada dia tanpa tahu asal usul perkara itu.
Dia harapan keluarga disebabkan perwatakannya yang boleh dikatakan sempurna. Dia dulunya seorang adik yang baik, penyayang, pemurah, bijak akademik, aktif aktiviti-aktiviti di sekolah. Dia juga seorang yang ceria, dia peramah, cantik dan disenangi semua orang. Termasuk kawan-kawan aku yang pertama kali bertemu dengan Mia.
Aku ingatkan semua ni berlaku 5 tahun lalu apabila dia tiba-tiba sahaja melarikan diri dari rumah. Tidak pulang ke rumah tanpa khabar berita. Dia putuskan hubungan semua dr ahli keluarga. Yang kami tahu dia masih di negeri yang sama dengan rumah kami tapi tak tahu tempat tinggal dia.
Tapi aku tersilap, semuanya mungkin bermula sekurang-kurangnya 10 tahun yang lalu, ketika dia baru menginjak 14 tahun. Sekurang-kurangnya sebab dia mula ber’couple’ seawal di sekolah rendah. Apa yang aku boleh nampak, couple adalah punca besar masalah ini terjadi.
Dia mengalami tekanan yang hebat apabila dia kurang menunjukan prestasi cemerlang di universiti. Dia rasa kecewa yang teramat sampai dia tersalah langkah, membawa dia jauh dari keluarga dan agama Allah. Dia kembali berhubung dengan kekasih pertama dari sekolah rendah, Faris. Dan sebenarnya mereka tak pernah lost contact, tapi cuma berkawan selepas putus dulu.
Bila dia menghilangkan diri dari keluarga 5 tahun yang lalu, dia cuba survive sendiri dengan bantuan Faris. Tapi Faris lelaki yang suka mengambil kesempatan, sehingga mahkota Mia tergadai. Aku tak pasti atas kerelaan Mia ataupun dipaksa. Tapi yang aku tahu, Mia sudah beberapa kali keguguran tanpa rela.
Yang aku katakan mungkin ini puncanya sejak 10 tahun lepas, sebab dia dirogol ketika itu oleh teman lelakinya, Darwin. Aku baru tahu hal ini beberapa hari lepas. Dan hal ini, dia tak pernah ceritakan kepada sesiapa kecuali Faris yang pada ketika itu, kawan dia. Dan Faris mengambil kesempatan itu untuk terus dekatkan diri dengan Mia, dan aku tak pasti apa niat Faris ketika itu.
Sekarang, selepas 5 tahun, Mia dan Faris sudah mempunyai seorang anak 1 tahun lebih. Dan Alhamdulillah aku rasa sbb aku dpt berita daripada sumber yang boleh dipercayai yang mereka baru bernikah minggu lepas. Walaupun Mia masih belum pulang ke pangkuan keluarga, sekurang-kurangnya dia tidak lagi berada di dalam lembah maksiat.
Mia pernah cuba untuk balik ke keluarga kami kira-kira setahun selepas dia tinggalkan rumah. Tapi dia seolah-olah disisih adik beradik. Mama papa menerima dia, bersyukur kerana dia pulang. Tapi mungkin disebabkan tidak tahan disisihkan, 2 minggu kemudian, dia menghilangkan diri lagi.
Aku sekarang rasa serba salah sbb aku salahkan dia bila dia lari rumah, mengandung berkali-kali dan menyebabkan keluarga kami jadi tak bahagia macam dulu tanpa tahu yang dia pernah dianiaya Darwin. Yang menyebabkan mama selalu mengalirkan air mata bila teringatkan dia.
Mama papa dan adik beradik yang lain dah banyak kali cuba bawa dia balik ke rumah untuk kembali ke pangkuan keluarga tapi hal itu tak pernah terjadi. Sebaliknya, dia mempertahankan Faris, mengatakan Faris yang selalu ada ketika dia susah, bukan keluarga. Keluarga pula buat tidak peduli dengan dia.
Aku selalu teringin untuk kembali berhubung dengan Mia cumanya aku tak tahu caranya dan tak tahu andai Mia sudi menerima aku kembali sebagai keluarga dia. Kalau boleh aku nak korang nasihatkan apa yang aku boleh buat sekarang ini.
Dan tolong doakan Mia untuk kembali ke jalan yang diredhai Allah dan keluarga kami. Aku sangat kasihankan mama papa sebab tak pernah jemu berdoa bertahun-tahun untuk dapat kembali Mia. Terima kasih in advance untuk nasihat dan doa korang semua.
– Zarra (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit