berbolak balik – https://iiumc.com/forumv2/
Salam. Sebenarnya aku dah lama nak share masalah aku, tapi aku tak tau dekat siapa dan macam mana nak cerita.
Aku ni sebenarnya jenis outspoken. Aku tak pernah berahsia dengan sesiapa. Tapi satu perkara aku tak cerita dan tak mengaku kat sesiapa. Aku ada teman lelaki.
Kenapa aku cerita kat sini? Sebab aku kenal dia kat sini. Aku outspoken, tapi pasal benda ni aku banyak kali delete mesej yang aku taip panjang. Aku nak cakap kat fon tapi selalu aku bertukar tajuk. Aku jadi pemendam.
Tak aku bukan nak cerita kisah cinta aku ke, bukan, sebab takda yang menarik pun. Aku nak cerita pasal hati aku yang berbolak balik. Pasal macam mana orang boleh berubah jadi jahat atau baik. Semua sebab hati.
Dulu aku selalu jauhkan diri aku dari lelaki, kalau ada yang aku kenal pun, aku main je. Tapi kebanyakan aku selesa berkawan bersembang dalam maya je. Kat luar lelaki takut dengan aku, aku pun tak tau sebab utama apa. Sebab ni hati aku kering ngan lelaki, sebab tak pernah bergaul rapat. Mungkin ada jugak yang aku berkenan tapi setakat mengusik sesama kawan perempuan je.
Bila aku naik umur 23 aku mula fikir bab kawen. Aku rasa risau kalau semua lelaki tak berani nak dekat ngan aku. Aku daftar baitmuslim. Lepas setahun, ada yang approach aku, tapi aku kecewa sebab lepas 3 bulan berkenalan, laki tu kata dia tak bersedia lagi sebab masih muda. Aku amik keputusan undur diri. Tapi aku makin risau kalau ramai yang datang dan pergi.
Aku cuba jadi lebih terbuka dengan lelaki, aku cuba berlembut dengan lelaki. Aku terlalu bimbang pasal jodoh sampai aku tak sedar dan tak jaga hati aku. Aku jadi mudah terpedaya dengan janji manis lelaki. Aku terjebak dengan couple.
Couple ni tak indah pun. Hati sentiasa tak tenang. Takda nikmat kebahagiaan sebenar. Sentiasa rasa takut dan bimbang dengan jodoh yang tak tau menjadi atau tak. Hati sentiasa berbolak balik. Cinta dan nafsu semua berbaur.
Harini setelah hampir setahun, aku menangis ketika solat. Aku keliru. Aku tak tahu macam mana aku boleh terlibat dengan hubungan macam ni. Aku tak minta macam ni. Mak ayah aku pelihara aku, bagi aku didikan agama secukupnya, tapi aku masih sempat duk berkawan dengan lelaki belakang mak ayah aku. Aku rasa malu dan berdosa sangat.
Hati ni, Allah yang pegang. Kadang kita rasa kering. Tengok orang mati pun tak terjentik. Kadang terlalu basah. Tak mengaji sehari pun boleh nangis. Aku mintak Allah bagi aku petunjuk. Aku tak tau apa aku perlu buat.
Tahun depan aku grad, insyaallah. Ayah aku selalu gurau bab jodoh. Kawan-kawan pulak asyik duk korek rahsia aku. Tapi lelaki pilihan hati aku masih belum bersedia. Aku tak sanggup nak tinggalkan dia, tapi aku tak sanggup jugak nak terus bersama tanpa ikatan. Aku tau, orang alim akan cakap, aku tak adil pada bakal suami aku nanti.. tapi siapa boleh jangka benda macam ni berlaku.
Harini mungkin kita naqib atau naqibah dalam usrah. Tapi siapa tahu kalau esok lusa…. sebab hati tu sifat dia berbolak balik. Feel free to give me any advice.
– t