Ragu ragu untuk bercerita. Bimbang dihakimi.
Bercinta lepas nikah.
Aku seorang perempuan yg sedang lagi bercinta dengan seseorang yg sudah menikah.
Fasa takut takut. Fasa rasa bersalahh…
rasanya sudah mula hilang..
Sekarang kami berdua dalam fasa mencuba to make it happen. We want to be together. Forever and ever.
Jujur, tak mudah. Saya bergelut dgn perasaan sendiri. perempuan. Mana perempuan merelakan suaminya dikongsi? Kerana saya seorang perempuan..kenapa saya ingin menghancurkan hati perempuan yg lain..
Pada masa yg sama. Semasa saya sedang sedang lagi bercinta dengan suami orang.. ada jejaka jejaka lain yang cuba melamar. memetik bunga di taman.
Tapi hati saya tetap pada dia. Laki orang. Gilakah saya?
Mampukah saya hidup bersedih sepanjang hayat saya. Digelar perampas, pemusnah rumah tangga orang. Dihakimi..?
Saya yang berani mati memilih jalan ini…. atau masih ada ruang utk saya berpatah balik.
Jangan hakimi saya, jangan diguriskan hati saya dengan kata kata setajam pedang.. nasihati la saya.. dengan seikhlas nasihat… jika ada yg sedang melalui jalan yg serupa.. berkongsilah.
– HK