Assalamualaikum dan Hi kepada readers IIUM Confession. Terima kasih admin jika sudi siarkan confession saya. Terima kasih juga kepada yang akan membaca.
Mohon pendapat yang bernas kerana saya agak buntu. Saya seorang gadis awal 20-an yang ingin mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat ini. Apa yang ingin saya confess disini adalah berkenaan keluarga saya.
Saya dan teman lelaki merancang untuk mendirikan rumah tangga dalam tahun ini. Pada awalnya setelah kami berjumpa dengan keluarga masing2 dan menyatakan hasrat ini, ibu dan bapa kami bersetuju dan gembira dengan niat kami ini.
Semuanya berjalan lancar dari segi kewangan dan juga persiapan. Kami memilih untuk melakukan majlis kami secara sederhana mengikut kemampuan kami yang baru grad dan baru bekerja serta tidak melakukan majlis merisik serta bertunang bagi memudahkan urusan pihak lelaki.
Saya tahu keluarga akan mengata sebab tiada merisik bertunang dan berinai, tapi saya hanya mengikut nasihat ayah yang tak mahu susahkan pihak lelaki yang sudi memilih anaknya sebagai pilihan hati.
Namun, saya selaku pihak perempuan merahsiakan tentang perkara ini dari keluarga besar saya atas nasihat ibu saya. Tetapi, perkara ini telah dihidu oleh makcik saya dan menimbulkan satu cerita kurang enak mengenai teman lelaki saya.
Disebabkan teman lelaki saya ini bukanlah seoarang yang hensem mahupun bertubuh sasa, ibu telah dikecam oleh saudara mara serta nenek saya kerana “tak pandai pilih menantu”. Walhal mereka2 yang mengecam ibu tidak pernah pun berjumpa dengan teman lelaki saya.
Apabila saya mengetahui perkara ini, saya berasa agak marah sebab saya bagi saya selagi ibu dan bapa saya bersetuju dan wali saya ingin menikahkan saya, tiada masalah untuk saya. Macam mana saya tak marah, saya tak pernah menyusahkan sesiapa pun dalam urusan kenduri saya.
Saya tak pernah minta seringgit pun duit mereka mahupun seminit masa mereka untuk membantu saya. Saya cuma mahukan saudara mara datang sebagai tetamu sahaja di majlis saya dan tak perlu bersusah2 kerana ada yang akan menguruskan semuanya.
Cuma dalam hal ini, saya berasa kasihan akan ibu. Saya tahu beliau tersepit antara ibunya dan adik2 nya disamping ingin menjaga hati saya sebagai anak.
Sejujurnya saya tak marah pun dekat ibu saya sebab saya faham dia tersepit ditengah2 dan jika saya marah atau mengamuk, perkara itu hanya akan mengeruhkan lagi keadaan.
Ibu dah banyak menahan marah, menanggung malu akibat fitnah dari keluarga sehinggakan ibu nampak sangat tidak gembira bila bercerita tentang keluarganya. Banyak yang ibu terpaksa lalui sepanjang 50 tahun hidupnya.
Tetapi saya buntu akan apa yang patut saya lalukan. Perlukan saya berdepan dengan si penabur fitnah dan jelaskan mengapa saya merahsiakan perkahwinan saya.
Saya bukannya nak merahsiakan perkara ini selama-lamanya, tapi saya nak bagi tahu dalam sebulan sebelum majlis kerana ibu dan bapa saya khuatir majlis saya akan kucar-kacir dengan tangan2 dan mulut2 orang yang akan masuk campur seperti hancurnya majlis2 lain sebelum ini.
Dan saya teringin sangat nak bercakap dengan si penabur fitnah supaya sudah2lah stalk orang di Facebook dan Instagram, kemudian bawak mulut merata. Saya tak faham kenapa mereka nak memfitnah orang yang mereka tak pernah jumpa pun tetapi hanya lihat di instagram dan facebook.
Jadi pembaca semua, perlukah saya berjumpa dengan makcik saya ini? Atau sekadar membiarkan perkara ini berlalu bergitu sahaja seperti yang ibu saya sarankan agar tidak membesarkan perkara ini lagi?
Untuk pengetahuan pembaca, saya telah pun block makcik saya di laman sosial untuk mengelakkan fitnah lain pula dimasa hadapan. Bantu saya ya readers. Dan doakan majlis saya berjalan lancar serta jodoh saya berkekalan.
Terima kasih atas doa kalian.
– Sya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc.com/submit