Berdikari

Penat sebenarnya..
Kenapa aku berkata penat? Aku merasakan diri ini telah penat berdikari untuk survive di zaman ini.

Aku seorang perempuan yg masih belum lagi berkahwin walaupun umur dah hampir 30. Dari kecil aku diajar supaya berdikari. Andai aku mempunyai masalah di sekolah, jika aku pulang dan mahu bercerita pada ibu, ibu akan berkata "Kamu pandai settlekan sendiri". Hubungan aku dengan ibu dan ayah agak renggang. Nak cerita tentang masalah pun, bukan mereka akan dengar, jawapan yg diberikan, "settle kan lah sendiri". Maka, jika aku bersedih, down dan pelbagai lagi, aku cuba selesaikan dengan membaca buku berkaitan psikologi. Belajar bagaimana menghadapi menghadapi kemurungan, low esteem dan pelbagai lagi.

Sejak dari kecil juga ibu dan ayah mengajar aku supaya bayar bil2 di rumah, segala urusan masukkan duit atau keluarkan duit di bank juga harus aku pelajari disaat masih sekolah rendah. Demi untuk hantar duit kpd akak-akak aku yg belajar di ipta ketika itu. Urusan mohon biasiswa, kemasukan ke asrama, aku uruskan sendiri. Malahan urusan sekolah adik-adik pun, ayah serahkan kepada aku.

Ayah aku seorang guru. Tapi entah kenapa, dia enggan berurusan dgn mana-mana jabatan atau badan kerajaan mahupun swasta. Semuanya anak-anak uruskan. Malahan ketika ibu aku gering, segala borang, kemasukan ke hospital, jumpa doktor, aku yg uruskan. Hinggalah disaat daftarkan kematian ibu ku di jabatan pendaftaran. Mujurlah aku ketika itu telah berumur 19tahun.

Masuk ke uia, segalanya disiapkan sendiri. Mujur ada kakak-kakak yg membantu sedikit. Sedikit sebanyak melegakan hati ini. Ayah aku, hanya hadir ketika aku daftar di uia dan ketika aku konvo. Selama hampir 6 tahun aku di uia, tak pernah ayah datang menziarah, apatah lagi bertanya khabar atau bertanya mengenai pengajian aku. Andai tak cukup duit, pandai-pandailah diri ini.

Masa praktikal,aku tinggal di rumah sewa. Ada masalah dgn tuan rumah, gara-gara salah seorang dari kami ada yg tak pernah lansung bayar sewa, tuan rumah hantar samseng ke rumah sewa. Dimaki-maki kami semua. Budak yg tak bayar tu, menyorok dalam bilik. Bila aku ceritakan pada adik-beradik dan ayah aku, jwpannya "kamu dah selesaikannya bukan?". Luluh hatiku yg dengar.

Dari mula mencari kerja,hingga bertukar-tukar tempat kerja, semua aku lakukan sendiri. Tiada yg membantu. Pabila dah ada gaji yg mantap dan stabil, barulah adik-beradik bertanya khabar. Malahan meminta aku menjaga anak mereka setiap minggu, atas alasan mereka bekerja atau ada hal lain. Aku yg lembut hati malah menyayangi anak saudara, tak pernah pula berkata tidak.

Kini, aku telah punya kekasih hati. Pada mula hubungan, aku berharap dia akan jadi suami yang akan menjaga aku yg telah selama ini berdikari. namun, belum lagi kami berkahwin, aku mula rasa runsing. Andai aku ingin membeli-belah, aku pergi seorang diri kerana dia tidak suka shopping. Andai aku teringin menonton cerita romantik di wayang, haruslah aku pergi sendirian kerana dia tidak gemarkan cerita romantik. Aku cuba memahami, tak mengapalah, aku pun dah biasa kemana-mana sendiri. Kini dia tidak lagi punya pendapatan tetap, maka aku juga lah yg bantu kewangannya setiap bulan. Sebulan adalah dalam rm300 akan aku berikan padanya. Bila cerita bab kahwin, dia minta aku buat majlis sesimple mungkin. Aku tak kisah tentang majlis simple, tapi aku takut, bagaimana masa hadapan kelak? Aku tak mahu, aku yg telah lama berdikari ini terpaksa bekerja keras untuk menampung suami ku pula. Andai dia benar-benar inginkan aku, pasti dia akan berusaha untuk mencari pendapatan yg lebih demi untuk menikahi aku. Atau mungkinkah aku yg terlalu takut dan curiga?

Aku cuma penat. Lelahnya aku yg berdikari, kuat untuk diri sendiri. Pabila aku katakan pada rakan-rakan yg aku boleh survive seoranv diri tanpa lelaki, mereka katakan aku ini tak kenal agama. Pabila aku ingin ada kereta, rumah sendiri tanpa harapkan bantuan lelaki, aku dikatakan feminist. Adakah korang tahu aku ini dibesarkan seolah-olah aku ini seorang lelaki. Tidak dibenarkan menangis andai ada masalah. Jangan bergantung kepada ibu ayah mahupun adik-beradik. Kerja rumah, baiki paip, lampu,mesin-mesin, ayah paksa aku belajar itu semua. Kata ayah, aku harus belajar pelbagai benda agar tidak menyusahkan suami kelak.

Andai aku boleh buat segalanya, kenapa perlu seorang lelaki dalam hidup aku? Andai aku perlukan seorang teman, Allah menjadi teman hidupku. Aku telah sampai di tahap terlalu penat utk bertahan dan berlakon kuat, hakikatnya tidak. Alangkah bestnya melihat rakan-rakan yg ditatang bagai minyak yg penuh oleh ayah, bf ataupun suami mereka sendiri.
Adakah aku akan merasai itu semua?
Atau aku akan tetap berdikari dan terus berdikari tanpa pertolongan orang lain.

– Cik Kam

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

21 Comments

  1. Cik Kam seorg yg kuat. Pandai berdikari, x perlu bantuan sesiapa dlm meneruskan hidup. Tp, kena ingat, kita perempuan perlukan teman utk disayangi, dilindungi.. pasal bf cik kam tu, saya rasa cik kam perlu bt solat istikarah utk minta petunjuk dr Allah.. rezeki, jodoh & ajal Allah yg tentukan, kalu kita berdoa in shaa Allah kita akan dpt yg terbaik.

  2. mmg cik kam srg yg kuat.. namun ada kala nya cik kam perlu juga merasai utk bergantung sedikit dgn pasangan cik kam. yg cik kam kata kan itu sy setuju. namun jln pyelesaian yg baik cik kam solat istikarah.. pd pendapat sy sejujurnya la.. maaf terlebih dahulu jika kata2 sy ble menyakitkan hati jika sy bterus terang, sebenarnya sukar cik kam nanti utk terus kan hubungan itu jika pasangan cik kam berterusan mengharapkan cik kam berdikari dgn diri sendiri.

  3. Anda sndri mmpu berdikari, bersusah sndri.. Knapa perlu ada bf yg x memahami dan anda pula perlu bersusah pyh ntoknya… X adil ntok diri sndri..ckup2 la ape yg cik kam lalui dari kecil… :-)

  4. Women have become the men they want to marry. Jangan berkahwin hanya kerana “agama” sahaja. Ni zaman fitnah. Agama pun tak mcm agama dah. Wat lek way peace. Jangan paksa diri.

  5. Cik Kam, plz stop giving money to your boyfriend. Kalau sebelum kahwin dah macam tu, tak mustahil selepas kahwin pun kamu akan menanggung dia. I’ve seen that. Jangan risau psl jodoh. Keep praying and Allah swt will send the best man to you. Satu lagi, respect sama you kerana kamu sangat kuat!

  6. U r perfectionist.tapi dgn lelaki simpan sket perfectionist tu.zaman ni tak semua lelaki respect on your perfectionist.majoriti adlh yg nk ambil kesempatan.jgn tunjuk sgt yg awk trlalu serba boleh.bila dh kawin pun.dont show u r very superwomen.kelak awk yg letih….means that example dalam 1 hari awk hanya blh memasak dan menyapu smpah shja.yg lain biarkan husband yg buat trmasuk tgokkan anak walaupun awk blh buat.awk akn sakit hati bila semua bnda awk buat dan suami akn rasa awk perfect utk berseorangan dan cari teman di luar…ini knyataan dan pengalaman…tak semua la lelaki begitu tpi msti ada batas…tnjukkan juga kita ni lemah walaupun tak sebenarnye…

  7. Rasa x best pulak bila baca part tanggung bf tu. Takut nanti kesannya tak percaya pada mana2 lelaki lg dah. Mudah2an Allah balas semua susah payah tu dengan seorang suami yang bertanggungjawab, penyayang, … Aamiiiiiin

  8. Cik Kam, dari cerita sy buat kesimpulan cik kam adalah wanita yang kuat. Jiwa cik kental dan tak manja. InshaAllah, nasihat sy kat sini satu je, cik kam kuatkan doa mohon jodoh yang terbaik kalau itu yg menjadi isu. Sebab cik kam dah berharta dan bergaji. Cik kam perlu lelaki yang terima dan menghargai cik seadanya. Tempat cik kam dapat bermanja, bukan cik yang manjakan dia. And please, stop memberi duit pada lelaki. Lelaki kalau sebelum kahwin dah pandai meminta, selepas kahwin apatah lagi. Semoga semua urusan dipermudahkan

  9. ko ni cenderung tertarik pd org yg suka bergantung ngan ko..tolong ubah habit tu..cari org yg boleh ko bergantung harap pulak..tunjuk lemah sikit supaya org tu rasa diperlukan

  10. Cik Kam bersabarlah ni semua ujian Allah pd hambanya.Psal pasangan cik kam tu klu blh jgn diteruskan sbb blm nikah kita dah kena tggung dia dah nikah nnt srmua cik kam yg tggung bkn setakat suami tp anak2pun semua cik kam kena tggung jd buat apa ada suami mcm ni.Cik Kam byk kan berdia tau sbhg tahjud semoga di beri petunjuk kpd cik kam.Mungkin suatu hri cik kam akan bertemu jodoh yg lbh baik dri ni,kena sbar sbb ni adalah msa depan cik kam.Tersl antheah pilih pasangan akan buat cik kam merana di kemudian hri fkirlah msak2 sblm bernikah dgn pasangan cik kam tu. semoga ada kebahagian utk cik kam nnt…. amin

  11. Mmg kita hidup ni perlukan pasangan hidup tp plihlah yg benar2 tau tgjwb sebagai ketua keluarga yg blh jd tempat cik kam berkongsi ssah senang bersama,jgn ptus asa cik kam akan berjumpa insan yg lbh baik dri skrg insya Allah

  12. why are you giving your own hard earn money to ur boyfriend? Thats you being stupid not “independant”. Hes not your husband. A husband is the one who protect us & supporting us. Not the other way around. independant person is someone who enjoys the freedom of being one. Since you obviously whining about it. Then stop acting, just be your trueself.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *