Berdikari – 5:50 PM

Berdikari

Salam.. tq kak min sudi baca n harap di share. Sy student uia kampus kuantan. InShaaAllah bakal grad next year, bakal dentist doakan. Hehe

Sorry ayat kelam kabut sedikit sebab sy kurg pandai susun ayat panjang². Sy nak cerita di sini hal berdikari. Mungkin sy ni merupakan anak kedua sy lebih berdikari dr adik beradik yg lain². Keras kepala betul jugak. Tapi suka buat hal sendiri mampu buat keputusan sy tak menyusahkan siapa² dan tak ikut siapa². One day bila masuk U sy dapat roommate yg tak mampu berdikari. Bukan sy mahu kata sy bagus, dia tidak. TIDAK. Kami baik² sahaja cuma sikap dia yg terlalu bergantung pd orang buatkan sy berasa rimas sometimes. Dia tidak mampu untuk membuat apa jua keputusan. Bila ditanya minta jawapan, dia tidak akan jawab tp dia akan tunggu kawan kami S buat keputusan dan dia akan ikut. S pula selalu juga mengadu rimas dgn roommate sy ni. Sikit² telefon mama apa yg harus dia buat, bile patot dia pulang ke rumah, naik bas pukul berapa, nak belanja duit berapa. Ke mana² mesti ikot orang, tidak ada pegangan diri. Duduk di universiti cuba berdikari belajar untuk buat keputusan. Jika salah tidak mengapa, boleh belajar dari kesilapan. Minta kebenaran untuk buat sesuatu contohnya "S boleh tak kalau nak pegi subway teringin sangat nak makan" berbeza dgn sy "Jom pergi makan subway, teringin la". Sometimes rasa seolah² sy seperti Queen Control tp sy tak control dia tp dia yg ikot planning sy. Contoh ayat td, bila tiada siapa yg mahu makan subway dan semua nak kfc, dia akan jawab "takpelah, kita makan kfc saja" macam merajuk. Kalau sy, "oh kalau begitu aku pergi subway dulu lah, jumpa nanti dekat kfc". Berbeza bukan? Rasa macam jahat pula tp tiada siapa yg halang dia. Keputusan di tangan masing². Lesen kereta dia ada, bila keluar asyik sy dan S yg drive. Dia sendiri tidak confident dengan diri dia, apatah lagi kami.

Di sini sy bkn mahu mengadu atau memburukkan dia begitu, cuma sy nak nasihat sikit mungkin juga kepada dia yg membaca dan orang jenis begini. Berdikarilah, cuba belajar untuk buat keputusan sendiri. Jika teringin sesuatu teruskan isi hati. Jangan jadikan orang sekeliling kelihatan seperti kejam bila kemahuan awak orang lain tidak dipersetujui. Ada keputusan yg kita perlukan perbincangan banyak pihak lagi² apabila sudah berkahwin dan ada keputusan yg kita perlu tentukan sendiri. One day bila kita sudah berkahwin, tidak perlu terlalu bergantung pada suami. Tidak bermaksud untuk tidak patuh atau kurang ajar, cuma kita tidak perlu membebankan mereka dengan hal dan soalan remeh temeh. Rimas.

Lirik lagu nora;
Ku sangka berpanjangan
Panas hingga ke petang
Bila mendung menjelma
Tak seperti yang ku harapkan

Dalam hidup dihadapan kita tidak tahu apa yang berlaku. Mungkin di takdirkan bercerai, mungkin di takdirkan suami sakit. Jikalau hanya bergantung pada orang lain,suami dan sebagainya bagaimana kita mahu survive. Sebagai contoh, di rumah tiba² suami rebah sakit tp tidak tahu tindakan apa yg harus dilakukan. Adakah diwaktu genting begini perlu call mama untuk minta pendapat nak buat apa dengan suami, anak² bagaiman, barang apa yg harus dibawa bersama kerana tidak mampu berfikir dan buat keputusan sendiri? Renung² kan. Maaf jika ada yg tersinggung

– Bakal Dentist

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *