Aku bukanlah dari keluarga yang kuat agama, keluarga aku biasa je. Ditakdirkan aku dapat tawaran sekolah agama masa Form 1. Mula-mula mama dan papa tak bagi tapi lepas aku pujuk diorang bagi dengan berat hati. Hidup aku hanya dekat asrama dan sekolah je bertudung labuh serta berstoking. Balik je rumah aku bertukar kepada tudung bawal tanpa stoking.
Hati aku rasa macam ada yang tak kena dengan pemakaian tapi aku hiraukan. Masa aku Form 2 aku mula kenal Facebook. Berkenalan dengan seorang lelaki yang satu daerah dengan aku. Kemudian bercinta. Betapa gilanya aku sampai sanggup call laki tu guna public phone dekat asrama. Aku kat asrama guna phone yang guna kad. Habis je kredit dalam kad aku suruh papa aku beli yang baru. Kad tu habis sebab aku call laki tu je. Sejak itu la aku kenal apa itu couple.
Lepas maghrib musolla asrama akan ada tazkirah. Tajuk tu plak kebetulan pasal couple. Hati aku resah dan gelisah. Aku takut aku terkantoi dengan senior tapi aku langsung tak takut dengan pencipta. Bila aku putus dengan laki tu aku couple plak dengan orang lain. Sampai la satu tahap aku rasa bosan dengan semua tu.
Aku muhasabah diri. Fikir berdosanya aku buat benda yang aku sendiri tahu benda tu tak betul. Aku belajar dekat sekolah tapi tak amalkan. Lama tu aku berhasrat untuk bertudung labuh di luar sekolah dan bersarung kaki. Mama dan papa aku memang terkejut dan pelik dengan perubahan aku. Tapi aku buat tak tahu je. Perubahan tu sekejap je kekal dengan aku.
Form 3 aku terpaksa pindah sekolah sebab papa aku ditukarkan tempat kerja. Berat nak pindah sebab aku dah mula berubah. Papa aku cakap dia dah daftarkan aku dekat sekolah harian biasa. Aku takut kejutan budaya. Tudung aku dekat sekolah tu dah tak ada tudung labuh tapi masih menutup dada. Sarung kaki pun masa tu kejap pakai kejap tak pakai.
Pakaian aku kekal macam tu sampai aku masuk matrik. Masa matrik aku berubah sikit macam tak selesa pakai baju yang membentuk bontot. Tudung aku pakai tudung bawal tapi tak silang tepi sebab aku rasa macam nampak tutt aku. Sejak aku masuk sekolah agama dulu aku dah tak pakai seluar jeans.
Sekarang aku tengah sambung degree dekat sebuah universiti terkemuka. Tudung aku bertukar pula kepada tudung crepe sebab aku rasa tak jarang macam tudung bawal. Bila cuti aku balik rumah , mama aku kenalkan aku dengan tudung shawl. Aku cuba pakai dan aku suka sebab labuh. Masa dekat universiti aku jarang pakai seluar pergi kelas. Aku banyak pakai baju kurung dan skirt labuh. Mama aku pun dah faham , sejak tu dia banyak belikan aku baju kurung.
Sebelum aku keluar rumah aku akan pastikan baju yang aku pakai tak bentuk body aku. Alhamdulillah sarung kaki masih lagi kekal bersama aku. Agak susah untuk aku kekalkan sebab aku dari tak tahu agama , kenal agama dan berubah balik. Betul lah orang cakap hati ni berbolak-balik , iman ada turun naik. Pasal couple aku memang takut nak dekat dengan lelaki sekarang ni. Aku trauma dengan kejadian aku diragut masa Form 3. Doakan aku kekal dan ditetapkan iman tau. Kalau korang suka cerita aku ni, lain kali aku sambung lagi. Nama yang aku gunakan ialah N².
– N²
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit