Berfikiran Sempit Itu Memakan Diri

Assalamualaikum semua…terima kasih kalau cerita aku ni disampaikan…aku dah buntu sebenarnya..taktau nak ceritakan pada siapa..harap2 takde yg berfikiran sempit macam aku ni…sebelum tu maaf kalau cerita ni bosan dan jalan cerita yg tak tersusun…

Aku taktau nak cerita mcm mana…tapi ini berkait dgn kerja…aku sebenarnya baru saja bekerjaa..Alhamdulillah sebulan dua lepas grad, terus dpt tawaran kerja dlm bidang akaun. Walaupun aku lulusan Business, tapi jujur ilmu aku pasal akaun ni boleh dikatakan ‘zero’. Aku terima je kerja tu sebab aku sedar cari kerja bukan mudah..lebih2 lagi aku ada cita2 nak kumpul duit dan bawak mak bapak pegi haji & umrah…mintak2 apa yg aku hajatkan ni termakbul…Aminn

Tapi malangnya, lepas 7 bulan aku kerja dkt Company A, aku terpaksa resign. Dengan waktu kerja yg terlalu panjang, iaitu 8am-6pm..jujur aku tak sanggup. Biarlah org nak kecam apa, tp bagi org yg jenis “family person” mcm aku ni, aku taknak terlalu berabdi dgn kerja..aku nak spend masa dgn mak, dan memandangkan tempat kerja jauh dgn rumah sampai memakan masa 2 jam perjalanan pegi balik, pada awalnya aku tempuh jugak. Tapi dah masuk bulan ke tujuh, aku kecundang. Lagipun aku rasa tak berbaloi kerja Comp.A sebab kebajikan staf yg tak dijaga. Company terlalu tegas sampai nak minum masa kerja pun pernah jadi isu besar.

Taklama lepas berhenti Comp.A, Alhamdulillah dpt tawaran kerja di Comp.B, dlm bidang yg sama, bidang akaun. Bandingkan kerja lama dan baru, kerja baru ni lebih mencabar walau tak sesibuk kerja lama. Dan Alhamdulillah dpt boss dan kawan kerja yg sgt sgt sgt baik. Tapi syg, aku takboleh nak teruskan sebab walau dah 3 bulan kerja, aku masih buat kesalahan yg sama. Dan aku tau, ini semua sebab aku takde minat langsung dlm bidang Akaun. Jadi, untuk tak merugikan diri aku sendiri, dan taknak merugikan boss, aku resign.

Jujur, berbanding Comp.A, aku sgt sgt tertekan bila kerja kt Comp.B ni. Entahlah kenapa, mungkin sebab tak minat. Tiap malam aku nangis sebab takut nak masuk ofis. Takut aku buat kesalahan yg sama. Malu dgn diri sendiri, malu dgn org lain bila asyik kena marah je. Tapi apa aku boleh buat, aku takboleh paksa diri aku utk teruskan buat benda yg mmg aku tak minat. Tiap bulan, mesti aku ponteng. Dengan alasan sama, demam ,demam dan demam. Jujur aku tertekan sgt. Kadang2 tu terfikir nak cederakan diri sendiri biar tak payah masuk ofis. Nampak tak betapa sempit dan pengecutnya aku tu ?

Tp skrg, walaupun dah resign, hati tetap tak tenang. Rasa serba salah pada keluarga, sebab takmampu jadi yg terbaik. Aku tktau apa nak jadi dgn masa depan aku ni. Rasa bersalah pada mak tu membuak2…lagi2 bila mak cerita pada kakak yg dia sedih tgok aku yg dah dua kali lompat kerja dlm masa setahun ni.. Aku cuma berharap, mintak2 Allah beri yg terbaik utk aku. Dan berharap jugak agar hati aku ni makin kental dan tak lembik mcm dlu utk kehidupan yg lebih baik…

– Si Lembik

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit