Berhati-hati perkataan dan pandangan yang menyakitkan

Salam.

Aku secara fizikal , aku akui aku tak seperti apa yang masyarakat kira sebagai cantik atau menarik. Aku gemuk , literally , bukan gemuk yang macam sesetengah orang yang berat BMI normal dan tiba tiba pipi dia ternampak besar kerana selendang yang dia pakai , and goes ” weh gemuknyaaa aku “.

Tapi sebenarnya aku sangat menerima fizikal aku tapi pada masa yang sama sedang berusaha nak kurus. Macam orang lain , takde siapa aku rasa Kat dunia ni nak kekal gemuk. Lagi2 kau duduk dalam masyarakat yang sangat menghukum . Kadang kau tak cakap pun perkataan yang menghukum , tapi cara Mata kau yang pandang , riak muka , sepertinya orang macam aku tak pernah layak duduk atas muka bumi.

Sepanjang berfizikal gemuk ni , aku kadang cuba nak ubah mentaliti orang , kata orang gemuk ni malas , bodoh dan segalanya yang negatif. Aku belajar bersungguh sungguh , score atas 3.5 setiap kali exam , kalau Kat rumah aku yang uruskan hal rumah , masak dan kemas. Selain benda tu tanggungjawab , aku akan buat apa jua benda yang boleh mencantas mentaliti persepsi buruk masyarakat .

Tapi kadang aku rasa masalah dia pada mak aku , dia selalu define kebahagiaan dia ikut mulut orang sampai kadang kadang dia tertekan .Mulut orang yang cakap macam macam pasal anak dia. Memang aku tak boleh nak expect untuk mulut orang untuk tutup , dan korang pun akan suruh aku ignore mulut orang yang penting kau tahu kau apa , siapa . Tapi selamanya nak ignore , dia macam meluluskan untuk mulut mulut orang ni berkata sesuka mulut hati dia. Padahal kita ni dituntut untuk menjaga percakapan kita . Aku percaya kata kata yang baik akan terbit dari hati yang P/s. Kalau kau jenis jenis yang takleh nak jaga mulut ,suka condemn itu ini , mohon kau bercakap dengan media social ke atas kertas ke , jauhi Mak aku , tolong.

Aku nak orang sedar kepentingan menjaga mulut dan pandangan , untuk tak menyakitkan hati orang. Bukan sekadar jaga pandangan dari sudut tengok aurat ke. Dan kadang kadang kita tak perasan pun cara pandang kita menyakitkan sebab dia tahap kita dah terbiasa dan dia jadi involuntary sebab tak pernah ada yang tegur. Dan kita pun tak pernah merasa serba salah. Kau kena expect semua manusia sensitif in nature. Jadi berhati hati dengan gesture kita.

Semua orang layak untuk hidup dan bernafas dengan bahagia tanpa perlu rasa di hakimi orang lain. Kau kena banyak banyak bersyukur dengan figura yang cantik dan tak perlu merendahkan orang lain. Dan doakan lah kami ada kekuatan nak ada figura yang sihat , kau tak pernah tahu dia berusaha mati matian disebalik cacian kau. Kau tak pernah tahu dia makan hati , depressed sebab kata kata kau. Yang kadang kau terlepas pandang pun kau cakap benda tu menyakitkan hati dia. Kadang tu kau tak nak menyakitkan pun , tapi Mak pak sedara kau sudah terbiasa dengan budaya mengutuk ( dan kita pun tak mampu nak betulkan orang yang dah banyak makan garam ni ) , maka kau jadilah orang yang pertama untuk mengubah budaya tu ) dan elakkanlah berada dalam kelompok sebegitu.

Terima kasih :)

– Mungkin yang terlebih sensitif

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit