Ber’Homestay’ Di Kondo

Assalamualaikum semua. Waktu cuti sekolah dan akhir tahun ini, ramai warga Malaysia mengisi masanya dengan berjalan-jalan bersama keluarga.

Antara aktiviti yang dilakukan ialah memilih homestay yang mempunyi kolam renang. Maka, kewujudan rumah2 kondominium (rumah jenis apartment yang mempunyai fasiliti kolam) merupakan antara pilihan utama.

Maka, aku selaku penghuni sebuah rumah kondominium ingin berkongsi sepatah dua.

1. Ketahui peraturan/sop kondominium. Untuk makluman, setiap kondo mempunyai SOP yang berbeza-beza. Ianya ditentukan oleh penghuni yang datang mesyuarat.

Untuk kondo aku ni, ada 3 isu berbangkit yang sering dipermasalahkan oleh orang yang ambil homestay iaitu baju renang, tempoh mandi hanyalah 1 jam untuk setiap sesi dan sistem booking kolam yang menyusahkan.

1.1 Baju renang; aku harap penghuni homestay harus faham bahawa walaupun kolam ini terletak di kawasan perumahan, ia tetaplah mengikuti peraturan baju renang kolam yang standard.

Kalau tak mahu ikut, silalah pergi mandi di kolam yang tiada peraturan pasal baju renang.

1.2 Tempoh mandi hanyalah 1 jam; perkara ini diputuskan oleh penghuni kondo semasa mesyuarat.

Maka, sekiranya tuan homestay tidak beritahu, tinggalkanlah komen berkaitan hal tersebut di platform tempahan penginapan agar tiada pihak lain tertipu.

1.3 Sistem booking kolam; perkara ini memang pelik. Untuk makluman, hak penghuni homestay dan penghuni kondo ialah sama.

Jadi, kalau anda dah booking, tapi ada penghuni kondo yang sailang, silakan marah dan tuntut hak anda. Jangan kerana anda bukan penghuni tetap, anda dianak-tirikan.

Kalau perlu call manager, call manager situ. Kalau manager tu tak angkat call, pi pejabat pengurusan dan marah kat situ. Jangan marah2 kat guard yang jaga, diorang tu hanya menurut perintah.

Dah banyak kali berlaku, ada yang aku tolong back up marah ke pengurus kondo sebab pandai buat sistem, tapi sendiri tak mau ikut.

2. Denda melanggar peraturan. Kononnya kat kondo ni, peraturannya tegas. Tapi, hasil penelitian aku, itu semua hanya fatamorgana. Pengurusan hanya pandai bermuka-muka.

Bila berhadapan dengan si A, muka manis, hisap rokok pun tak dimarahi dan hanya tegur lembut sambil mendayu-dayu apabila masuk kolam dewasa (budak yang belum divaksin, dilarang masuk kolam dewasa).

Tapi bila si B yang langar peraturan, cepat saja minta no rumah sebab nak saman.

Aku baru saja tadi tegur pengurus kondo yang minta no rumah kepada si B sebab melanggar peraturan-mandi tak pakai baju renang.

Aku cakap kat pengurus tu, kenapa selama ni bila si A buat, you tak terus saman dan hanya tegur elok2. Sepatutnya si B ni, you hanya bagi teguran, bukan terus nak saman2.

Pastu pengurus tu cakap, yang tegur mendayu-dayu tu bukan dia, dia jenis tegas. Aku terus cakap-you jangan nak temberang, saya sini punya orang juga. Terus lepastu dia tak jadi saman budak tu.

Nak dijadikan cerita, waktu aku nak pulangkan kad booking kolam, nampak 3 orang budak si A tengah mandi kat kolam dewasa dan pengurus tu tengah tegur, “Ini last round yea, lepas ni minta naik” dengan suara mendayu-dayu.

Bagai ulam pucuk dicita, aku terus sound pengurus tu.

Apa kejadahnya kata you orang yang tegas. Pengurus tu tersengih-sengih dan minta maaf cakap yang tadi dia kena tegas sebab arahan atasan.

Aku cakap kat dia, lepasni jangan macam-macam. Kalau dengan si A you tegur mendayu-dayu, dengan si B pun kena mendayu-dayu.

3. Kolam renang di kondo, tiada penyelamat kolam renang. Yang ada ialah pengawal keselamatan yang ke hulu ke hilir cari salah orang untuk disaman.

Maka, mak bapak yang datang bawa anak, silalah jaga anak masing. Ini tak, anak2 masuk kolam, mak bapak main phone.

Walaupun kolam kanak2 tu kedalamannya 0.5m, bukankah telah banyak berita2 yang mengisahkan kematian kanak2 pada kedalaman air yang cetek?

Khulasahnya, silalah ikut peraturan semasa ber-homestay di kondo. Minta salinan SOP PKP kondo siap2 dari tuan homestay agar tidak susah di kemudian hari.

Dan sekiranya berlaku ketidakadilan seperti yang dialami si B, bersuaralah.

Terakhir, kepada si Bodoh yang hisap rokok tepi kolam budak kecil, semoga ko diberi balasan setimpal.

– Syafiq Hakim (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *