Cikgu Saya Pun Begitu

Hai nama saya Puteri. Saya ada baca confession ‘Cikgu yang suka bergurau hal sensitive part’ (https://iiumc.com/cikgu-yang-suka-bergurau-hal-sensitive-part/).

Sama macam cikgu saya. Pun sama di sekolah teknik juga.

Cikgu saya ni dah meninggal beberapa tahun lepas tapi saya tergerak untuk share juga sebagai panduan cikgu2 lain jangan la buat2 bergurau benda macam ni.

Cikgu saya ni saya gelarkan cikgu Man. Cikgu Man ni memang baik very helpful untuk membantu anak2 murid.

Tak berkira markah juga maksud saya kat sini cikgu Man ni bukan strict. Memang diakui cikgu ni very helpful.

Tapi ada 1 perangai yang masa tu kami fikir cikgu ni funny.

Yela masa tu masing2 tiada kesedaran mengenai isu ganguan seksual ni semua. Fb dan smartphone pun masih tiada masa tu dan kami memang kurang pendedahan.

Jadi bila cikgu Man ni kata sesuatu yang (bersifat gangguan seksual sebenarnya) kami fikir itu funny dan kami akan gelak saja.

Untuk pengetahuan pembaca, kelas kami ada 20 pelajar perempuan dan 2 pelajar lelaki.

Cikgu Man ni kalau berjalan belakang pelajar perempuan, dia akan sebut kiri kanan kiri kanan which saya rasa mengikut pergerakan punggung pelajar tu.

Terutama kalau naik tangga jika ada pelajar perempuan di belakang, dia akan suruh pelajar tu naik tangga dulu dan memang dia akan meratib perkataan ‘kiri kanan kiri kanan’.

Dia juga suka suruh pelajar perempuan untuk padam whiteboard well saya dapat rasa supaya dia boleh tengok punggung pelajar??

Cikgu Man ni juga suka bagi teka teki yang sama berulang kali iaitu ‘dalam banyak2 pen, pen apa berdakwat putih?’

Dan bila tiada jawapan yang betul diberikan oleh pelajar, dia akan cakap ‘pen Amir dan pen Ali laaa’  diiringi dengan gelak tawa macam lawak sangat lah.

Amir dan Ali ialah classmate kami dan mereka berdua saja pelajar lelaki. Maksud pen Amir tu ialah pe*is Amir. Adoi saya tak reti nak explain tapi harap pembaca faham.

Lagi 1 gurauan dia yang saya ingat, kalau ada cikgu2 yang mengandung dia akan ckp ‘haa cikgu Yam tu sakit sebenarnya sebab terkena buatan orang sampai mengandung 9 bulan.

Entahlah kalau ada pembaca yang rasa gurauan cikgu Man ni cuma sekadar melawak tapi serius bagi saya seorang guru tak sepatutnya bergurau macam ni.

Ada lagi gurauan dia yang bagi saya tak sesuai tapi cukup lah saya kongsi yang ini saja.

Confession ni bukan untuk buka aib arwah cikgu Man ya cuma sebagai pengajaran kalau boleh mana2 cikgu yang terbaca confession ni jangan la bergurau atau bersikap yang ada double meaning ya.

Banyak hal dan benda lagi yang boleh cikgu guraukan instead of gurau benda2 yang tak perlu macam tu.

Kisah ni saya ubah nama dan jalan cerita sikit untuk elak kawan2 kenal pasti siapa saya, huhuhu. Maaf andai cerita saya berterabur sbb saya tiada bakat menulis. Cuma ingin berkongsi.

– Puteri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *