BERKONGSI AYAH

Assalamualaikum, best aku tengok kengkawan post gambar dengan ayah masing2 sempena hari bapa ni. Aku ada ayah lagi tapi ayah dah lama x tinggal dengan kami.Ayah pisah dengan ibu masa aku kecik lagi sekolah rendah kot. Ayah kahwin lain lepas pisah dengan ibu, ayah dah tak bg perhatian dekat aku dan adik2, kami membesar dengan kasih sayang ibu sahaja. Aku terpaksa kongsi ayah dengan orang lain, sedih, kecewa Allah saja yang tahu tambah2 bila aku tgok kawan2 keluar shopping dengan ayah, selalu call ayah diorang, tapi aku tak dapat rasa semua tu. kalau ayah nak jumpa pun mesti ayah bawak auntie dengan anak-anak, aku tak selesa, korang tak rasa sebab bukan kat tempat aku korang tak faham macam mana setiap kali aku hantar mesej, call ayah semua auntie yang balas. Baru aku faham kenapa ibu tak rela berkongsi suami, berkongsi ayah pun sangat perit apatah lagi berkongsi suami tapi Ibu tak pernah ajar aku benci ayah, dalam doa aku sentiasa ada nama ayah. semoga ayah sentiasa dalam lindunganNya. selamat hari bapa ayah~Along

– ALONG

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Masihlah bertuah kiranya mempunyai IBu.. Sungguh kehilangan kasih syg ibu atau ayah adalah dua perkara yang berbeza.
    Saya membesar dengan adik beradik. Mak?? Sudah tiada .Ayah?? Sudah berkeluarga. Tapi,kita kena kuat sbb Allah takkan bg ujian kalau kita tak mampu.
    Kita tak perlu merintih pada orang lain, sbb mereka cuma pendengar, tapi Pendengar yang baik itu adalah Allah. Kekurangan kita tu pasti ade kelebihan yang Allah berikan. Cuma kita tidak perasan. Salam Ramadhan

  2. Bila baca cerita mcm ni la yg buat aku takut nk hadapi masa depan. Skrg ni anak aku dijaga bekas isteri. Langsung tiada tolak ansur dan sentiasa ingin mencari kesalahan aku supaya dpt jarakkn lagi antara aku dgn anak. Bukan ayah tak sayang anak tapi dalam perpisahan kita pasti ada hasad dengki yang bergilir2. Sepatutnyanya jangan campur aduk masalah sendiri dgn menarik anak ke kancah pergaduhan.
    semoga dalam situasi yang aku hadapi, anak aku tau yang aku tak pernah mengabaikannya dan rasa sayang itu akan kekal dan menebal di hati setiap hari.

  3. Doakan yg baik2..doakan juga kita tak jadi sprt dia…semoga 1 hari nnti kira brkesemptan mnjaga ayah d hari tua..ketika dia tidak berdaya..ketika dia dah tak boleh ke mana2..biarkan Allah shj yg menilainya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *