Berpurdah; tapi tak cantik pun !?

Trend kat alam maya sekarang, semua orang nak confess, nak kritik tentang wanita berpurdah, seolah-olah dalam satu konspirasi nak memburukkan imej wanita berpurdah as a whole! Itu apa yang berlegar dalam otak aku lah. Mungkin kebetulan je sebenarnya.

Aku study negara Arab, tanah asalnya purdah tu. Kat sini, orang lelaki Arab memang sangat respect perempuan yang berpurdah, mereka takkan kacau kalau kita berpurdah. Bagi mereka, berpurdah tu sangat mulia lah. Pelajar Malaysia kat sini pun ramai juga yang berpurdah, tapi bukanlah majoriti. Aku pun tak berpurdah.

Sejujurnya, aku tak pernah meletakkan apa-apa persepsi ke atas orang berpurdah. Waktu mula-mula ada kawan yang berpurdah, aku suka tanya kenapa. Jawapan mereka pelbagai. Ada yang rasa dengan berpurdah, diri lagi terjaga dari ajnabi. Ada yang rasa malu orang melihat wajahnya sebab dia rasa dia rasa wajahnya terpalit dosa. Ada yang taknak dikacau orang Arab kat sini, sesama orang Malaysia tak pakai purdah pun. Macam-macam!

Mengenali mereka yang berpurdah, aku kira mereka sama sahaja seperti kita yang tak berpurdah ni, macam-macam. Ada yang solehah sangat, sangat menjaga diri, kemas, menjaga kebersihan, peramah, menjaga solat, Quran, hubungan dengan ibu bapa, semua lah. Ada juga yang masih dalam proses memperelok akhlak mereka; masih belajar lebih menjaga kebersihan, belajar untuk tak gelak ketawa dengan suara yang kuat, masih belajar untuk berpakaian kemas, dan macam-macam lagi yang masih banyak terlepas pandang, atau mungkin nasihat belum sampai mereka :)

Kan aku kata, mereka sama sahaja seperti kita yang tak berpurdah; ada mujahadah sendiri.

Kenapa kita meletakkan tingkah laku mereka seolah kesalahan yang tak dapat dimaafkan hanya kerana mereka berpurdah, hanya kerana sehelai kain yang menutupi wajah mereka? Kita lah yang salah, kita lah yang meletakkan persepsi “baik”, atau “cantik” kepada purdah itu sendiri, meskipun kita tahu manusia ni tak pernah akan sempurna. Mereka manusia sepeerti kita, kita ada mujahadah kita, mereka pun ada mujahadah mereka.

Hidup dengan persepsi bukanlah satu pilihan yang baik, bagi aku.

Cukuplah bercerita tentang perempuan dengan sikap buruk, tambah dengan “dia berpurdah”. Purdah tu tak salah. Macam orang suka amalkan puasa sunat , tapi perkataannya tak baik. Kita tak pernah salahkan puasa sunat dia kan atas perangai dia tu? Entahlah analogi ni betul ke tak wahaha.

Apa-apa lah.

Masing-masing kita, ada mujahadahnya. That’s why we choose to tarbiyah ourselves, isn’t? Tarbiyah tu apa? Ce google. K dah, Assalamualaikum!

– bukansisniqabis

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit