Aku nak bercerita tentang pengalaman aku sepanjang mengandung dan melahirkan anak. Mungkin cliché bagi sesetengah orang, tapi percayalah setiap orang, setiap anak pengalaman dia berbeza. Maaf. Luahan ini panjang.
PENGALAMAN PERTAMA
Aku disahkan hamil sebulan selepas bernikah. Alhamdulillah, Allah hadirkan rezeki Dia awal. Trimister pertama.. fuh.. enjoynye takde alahan.. takde muntah-muntah..boleh hora horey seperti biasa.. kadang-kadang macam tak percaya yang aku tengah mengandung sebab takde langsung symptom-symptom wanita hamil.
Masuk bulan kelima kandungan aku..23w 5d- aku merasakan perut aku sakit gila! Memulas-mulas.. Memang berguling, berbaring tergolek terlentang semua serba tak kena. Menangis-nangis aku menahan kesakitan yang teramat. Pergi hospital.. doktor sahkan aku mengalami premature contraction. Nak tau apa itu premature contraction? Itu la sakit nak bersalin.. tapi berlaku sebelum usia kandungan matang which is sepatutnya 36w dan ke atas. Mujurla jalan tak bukak, kalau terbukak, kemungkinan kena bersalin awal dan kemungkinan besar baby aku tak boleh hidup sebab berat dia waktu scan cuma 500g. Sedih woo sebab bayangkan dia baru gerak-gerak dengan aktifnya dalam perut pastu tiba-tiba dah takde.. ish…. Dalam kes aku, doktor bagi ubat untuk stopkan sakit.
Bulan yang 7- 31w premature contraction berlaku lagi. Setiap 5 minit sekali aku merasakan sakit yang teramat. Kali ni doktor bagi suntikan untuk matangkan paru-paru baby supaya kalau terbersalin awal paru-paru baby jadi kuat untuk bernafas sendiri. Jujurnya aku bukanlah seorang yang penakut dengan jarum mahupun suntikan tapi bila kena injection dexa ni Subhanallah…. Mengalir je ubat tu dalam badan aku, automatic mengalir jugak air mata aku. Sakit gila dowh!! Memang sape je yang pernah kena dexa ni tipuu sangat-sangat kalau korang kata tak sakit, sebab ni adalah antara suntikan yang paaaling sakit. Lepas 12 jam, aku kena cucuk lagi dexa. Kalau tadi sebelah kiri, kali ni kena sebelah kanan pulak. Pergh.. terbaik…
Usia kandungan 33w.. kena lagi premature contraction. Tahan wad lagi seperti yang sebelum ini..
Masuk 38w.. masa ni dah rasa contraction 10 minit sekali. Tiada tanda lain atau ape. Aku ingat lagi hari tu hari Isnin.
Isnin-Pergi ke hospital sebab tak tahan sangat, bukaan 1cm. Disuruh balik.
Selasa- Masih sakit. Pergi hospital. 1cm. Disuruh balik lagi.
Rabu- Turun darah macam hari pertama haid. Pergi hospital. 1cm. Balik lagi. Asyik kena suruh balik je kan?? Memang bosan sebab hari-hari berulang ke hospital
Khamis- Sakit 5 minit sekali. Terpikir nak pegi ke tak..nak pergi ke tak ke hospital.. Penat berulang. Pergi. Masih 1cm. Tension weh!!! Sakit lebih-lebih bukak 1cm je manjang…Balik lagi.. huwaa….
Jumaat-Petang dekat maghrib tu baru sampai hospital. Sakit macam biasa 5 minit sekali.. Sengih kat nurse kaunter register sebab digelar “regular customer”.. Cek bukaan..akhirnya 3cm. Haha senyum lebar aku. Sebelum tu usaha macam-macam tapi tak berjaya. Tahan wad.
Sabtu, 4pagi, 39w- Hoho sakit dah menggila.. Setiap kali sakit datang, tak boleh baring, aku tawaf keliling katil sampai hilang rasa sakit. Pergi dekat nurse untuk mintak cek bukaan.. Nurse cakap ok puan.. Saya tolong bukakkan jalan lagi ye.. aku terasa tulang kat bawah tu dia tekan, tekan, tekan sekuat ati..woho.. sakitnya toksah cakap lah.. Habis dah kot air mata.. Nurse angkat sarung tangan dia yang penuh dengan darah. Ok, tak nak pandang.
Pukul 7.30 pagi aku ditolak ke labour room dengan bukaan 5cm. Air ketuban dipecahkan. Terdengar bunyi “pop” dan panas. Lepas tu contraction datang setiap 3 minit. Aku dah menggelupur atas katil. Sakit yang tak boleh digambarkan dengan tak boleh bergerak lagi sebab kat perut dipasang alat tengok degupan jantung baby (CTG). Last-last doktor pun surrender, diorang pasang CTG ikut bawah pulak..
Pukul 9.15 pagi dah terasa nak meneran. Bukaan dah fully 10cm. Kaki aku di”ikat” dekat katil. Husband kat sebelah bagi semangat. Nurse, doktor semua pakat jadi tukang sorak. Lama sangat. Doktor geram agaknye dengan aku.. dia cakap..”Puan, kepala anak awak dah terkeluar dah ni..” Tak boleh nak teran sebab tenaga dah takde..
Doktor nak bagi semangat dekat aku.. dia amek tangan aku dan suruh rasa kepala baby. Sempat la rasa benda yang panas, dengan lembik gitu so eww.. aku dah terasa geli. Bila angkat tangan, ahhh penuh darah pulak dah!! Eww lagi aku geli! Cepat-cepat aku lap tangan aku kat besi katil. Bagi semangat la sangat… Aku nampak doktor angkat gunting dan.. zas..!! Berdenting bunyi dia gunting. End up, doktor keluarkan vakum. Dia bagi peluang 3x je untuk try.. kalau tak berjaya jugak aku kena operate. Dengar je operate, memang aku push sunguh-sungguh. Sekali try je dah keluar kepala baby, 2x, 3x push Alhamdulillah baby girl selamat dilahirkan jam 10.23pg. Mujur tak kena vakum banyak, diorang sempat sedut rambut baby je.
Aku kena tahan wad 3 hari sebab doktor nak pantau ukuran kepala baby sebab kena vakum. Masa nak balik tu, ingatkan selamat lah.. sekali kena seluk lagi rupanya.. Dah la berjahit banyak.. nak keluar kena cek lagi.. Fuhhh.. mengalir lagi air mata aku…huhu..
PENGALAMAN KEDUA
Mengandung kali kedua ni seperti yang pertama, aku memang enjoy the moment untuk trimester pertama sebab takde alahan segala… tapi.. mesti ada tapi kan?
Masuk usia kandungan 6bulan- 26w, aku terasa sakit sangat-sangat kat perut, tapi sebelah kanan je. Aku tau bukan contraction. Pergi cek kat hospital, doktor sahkan aku kena appendix dan esok pagi nak operate aku buang appendix tu. Aku macam.. krik-krik kejap. Operate time tengah mengandung? Biar betul? Boleh ke? Kata doktor, organ lain-lain so boleh. Dan benda tu memang jadi kenyataan bila esoknya aku terus kena bius satu badan dan aku kena operate dengan ada baby dalam perut aku. Rupanya doktor turut jumpa cyst dalam rahim aku selain dari appendix aku yang clear bersih takde apa-apa tapi tetap kena buang jugak dah alang-alang operate kan.. Sakit weh bila anak sulung main terkam je mak dia.. anak yang dalam perut pulak main tendang-tendang kena kat tempat operate tu.. nangis dalam senyum..
Selasa- Kandungan 37w 4d.. aku menjalani rutin check up di hospital pakar dan doktor tengok takde apa-apa masalah. Cuma aku ada rasa macam mild contraction dan doktor cek.. bukaan 2cm.. ok.. balik dulu.. adakah akan jadi lagi seperti anak sulung berulang ke hospital?
Rabu- Pergi hospital dan masih 2cm. Disuruh balik. OKKKKKKK… Macam dah biasa je….
Khamis- Sempat hantar anak sulung ke taska, beli breakfast tapi tak makan lagi. Sampai je kat kaunter pendaftaran, nurse semalam tanya saoalan yang aku dah agak..” eh, bukan semalam dah datang ke..” aku cuma mampu tunjuk peace no war je sambil sengih-sengih.
Nurse suruh aku masuk kat toilet untuk buat urine test.. Lepas je selesai, eh, apesal aku dengar macam bunyi paip tak tutup rapat? Aku pandang kepala paip.. rapat.. aku pandang ke bawah.. mak!! DARAH!! Baaanyak sangat-sangat penuh lantai.. Aku bukak pintu toilet dan kebetulan sekumpulan nurse lalu. Memang kalut semua nurse yang ada dekat situ, dengan buku aku tak siap daftar lagi. Setiap kali aku berjalan, setiap kali tu la darah mengalir tak berhenti-henti, abes lantai, baju kurung (tak sempat tukar baju hospital) yang aku pakai semuanya basah dengan darah. Pendarahan yang sangat banyak dan itulah yang dipanggil tumpah darah. Doktor datang, aku disahkan mengalami tumpah darah disebabkan kedudukan uri berada di bawah yang menutup sedikit laluan baby untuk keluar. Last minit uri tu beralih sendiri. Tiada pilihan lain, emergency ceaser dilakukan.
Masa nak proses ceaser, aku disuruh membongkok pegang bantal sebab diorang nak bius aku. Masa tengah cucuk tu la contraction datang menggila. Memang terpaksa aku keraskan badan jangan bergerak. Lepas je dicucuk, aku terasa something yang light-light gitu menari-nari kat perut. Badan aku bergoyang-goyang dan terasa something yang berat dikeluarkan dari perut. Alhamdullilah another baby girl selamat dilahirkan jam 10.50 pagi. Nampak macam enjoy je operate kan??
Selepas aku dimasukkan ke wad jam 2 petang, aku muntah ok! Muntah, even aku tak makan langsung sejak pukul 10 malam sebelumnya. Searian aku tak boleh makan minum. Muntah tak berhenti hinggalah ke tengah malam. Perit. Dan bermula la azab bila tiub kencing dibukak dan perlu berjalan ke toilet. Memang rasa dihiris. Macam badan terbelah dua. Tapi teknik aku, setiap kali nak melangkah, tahan nafas, bila melangkah, hembus nafas slow-slow sambil tampung perut tu. Kurang sikit sakit. Pantang orang operate ni ada 3 paling utama: Jangan batuk bersin, gelak. Sengih pun sakit. Tapi menyampah bila dah jadi gini semua benda tu datang. Paling menyampah masa ni ada je yang buat kita nak gelak dengan lawak tak berapa nak membina. Sabar je lah.. Tapi bagi aku the best part is bila aku nak keluar hospital, sekali lagi anak sulung aku terkam betul-betul dekat tempat operate. Maka terdengarlah jeritan aku, mak ayah aku, husband aku, dan makcik guard berkumandang di lobi hospital.. huhu..
Sekarang aku disahkan mengandung lagi anak yang ketiga. Normal atau operate, sakit tetap sakit. Kedua-duanya aku dah rasa. Tapi operate la yang lebih sakit. Penjagaan lebih rumit berbanding normal. Tak kisah normal atau operate yang lebih penting nyawa ibu dan bayi selamat. Jangan dibandingkan dan dihina-hina kedua-duanya kerana dengan kaedah apa sekalipun, si ibu tetap mulia kerana telah berkorban untuk mengeluarkan 1/2/3 atau lebih nyawa dalam rahim dia. Tiada insan yang sanggup menanggung sakit demi anak kecuali ibu. Hargailah ibu anda sementara masih ada.
– Mak Anak 2 (+1)
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit