Assalamualaikum dan salam sejahtera, Nama saya Sya, dan berumur 25 tahun pada tahun ini.
Kisah yang saya ingin kongsikan ni berdasarkan kisah yang saya alami dalam mencari pekerjaan.
Saya merupakan seorang graduan yang mempunyai ijazah tetapi terpaksa menangguh graduasi. Sedih tetapi semua ada hikmah disebaliknya.
Cerita yang saya nak kongsi ni lebih kepada perasaan saya jatuh dan naik terutama di musim pandemik.
Sejak saya tamat pengajian pada September 2020, saya mula menganggur dan memohon pelbagai jawatan kerana malu dengan ahli keluarga dan orang sekeliling yang sering bertanya pelbagai soalan mengenai pekerjaan.
Akhirnya pada bulan Oktober 2020 saya berjaya mendapat pekerja sebagai kerani di sebuah syarikat guaman, tetapi sayangnya saya tak mampu menerima tekanan di syarikat tersebut.
Niat saya cuma nak timba ilmu baru dan membantu keluarga, tetapi sering diperlekehkan oleh orang atasan yang memperkecilkan kami.
Satu hari saya dipanggil ke pejabat kerana tak dapat hadir kerana tiada kebenaran rentas daerah kerana saya pulang ke kampung halaman, tapi saya diherdik “kalau you nak mati mati soranglah, jangan bawa masuk virus dalam pejabat”.
Saya ambil keputusan untuk tidak bekerja walaupun saya tak menerima gaji. Lebih kurang 1 bulan saya menganggur kembali.
Pada awal tahun 2021 saya mendapat panggilan menjadi guru tadika, walaupun gaji yang diterima agak kecil.
Pada mulanya saya mempertikaikan rezeki saya namun sebenarnya setelah beberapa minggu bekerja, saya rasa seronok dapat menjaga anak kecil, rasa lebih enjoy.
Kalau saya bandingkan pekerjaan saya yang sebelum ni seperti operator kilang, promoter, kerani guaman dan sebagainya yang lebih memberi tekanan, saya rasa bersyukur dapat bekerja di sini walaupun penat sedikit.
Namun begitu, baru beberapa minggu bekerja, saya terpaksa menjalani swab test kerana terdapat seorang pelajar yang didapati positive, dan saya terpaksa kurantin dalam masa 10 hari,
So saya tak tau position saya lepas ni dan gaji saya macam mana.
So saya minta doakan saya ada rezeki yang lebih luas supaya saya dapat bantu keluarga dan dapat mengumpul sebab saya nak melangsungkan pernikahan In Shaa Allah.
Doakan juga saya ada rezeki yang lebih baik dan kerja tetap.
Sentiasa mencari…
– Sya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit