Bersyukur – Bekerja atau sambung belajar (Ijazah)

Assalamualaikum & Hi Semua..

Nama aku susu (Bukan nama sebenar).Sekarang ni aku ada 1 masalah.
Aku budak lepasan diploma dari ipta. Aku habis intern bulan 8 2016, alhamdullilah bulan 9 2016 tu aku dapat keja. Jadinya aku menganggur sebulan mcm tu lah, tu pon ada kawan aku yg recommend kt bos dia.

Gaji permulaan aku RM1600.00. Aku duduk gombak dan ulang alik ke shah alam setiap hari,
Ye mmg jauh, aku dok gombak dengan parent aku. So jimat lah sikit. Gi kerja x ikut tol (x lalu highway)
so dalam seminggu duit minyk aku +-RM90.00. Jangan kata aku menipu, aku guna kereta yg parent aku kasi (bukan buatan malaysia) jadi minyak parah lah sikit. Kadang2 aku g balik kerja x bukk aircond pon.

Ok nak jadikan cerita, aku kerja kat shah alam tu hampir 2 tahun, starting RM1600. dah tolak epf & socso tu tinggal dalam -+RM1400. Sepanjang aku kerja aku tak ada saving langsung, aku bagi kat parent aku RM500 sebulan, minyak keta lagi,bayar ptptn & lain2, Mmg hujung bulan tu tenat lah, kadang2 ayah aku yg kasi duit kat aku. So aku kadang2 bawa bekal. Setahun aku kerja yearly increament aku RM80. Jadinya gaji aku RM1680. Wehh aku bukan tak bersyukur, 80 jee dah gaji ciput, setiap 2 blan kena tukar minyak hitam. Aku bukan nak berlagak, sepanjang aku kerja, aku pernah EL sehari je, MC dalm 3/4 hari mcm tu dalm masa hampir 2 thun tu. Aku selalu siapkan kerja boss aku, bos aku siap puji2 aku dalam meeting. Entahlah x thu knp RM80 ja.

So lepas aku tgok naik RM80 je, so aku decide cari kerja lain yg dekat sikit. So aku cari kerja kt KL, aku pon dapat kerja. Dia offer aku RM1800, so aku accept jelah sbb dekat walaupun beza dgn gaji aku masatu RM120. Masa aku nak resign tu, bos aku offer naik 200 so gaji aku RM1880. Aku pon terima, xjadi resign. KErja kat situ mmg ok, tpi ada 1 je aku x suka, ada kaki kipas dan suka arah2 aku wat kerja. Apa bos kasi kerja kat dia, dia kasi aku atau colleague aku. semua x suka dia.

Sejak ada kaki kipas, aku pon nekad cari kerja lain, jadinya ayah aku yg bekerja di salah sebuah syarikat ternama di malaysia ni, recomend aku dekat anak kawan dia. Company oversea.So aku hantar je resume, ayah aku cakap mintak gaji RM 2500, tapi aku takut untk demand memandangkan aku ni diploma je. So aku mintak lah RM2400, pergi interview semua. Seminggu lepastu dapat lah. Dia offfer aku RM2400. Syukur gila masa tu. Aku pon hantar surat resign, bos aku ckap kt aku, awk sgt bagus, saya perlukan awak, sy dah naikan gaji awak, knp awaak nak berhenti lagi? Aku diam je.. Aku cakap ayah aku yg recomend so aku ikut jelah.
Dia pon accept lah. Hahaha kejam jgk aku ni.

Aku pon notis lah mcm biasa. So lepas abis notis tu aku pon start kerja baru, lepas tu, minggu ketiga aku kerja, ada meeting penting .. Aku ingtkan apa, rupanya, department aku nak tutup, memandangkan dia nak guna system automatic. Wehh.. 2 minggu kerja department dah nak tutup..aduh.. why??.. La tahzan..aku redha jelah.. Jadi masalahnya sekrang aku tak thu nak cari keja lain atau sambung beljar.. Macam susah lah zaman skrg nak dapat kerja.. So aku pon decide nak sambung belajar.

Dari confession aku ni, aku harap korang bersyukur apa yang korang ada sekarang. Walaupun gaji aku tinggi dari yg dlu, aku lagi suka kerja aku yg lama sbb kawan2 aku semua happening..So tak semestinya gaji anda tinggi, anda gembira. Makin tinggi gaji makin tinggi stress.

Oklah Assalamualaikum

– Susu

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *