Tak Solat

Assalamualaikum

Saya dibesarkan dalam keluarga yg pentingkan solat.. solat je tau. Bukan solat jemaah. Dalam diam, saya bercita-cita nak bersuamikan lelaki yg terjaga solat. Sebelum berkahwin, saya selidik samada bakal suami solat ok ke tidak..alhamdulillah suami saya lepas kriteria yg saya nak.

Tapi lepas kahwin..baru lah kita kenal betul-betul dgn keluarganya. Masa ni tak boleh buat apa, kita kena terima kelebihan dan kekurangan yg ada. Barulah saya tau…ibunya jenis layan drama, solat hujung waktu. Adiknya tak solat..jadi bila tak endah solat, adalah perkara munkar lain yg dia buat.

Bila abang saya kahwin, saya juga mula mengetahui kakak ipar saya juga tak solat… begitu juga kakak ipar saya yg lagi seorang, keluarganya solat bila rasa nak sahaja. Kakak ipar pun solat gitu-gitu je. Tipulah kalau tak sedih…suasana sekeliling yg tak endah solat, kalau kita tak kuat, kita juga terjebak sama. Saya bukan nak buka aib..tapi saya nak share…ramainya orang yg tak solat sekarang.

Masa saya belajar dulu pun ada kawan2 tak solat..sekarang dah kerja pun, ada kawan2 dan bos yg tak solat.

Kenapa kita “kena” solat?

Persoalan ni dah ada dalam fikiran saya seawal 12 tahun… ayah saya dah arwah. Dulu arwah ayah tak pernah paksa solat. Tapi bila saya tengok dia solat, berusaha ajarkan kami mengaji . Timbul persoalan kenapa orang islam “kena” solat?

Takde jawapan yg memuaskan hati. Solat tiang agama. Solat adalah rukun islam. Solat untuk ingat Allah. Entahlah…standard jawapan. Disebabkan saya rasa takde orang yg boleh terangkan kat saya…saya mula berdoa minta Allah tunjuk kat saya jawapannya.

Ada juga masa saya persoalkan benarkah Allah itu wujud? Orang cina dan india…percaya je tuhan tu wujud. In fact, lagi kuat kepercayaan diorang. Mereka beribadah tu bersungguh-sungguh dan penuh emosi, mengharap tuhan membantu. Apa beza kepercayaan tuhan bagi orang cina india dgn kita orang islam?

So, satu hari…saya terdengar seorang ustaz cerita tentang beza antara rabb dan ilah. Orang cina dan india percaya tuhan itu adalah rabb. Rabb ni macam pentadbir bumi, dia yg cipta manusia, dia yg bagi rezeki. Tapi orang cina india tak menjadikan tuhan tu sebagai ilah. Ilah ni maksudnya kita idolakan tuhan tu, sampai kita ikut semua kehendak dia. Dalam hal ni..orang cina india akan cari tuhan bila dia perlu.tapi bila tak perlu, dia buat apa dia suka. Dalam islam, tuhan dah bagitahu apa yg dia nak, apa dia larang. Bila kita idolakan tuhan..kita takkan fikir dah, ok ke tak ok yg tuhan suruh kita buat ni. Kita turutkan. Itu lah yg saya faham.

Awal-awal dulu saya tak berapa yakin Allah tu pemberi rezeki. Tapi saya tau kawan-kawan saya yg india cina percaya je “tuhan” dia bagi rezeki. Samala bila periksa, kita minta tuhan tolong kita, bagi kita result yg bagus. Tapi bila kita tak dapat result yg bagus, adakah kita salahkan tuhan? Marahkan tuhan? Saya pernah rasa this stage. Apalah beza kepercayaan kita dgn orang cina india ni kan?

Sori yek saya pakai cina india. Nak sebut kafir kang ganaz pulak..

Sampai lah satu hari seorang ustaz bagitahu , dalam Quran kerap kali ada ayat. “Allah pemberi rezeki.” Maksudnya kita manusia ni tak payah lah fikir sangat pasal rezeki, sebab Allah yg bagi . Banyak ke sikit ke cepat ke lambat ke susah ke senang ke, tu semua rezeki yg Allah bagi..

Dalam sehari-hari, orang sekeliling saya banyak cakap dan cerita pasal rezeki. Banyaknya , pasal rezeki tidak direzekikan untuk mereka. Mengharap dan berputus harap. Dia ingat tu rezeki dia la. Pastu kecewa.Dalam Quran, Allah dah cakap…tak payah sedih, tak payah risau. Semuanya dia akan berikan. Tapi kita manusia ni ada had dalam fikiran. Contoh, kita akan rasa bahagia, definisi bahagia itu bila kita ada duit banyak. Jadi bila ada duit banyak, rezeki kita banyak. Bila ada rumah besar, rezeki kita banyak. Rezeki kita banyak, kita happy. Kalau tak, kita susah hati dan keluh kesah.

Kata ustaz…rezeki kita adalah apa yg Allah bagi kat kita. Dan “semuanya” terbaik untuk kita. “Semua” tu termasuk apa yg kita ada, apa yg kita takde. Apa yg kita dapat, apa yg kita tak dapat. Tapi bila kita dah letak limit…yg rezeki tu kena sekian-sekian. Bila kita tak dapat, kita kecewa sangat-sangat. Orang cina india pun macam ni tau.

So apa beza kita dgn mereka kan? Apa yg saya faham… bila kita tak letak had, tapi pada masa sama kita usaha, kita doa , kita berharap. Tapi apapun keputusannya kita yakin tuhan dah bagi kita yg terbaik. Itulah ketenangannya. Itu lah maksudnya islam , iaitu “berserah diri”. We leave it to Allah. Urusan yg tak sepatutnya kita campur, kita tak payah pertikaikan…

Bila at the stage ..kita “berserah diri”, whatever yg tuhan minta kita buat, kita akan buat willingly…takde nak pertikaikan dan takde nak bantah. Sebab we at the first place..kita dah tahu tuhan cipta kita, tuhan beri kita rezeki, tuhan bagi kita nyawa. Kita ni nothing pun..

Bila saya cakap “nothing”…bukan bermaksud, we have to do nothing. Hidup je menjalani hari-hari. Tanpa tujuan, tanpa arah. In fact…bezanya kita dgn orang cina india. Kita lagi nampak jauh ke depan, membatasi limit hidup kita. Kita ada Kehidupan selepas mati. Tapi cina india nampak setakat hidup di dunia. That’s why mereka try so hard to fulfill semua yg mereka nak kat dunia.. tapi kita, takpe tak dapat di dunia, kita ada lagi matlamat dan cita-cita lebih tinggi.

Apa yg ustaz tu ceritakan..buat saya triggered nak belajar sirah. Saya fikir, apa yg kurangnya dgn pemahaman yg saya ada …apa yg bezanya saya dgn golongan first hand yg duduk belajar dgn nabi. Saya faham dan pernah rasa meaningless hidup ini. Takde tujuan
. Makan tidur, pegi sekolah pegi keje. Sedih sikit, down. Rasa nak bunuh diri. Tapi.. lepas apa saya faham dan lalaui, That’s how saya rasa re born. As a muslia. islam ajarkan kita tujuan kita hidup.saya tak malu mengaku di sini, selama ni saya taktau kenapa saya solat…saya “just” solat.

Nabi muhammad saw nak ajarkan asas-asas pemahaman ni ambil masa. 13 tahun di mekah, macam-macam penentangan, people cannot accept yg tuhan itu adalah ilah. Tuhan itu idola. Sebab banyak idola lain “wujud” dalam hidup mereka. Takkan nak tinggalkan apa yg kita dah suka buat hari-hari kan. Lepas tu nak ikut ajaran muhammad. Ingat…solat ni hanya diperintahkan masa ke 2 hijrah. Correct me if i am wrong. Lepas 13 tahun di mekah dan 2 tahun di madinah. Total 15 tahun… so selama 15 tahun tu apa yg nabi ajarkan, adakah cara-cara nak solat?mula-mula niat, ambil wuduk macam ni, angkat takbir macam ni.

Solat hanyalah buah dan hasil. But the fundamental…is beyond that. Itulah akidah. Bukan setakat belajar nama Allah. Belajar Rukun islam 5 perkara. 15 tahun kot nak tanam akidah..

Nak sustain solat..fundamental pun kena sustain seiring. That’s challenging. Bukan senang hidup zaman ini kan. Kita pun bukan malaikat.. baikk je. banyak tarikan kiri dan kanan. Banyak silap langkah kita buat. But Once dah grab fundamental tu, kena genggam sampai akhir hayat.

Saya ni jenis yg berfikir… i have questions, a lot. Saya dapat jawapan daripada tuhan yg menggerakkan hati dan jiwa saya. Melalui ustaz yg boleh triggered diri saya. Ustaz ni tak dikenali pun, tapi dia boleh explain, relate dgn sirah, dan ayat-ayat Quran. Of course saya tak percaya bulat-bulat awal tu. Saya deal dgn Allah…until i know that he actually answering me. Bila dah faham asas-asas ni, kita boleh connect dan relate… oh itulah maksud solat tiang agama. Solat rukun islam. Rupanya.

Saya jenis tak layan ustaz ebit lew..ustaz kazim..ustaz-ustaz selibriti. Bukanlah saya action kat sini…saya jenis tak masuk dgn jawapan-jawapan skema, ayat-ayat manis. Saya rasa ada kat luar jenis macam saya. Ye kan?

Apa saya nak sampaikan… something wrong dgn keislaman kita, bila kita tak solat. Macam saya bagitau solat adalah buah, hasil. Tak terlambat kita perbaiki dan mula mencari maksud islam dan tuhan. Umur dah tua, dah banyak pengalaman dan peristiwa, lagi mudah nak faham.. Cuma kena push diri mencari. Nabi pun umur 40 tahun baru diangkat jadi nabi. Sebelum tu ,baginda berfikir, asingkan diri, lihat dgn mata hati.

– Yana

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *