Bersyukur Sangat, Takdir Allah Indah

Assalamualaikum semua. Harini aku nak kongsi satu pengalaman yang aku sendiri alami. Tujuannya untuk membuka mata insan2 yang masih bujang di luar sana.

Aku wanita bekerjaya berusia 30 an dan mempunyai kehidupan yang stabil. Rezeki aku Allah kurniakan rumah dan kereta di usia muda.

Di sini aku nak kongsi kehidupan aku dalam mencari pasangan hidup. Sungguh ia bukan sesuatu yang mudah tapi aku percaya takdir Allah always indah.

Pertama, aku pernah mengenali seorang lelaki dan kami bercinta.. Allah Maha baik. Akhirnya Allah tunjukkan kebenaran rupanya itu laki orang.

Kemudian aku mengenali lelaki lain. Setelah beberapa bulan lelaki itu rupanye masih tunang orang. Aku ditipu kononnya dia sudah putus tunang.

Lihat bagaimana Allah menunjukkan segala kebenaran  Kemudian aku mengenali lelaki lain dan kami berkawan.

Jujur aku katakan niat aku mencari jodoh bukan nak main2. Sekali lagi aku ditipu rupanya laki ini semakin lama menjauhkan diri dan die bertunang senyap2 dengan orang lain.

Malah aku tahu dari kawannya sendiri dan tunang nya sendiri bercakap dengan aku di telepon..

Menurut tunangnya, laki tersebut dah banyak kali menipu perempuan lain namun perempuan itu masih sabar..

Syukur, Allah menunjukkan kebenaran. Bangkai yang busuk pasti di hidu baunnya.

Seterusnya, aku mengenali lelaki lain. Aku lihat laki ini agak berbeza dengan lelaki lain. Kami berkawan.

Oh aku bayangkan mungkin dia adalah jodoh aku. Namun 2 minggu sebelum bertunang, dia senyapkan diri.. aku hampir membuat persiapan sedikit. Kami ade selisih faham.

Rupenya dia cakap dia tidak ada duit yang cukup dan rasa tak confident untuk hidup dengan aku.

Sepanjang dia menghilangkan diri, aku mohon Allah tunjukkan kebenaran. Nah, akhirnya Tuhan tunjuk.

Kemudian, aku mengenali seorang lelaki yang jauh berusia dan kami menjalin hubungan mesra. Ini paling tragis. Kami berpisah akhirnya.

Ramai yang datang dalam hidup aku sampai ada yang dah kawen pun.

Inilah perjalanan hidupku. Aku menasihati kepada insan2 yang masih bujang di luar sana, don’t give up. Allah Maha melihat usaha hambaNya.

Akhirnya aku sedar takdir Allah sangat indah. Allah menghadiahkan aku banyak pengalaman terlalu indah untuk aku belajar erti kehidupan.

Dan pengalaman inilah yang mengajar aku menjadi KEBAL. Dan aku rasa bersyukur kerana Allah aku menunjukkan perangai sebenar lelaki2 tersebut.

Kepada2 perempuan yang masih dalam perhubungan yang tidak pasti teruskan bermunajat kepada Allah..

Ajar diri untuk sentiasa memohon petunjuk kepada Allah adakah yang anda sedang berkawan ini sebenarnya jodoh anda? Jangan bazirkan masa dengan benda yang tidak pasti.

Sehingga kini aku rasa Allah Maha Baik. Dijauhkan aku dari orang yang salah..

Sungguh aku kesihan melihat perempuan2 di luar sana yang dianiya. Ingat Allah ada. Jodoh hak milik Allah. Kita hanya berusaha, kuasa memberi Dia.

Kepada yang dah kahwin please jangan mengata or bergurau isu sensitif kepada wanita or lelaki yang belum berkahwin especially kepada dah berumur.

Ingat setiap perbuatan kita pasti akan balasan setimpal. Setiap manusia bertarung dengan ujian masing2 baik bujang or married. Buku cerita yang berbeza..

– Wa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *