Bersyukurlah

Thanks admin, approve lagi sekali cerita aku ? .

So far semenjak dua ni aku asyik nampak confession kat sini pasal rupa je. Especially badan berisi (kita takmau lah ckp gemuk eh, macam tak best la bunyi dia haha). Apa yang aku nak kongsikan ni cuma pendapat aku je okay.

Aku rasa sepatutnya semua orang perlu bersyukur dengan rupa paras yang dia ada. Tak kesah la badan bentuk macam mana ke, rupa berjerawat ke, gigi kuning ke, and so on lah.

Cuba kita positif, tengok dari sudut positif, badan berisi? Rezeki, sebab kita sihat, (cuma kalau bole ikhtiar juga ye exercise). Badan terlalu kurus? Rezeki, badan kita ringan, mudah bergerak sana sini. Muka berjerawat, hitam? Still, kira jugak sebagai rezeki. Sekurang kurangnya deria kita masih elok berbanding OKU. Rupa tetap ada kan. (Tapi yang ni pun kalau bole sekurang kurangnya jaga jugaklah ye muka, supaya penampilan nampak kemas). Sakit? Rezeki jugak, sakit kan penghapus dosa ;)

MasyaAllah, setiap yang Allah bagi tu memang ada sebabnya kan? Dia nak kita bersyukur dengan pemberianNya. Memang tak dinafikan, ada juga manusia2 yang berkawan pilih rupa. Sebabtu sekurang kurangnya saya ckp kat atas tadi ikhtiarlah sikit jaga penampilan :)

Lumrah manusia, sukakan kecantikan. Tapi kita tak sedar, cantik bukan terletak dekat rupa je. Akhlak, hati, perangai, pun kalau cantik orang suka ^^ . So pilihlah, cantik yang mana yang lebih berharga. Percayalah, apa yang ada sekarang, memang dah sesuai dengan awak. Bersyukurlah. Semuanya rezeki. Tak penat ke mengeluh? Cuba kali ni ucap Alhamdulillah :)

P/s: kenapa sebelum nak send confession kene check im not a robot tu ek? Tak cukup bukti ke karangan yang dah tertulis ni ?

– Abc

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

One comment

  1. aku ada sorang kawan zaman sek dulu… dia pandai gila tp selalu cakap dia tak cantik (dia putih chubby sikit, bukan la hodoh pun)..
    then aku tanya kalau dia ada anak, dia nak anak cantik tp tak pandai ke anak yg kurang cantik tp pandai.. dia diam sblm ckp lbh baik yg pandai.. sbb at last cantik tu tak bawa ke mana (unless nk jd artis or model) Yg bawa dia terbang jauh adalah otak dia yg cerdik tu..

    Dia dah jd doktor skrg graduate oversea. Dah kahwin, ada laki baik n ada anak comel. Aku yg dia kata comel ni kahwin pun blm kerja biasa2 je dr dia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *