Bertahan Selagi Mampu

Assalamualaikum buat para pembaca. Aku cuma nak cerita kehidupan aku yang dah berkahwin 19 tahun.

Aku dan suami lulusan agama dari luar negara. Jadi, kehidupan kami banyak berpandukan pada apa yang telah kami pelajari.

Akhir bulan ni adalah anniversary kami yang ke 19. Tapi satu kejutan buat aku yang dah setia sebagai seorang isteri. Dengan melahirkan zuriat yang bijak dan comel. Bukan seorang dua tapi ramai.

Aku juga yang uruskan rumahtangga dan bekerja sementara dia juga bekerja.

Permulaan perubahan ketara bila covid-19 melanda sampai kami terpaksa pjj dan tak dapat berjumpa selama dua tahun. Masa ni dia ada ura-ura nak tambah cawangan. Tapi aku tak restu.

Sampailah tahun 2021 dia utarakan sekali lagi. Aku message perempuan tu tanya apa perasaan dia dan segala-segalanya.

Rupa-rupanya suami aku dah proposed dia dan dah bercinta. Hati aku remuk waktu tahu tapi aku tak serang perempuan tu.

Aku cuma pesan jangan keluar berdua lagi sebab dia dan suami sama-sama hafiz dan hafizah. Aku cakap tolong pelihara nama agamawan. Puas jugak aku nasihatkan dia.

Yerlah kalau dah angau dua-dua mesti tak sabar menanti waktu berjumpa.

Aku juga kata pada suami fikirlah tempoh perkahwinan yang dah lama, tapi apa kata dia, tempoh tu subjektif. Aku diam tanpa kata.

Suami aku ada bukak kelas agama dan mostly perempuan tu yang tolong conduct.

Itu salah satunya sebab kenapa suami aku nak kawin dengan dia. Atas alasan membantu dalam dakwah dan keluarga kami (aku tak faham kenapa dia tak boleh urus sendiri). Banyak tolong dia macam-macam.

Aku sedar aku bukan hafizah tapi aku setia jaga rumahtangga kami. Aku bincang dengan anak-anak tapi dengan cara yang lembut. Dan mereka menyokong aku.

Bila pecah rahsia diorang bercinta aku mengamuk, aku katakan aku akan buat apa yang aku rasa betul atas ketidakadilan yang aku dapat.

Dia boleh kawin tapi jangan jejak jumpa aku lagi. Dia nangis sebab dia kata sayang aku sangat. Beragan jugak sekarang sebab aku tak bagi.

Sampai sekarang aku masih layan dia tip top. Balik aku urut layan dia, hari-hari aku intertain dia sampai dia pun tak larat. Aku masih menunggu keputusan dia.

Oh ya, aku juga adalah seorang peguam terlatih kerana aku fikir sebelum apa-apa terjadi aku perlu siapkan diri dan anak-anak.

Namun aku masih positif dengan rumahtangga aku walau kadang dah give up untuk bagi laluan kat diorang.

Tapi anak-anak semangat aku. Aku katakan kalau jadi apa-apa selepas ini antara aku dan ayah mereka kita perlu saling kuatkan semangat antara satu sama lain.

Pada perempuan tu aku sanggup korbankan perasaan aku kalau suami aku pilih dia.

Kalau dia baca confession aku, aku tak salahkan dia seratus peratus. Maafkan aku tak dapat terima dia dalam hidup aku.

Aku tak mampu nak bendung perasaan cemburu. Aku tak mampu berkongsi kasih. Samada dia atau aku yang akan berundur.

Kalau dia perempuan yang baik dia akan berundur sebab kehadiran dia hanya akan meruntuhkan satu masjid yang telah lama terbina.

Dan yang terbaru mereka nak pergi umrah sama-sama Disember ni. Aku hilang kata, cuma mampu berdoa agar rumahtangga aku terjaga.

Bukan aku menolak poligami tapi aku tak mampu nak tengok orang yang aku sayang dan cinta sepenuh hati bersama orang lain. Maafkan aku Encik Suami. Doakan aku berjaya harungi ujian ini.

-Isteri setia-

– Pn Ain (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *